CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Tingkatan 1 Patah Tangan Sebab Tak Nak Basuh Baju Senior

8-12-2021 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3639| Komen: 26

Hanya kerana enggan membasuh baju, pelajar lelaki patah pergelangan tangan kanan selepas dipukul seniornya di asrama sebuah sekolah menengah di sini, Rabu minggu lalu.


Kejadian terbabit disedari selepas pelajar tingkatan satu berkenaan mengadu sakit pergelangan tangan kanan dan pihak sekolah kemudian memaklumkan kepada ibunya untuk datang mengambil mangsa di asrama.


Gambar hiasan

Menurut sumber, ibu mangsa menjemputnya di asrama pada 3.30 petang sehari selepas kejadian dan pelajar terbabit kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim selepas mengadu pergelangan tangan kanannya membengkak.

"Hasil pemeriksaan lanjut, pihak hospital memaklumkan yang pergelangan tangan kanan pelajar terbabit patah dipercayai akibat hentakan kuat.

"Berikutan itu, pelajar berkenaan menceritakan kepada ibunya bahawa dia dipukul beberapa pelajar senior ketika berada di asrama," katanya.

Sumber berkata, bapa pelajar berkenaan kemudiannya membuat satu laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kejadian menimpa anaknya itu.

"Susulan daripada itu, polis menjalankan siasatan dan mangsa mendakwa dia diminta membasuh pakaian oleh seorang pelajar senior pada 11 malam.

"Namun, mangsa enggan mengikut arahan terbabit dengan memberi alasan yang dia sibuk sebelum pelajar senior terbabit mengetuk kepalanya dan berlaku pergaduhan," katanya.

Menurutnya, ketika itu berlaku kekecohan dengan kira-kira lapan pelajar lain turut masuk campur dan membelasah mangsa hingga menyebabkannya terjatuh dan tangan kanan dicederakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Sazalee Adam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kejadian terbabit.

Menurutnya, polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut dengan merekod keterangan daripada semua pihak.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 8-12-2021 05:07 PM
Sbp kettewwww. Ada 1 sbp kt kedah mmg fofuler buli2 nihh
Quote rikiruj 8-12-2021 05:12 PM
Tak abih2 lagi kes buli & pukul ni... kena buang dah tentu sebab dah viral, kalau nasib baik tak jadi kes polis boleh lah duk diam2 sambung belajar kat sekolah lain.  Kalau nasib tak baik masuk la Henry Gurney .  Tak reti2 lagi dan tak belajar case gone wrong mcm kes upnm tu.
Quote domestobot 8-12-2021 05:16 PM
tak buli, pukul. kalau jambu sikit, jadi bahan rogol. apa nak jadi SBP Malaysia ni.
Quote akies 8-12-2021 05:16 PM
Eh eh kuang asam punya senior.
Membuli budak form 1.
Abis patah tangan budak tu korang kerjakan ye

Iols setuju parents tu report polis.
Biarkan polis take over case buli2 camni
Quote Decaffeinated 8-12-2021 05:17 PM
bagus kalau pembuli tu masuk jel terus

tengah kecut telur la tu ingatkan gengster sangat

Quote dua_chzy 8-12-2021 06:25 PM
Baru balik asrama, dah jadik gini. Apa buduh.
Quote missus_meow 8-12-2021 06:37 PM
dahlah disuruh budak form 1 t basuh baju ... mlm2 buta time nk tido pulak tu ... biar jd kes polis
Quote doubleharmonic 8-12-2021 06:39 PM
babi           
Quote doubleharmonic 8-12-2021 06:39 PM
hanat         
Quote doubleharmonic 8-12-2021 06:40 PM
celaka      
Quote gekkou 8-12-2021 06:50 PM
bagus budak tu cerita dekat parent
dan parent jua percaya dan ambil tindakan
kalau betul budak tu kena buli
mohon tindakan tegas pada pembuli dan mak pak
kadang2 citer dekat cikgu ni
cikgu plak marah kita
cakap kita lembik

-pengalaman-
Quote c===8 8-12-2021 06:57 PM
Kalau parents tak dtg amik sampai sudah takde sapa tau budak tu kena belasah.budak2 ni takut nak mengadu kat warden.benda ni dah berlaku sejak dulu kala lagi.biasa lepas mengadu mangsa tu tak lama kat sekolah tu,mesti nak balik sekolah biasa.pesalah tu ofkos la kena tindakan,biasanya buang sekolah.tapi dendam rakan se batch pesalah takkan habis punya.mangsa mmg takkan dibuli fizikal tapi mental,senior kalau pandang mangsa tu macam nak belasah,sampai bila budak tu boleh tahan.silap2 senior hasut bebudak batch mangsa pulaukan mangsa pasal mengadu
Quote CikYaYaYa 8-12-2021 07:37 PM
Elok mampus jelaa budak2 kaki buli niee. Xgunaa betoi laaa. Mak ayah budk tu jgaa kemain elok lagik ank2 dia. org lain sesedap jee bt patah laa lebam laaa. eee
Quote capiloton 8-12-2021 07:45 PM
form 1 ni kecik sangat utk duduk asrama.
baik duduk kat rumah jer.

karang meninggal kena pukul or buli, menyesal tak habis.
dah la sekarang banyak budak2 setan kacuk jin.
hasil mak bapak berjimak macam haiwan tak baca bismillah

bagus la buat laporan polis.
jangan settle luar mahkamah,
heret budak ni, sekolah dan kementerian ke mahkamah.

lepas tu tukar anak sekolah lain.
kalau stay kat situ, mesti kena aim dgn sekolah sebab berani buat report.
Quote jas7512 8-12-2021 07:48 PM
Sbb tu lah i mmg x galakkan anak2 sedara i duduk asrama....klu masuk u tu nak wat camne kan..sek duk je kat umah unless sekitar rumah x conducive utk belajar
Quote syamzana 8-12-2021 10:30 PM
mmg bangsat sgt perangai kecik2 pun suke membuli. pastu masuk univ membuli sesama sendiri sampai mati la anak org.
cikgu pun bila kita tnya elok2 blh plk dia ckp biasa lar budak2 nak membesar lagi2 lelaki suke main kasar. bila dah masuk hospital baru la terhegeh2 nak inform parents (bukan semua cikgu ya, nati kan ada yg melenting ckp itu ini psl cikgu).
bdk2 mcm ni cemerlang mcm mana sekalipun mmg bangsat la perangainya semoga mereput
yg bdk kene buli ni smpai kene jmp psikiatris bertahun2 la nak jadi normal balik.
Quote orion_pax 8-12-2021 10:45 PM
Aku memang anti dengan buli ni..sebab aku pernah tinggal di asrama sepanjang sekolah menengah..dan aku memang faham kesan buli ni pada student..
Quote Jitu 8-12-2021 11:00 PM
tak habis2 budaya ragging ni
yg sekolah menengah tu tak payah lah masuk SBP ni
entah apa2 je SBP ni klu bukan kes buli kes liwat  
Quote Zazama 8-12-2021 11:21 PM
Patah tangan dik oi! Sila bersedia hukuman seterusnya!

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.053804 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top