CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebulan 'Sorok' Nikah, Kamal Dan Uqasha Nak Bulan Madu Ke Tanah Suci!

8-12-2021 06:59 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4487| Komen: 13|Original author: LilRose

Ingatkan nak nikah Sabtu ini, rupanya dah sebulan pasangan hangat Kamal Adli dan Uqasha Senrose simpan rahsia perkahwinan.


Kredit foto: IG

Harian Metro melaporkan, Kamal, 35, dan Uqasha, 29 sebenarnya dinikahkan pada 5 November lalu dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dengan dua kali lafaz berserta mas kahwin sebanyak RM22.50 dan menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh.




"Berikutan keadaan semasa dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan, kami terpaksa mengehadkan jumlah tetamu (100 tetamu) pada majlis pernikahan.

"Pada masa sama, kami juga mahu menjaga hati keluarga dan sanak saudara yang sememangnya ramai kerana hanya dapat menghimpunkan mereka semua di acara persandingan nanti.

"Apapun, kami hanya menghormati permintaan ibu bapa selain bersyukur kerana segala urusan ke arah membina masjid ini dipermudahkan," kata Uqasha pada majlis pengumuman yang diadakan di Restoran de Wan.



Tambah aktres atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, mereka akan mengerjakan umrah pada 23 Disember ini sebagai perancangan bulan madu.

"Ia  juga menjadi impian saya selepas berniat untuk kembali lagi ke Makkah dengan suami pula.

"Ketika umrah untuk kali kedua dulu, Kamal dan saya masih dalam proses mengenali hati budi. Jadi saya doa, kalau ada jodoh kami, permudahkanlah dan mahu ke Makkah lagi.

"Jika jodoh panjang, saya mahu kembali semula ke sana bersama pasangan (suami). Insya-Allah, Kamal pun belum pernah ke Makkah dan saya mahu jadi orang pertama membawanya ke Tanah Suci," katanya.



Tahniah, Kamal dan Uqasha. Semoga berbahagia melayari bahtera hingga ke jannah! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 8-12-2021 07:35 AM
Kan da ada thread kamal uqasha ni. Yg gi buka lg 1 da knp. Pegi je la komen2 situ
Quote princessmiang 8-12-2021 08:08 AM
kalau nak bulan madu baiklah ke tempat lain... ni bulan madu kat makkah tempat suci.. kang ibadat ke mana ko dok melambung ke siling hotel je..
Quote stingerghostly 8-12-2021 08:11 AM
princessmiang replied at 8-12-2021 08:08 AM
kalau nak bulan madu baiklah ke tempat lain... ni bulan madu kat makkah tempat suci.. kang ibadat ke ...

Dua duanya ibadah kheunz? Tanya anak jiran aku yg 3 tahun....
Quote Normabaru 8-12-2021 08:13 AM
Barakallah..tp ko pergi mekah utk honeymoon xsesuai dikkkk...dh la COVID ni..baikla ko p swiss tu ha..ramai gila ke swiss Skrg..btapa kaya msian..nnt jumpa Malaysian lg byk Dr org swiss.kohkoh
Quote AshkieLa 8-12-2021 09:11 AM
mcm bapak2 dah kemaldeli ni punya cutting..
Quote gideoncross 8-12-2021 11:42 AM
Topik kegemaran ummah Mulayu Meleis, khwin smbunyi2. Dh xde stock lain nak crita.
Quote Abob 8-12-2021 02:15 PM
KAMAL N USHA ADA DEAL NGAN ASTRO...SEBAB TUH RAHSIA SEBULAN
Quote adeqbun 8-12-2021 02:18 PM
princessmiang replied at 8-12-2021 08:08 AM
kalau nak bulan madu baiklah ke tempat lain... ni bulan madu kat makkah tempat suci.. kang ibadat ke ...

Stuju..ai z oenah stuju org jdkan mekah tmpt honeymun...p lepas kawen tp jgn la ko niat nak honeymun bole x...niat nak ibadah
Quote dudaberhias 8-12-2021 03:23 PM
wahhh rahsianya... buat2 tekezut hakak dedua dah kahwin rhopernyaa... ingatkan pasangan mak wan tadi sebab nampak kertu2 sikit... rupanya zoom2 dekat sikit theyolss dua ni yach...

tahniah... selamat beramas mesra bersama... untuk ungka tu akak ada petua sikit... tiap2 malam pakai la helmet takut masa melambung2 terhantuk kepala dekat syiling... sekaligus boleh elak kepala terbang keluar kot tingkap sebab helmet tu berat boleh elak kepala terbang di bulan mengambang... nanti suruh kamal cantumkan balik je... jangan pasang terbalik sudah nanti habis kopek ada dekat belakang badan...

tapi iolsss restui dedua ni yachhh nampak seri pengantin theyolss naik sangat berbanding si kimpropa yang siap hangkut berhala kena penggal dari lembah bujang untuk di buat kek (walaupun tak boleh potong dan makan)
Quote lasagna 8-12-2021 04:03 PM
waaaaaa deyols guna khidmat kaka nell lahh.. mmg cun laa dress tu nti.. gittew laahh ya
Quote jijilaaa 8-12-2021 05:10 PM
tembuk elok noh si kemal
Quote stingerghostly 8-12-2021 05:25 PM
Normabaru replied at 8-12-2021 08:13 AM
Barakallah..tp ko pergi mekah utk honeymoon xsesuai dikkkk...dh la COVID ni..baikla ko p swiss tu ha ...

Mekah dulu kendian interlaken switzerland...takda masalah pung takda yg perlu nak rush dah suami isteri kheunz? ko aja yg tak mampoo mampoo

Kahkahjahjahjah
Quote downiey 11-12-2021 07:31 PM
tahniah. akhirnya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.113172 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top