Aaron Wan-Bissaka dibawa keluar padang selepas melanggar papan iklan ketika Manchester United seri berdepan Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium Old Trafford, Manchester.
Pemain pertahanan Red Devils itu melakukan cabaran pada penghujung saingan ketika wisel penamat aksi berkesudahan 1-1. Wan-Bissaka dilihat melanggar papan iklan yang memisahkan penonton dan padang dengan dia dilihat mengalami kesakitan selepas itu.
Wujud kebimbangan apabila Wan-Bissaka dibawa keluar dan Ralf Rangnick kini pastinya berpeluh bagi menantikan tahap kecergasan pemain itu. Pemangku pengendali United itu berkata: "Dua kali dia berlanggar - satu di bahagian pergelangan kaki dan satu lagi di lutut. "Dia dirawat di bilik persalinan tetapi kami perlu melihat situasinya berkaitan dua kecederaan itu esok. "Tapi saya positif dia boleh melakukanya dalam latihan lusa dan saya harap dia akan menjadi sebahagian pasukan berdepan Norwich (Sabtu)." Sumber: BH Online |
ADVERTISEMENT