CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nelydia Dan Raysha Tahu Segala Dugaan Dan Cabaran Sebelum Kahwin Dengan Kamal"

8-12-2021 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4352| Komen: 11

Description: Uqasha Senrose, 29, sebak apabila mengimbas kembali sokongan dan keterujaan yang diberikan oleh adik beradiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose menjelang majlis pernikahannya.
Uqasha Senrose, 29,  sebak apabila mengimbas kembali sokongan dan keterujaan yang diberikan oleh adik beradiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose menjelang majlis pernikahannya.


Jelas Uqasha, adik-beradiknya sentiasa berada di sisi menemaninya sehingga selesai majlis pernikahan yang berlangsung pada 5 November lalu. 

Foto: IG


"Seperti semua sedia maklum, saya, Nely dan Raysha memang rapat. Kehadiran mereka seperti kekuatan dan memberikan saya semangat. Mereka tahu dugaan dan cabaran yang saya lalui sehingga dapat mendirikan rumah tangga.

"Memandangkan semuanya sudah bersiap pada hari nikah, jadi kami tidak mahu menitiskan air mata. Apa yang penting adalah mereka sentiasa menemani saya sepanjang malam sebelum keesokan harinya (5 November).


"Dalam masa yang sama, kami merahsiakan perkahwinan ini atas permintaan keluarga dan menghormati banyak pihak. Apa yang penting semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar," katanya. 



Menurut Uqasha, dia dan suami tiada niat merahsiakan pernikahan itu sebaliknya mereka menyegerakan perkara wajib yang hanya membabitkan  keluarga dan rakan terdekat berikutan situasi semasa pandemik Covid-19.

"Alhamdulillah selepas beberapa kali tertangguh sejak Jun lalu iaitu tarikh sepatutnya majlis pernikahan dan resepsi dirancang, akhirnya kami selamat disatukan.

"Apa pun, kami hanya menghormati permintaan ibu bapa selain bersyukur kerana segala-gala urusan ke arah membina masjid ini dipermudahkan," katanya ketika ditemui.





Pada majlis pernikahan bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, sah bergelar suami kepada Uqasha dengan dua kali lafaz dan menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi. -CARI



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 8-12-2021 08:33 AM
Gambar sama cerita sama


Betapa byk benang nk bukak oiiii..
Quote riena3321 8-12-2021 11:55 AM
Ayah dia hidup lgi. ingatkan dah meninggal
Quote menjad 8-12-2021 12:10 PM
Kepam betui laki nya... Badan xfit????
Quote mawarkhayalan99 8-12-2021 04:31 PM
uqa buat rambut fringe depan tu tak chantiqueee
Quote Perawankota 8-12-2021 06:14 PM
Tak excited tgk pon
Quote umbut 8-12-2021 06:40 PM
Dugaan amende
Cabaran amendenya
Quote 3chanceno 8-12-2021 06:49 PM
Normabaru replied at 8-12-2021 08:33 AM
Gambar sama cerita sama



Reporter Cari bukak benang dengan isi yang sama, macam isi dengan kuku kaka

Satu hari entah berapa reporter bukak benang yang baru dengan isi sama janji gaji masyukkkk

Untuk tak ot, dah mereka adik beradik & dlm industri pulak, apa nak heran share their worries & troubles
Quote Normabaru 8-12-2021 06:54 PM
3chanceno replied at 8-12-2021 08:49 PM
Reporter Cari bukak benang dengan isi yang sama, macam isi dengan kuku kaka

Satu hari enta ...

Itu lerrr..ntah hape2..getir hapenyeh

Dok bercinta pon sesama rentis

Bukan rentas Dunia ke benua ke nk getir sgt..

Yang reput cari ni plak mcm xhbs sekolah..

Tahik mcm ni pon kutip..xde class lgsg
Quote Zeatyisaac 8-12-2021 09:59 PM
riena3321 replied at 8-12-2021 11:55 AM
Ayah dia hidup lgi. ingatkan dah meninggal

Masih ada dan ada keluarga baru.
Quote dudaberhias 8-12-2021 10:03 PM
eeee belum di tayangkan di astro 11/12 ni terus rasa dah basi pasangan ni sebab thread banyak sangat dan orang dah tahu dah pun dah nikah... yihhhhh
Quote AshkieLa 9-12-2021 03:23 PM
tak excited pulak ngan pasangan ni... menguap di skala 8...
excited lagi time yusry dengan erra zaman dolu2... #throwback

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.100711 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top