CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Perjuangan Dan Penantian Selama 11 Tahun Berhasil! Kanser Saya Hilang!”-Elyana

8-12-2021 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18458| Komen: 211

Description: Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkongsi berita gembira apabila memaklumkam kanser limfoma yang dihidapi kini hilang.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkongsi berita gembira apabila memaklumkam kanser limfoma yang dihidapi kini hilang.

Berita tersebut dikongsikan Elyana menerusi satu perkongsian di Instagram, pagi ini.


Foto: IG

Menurut penyanyi Kalis Rindu itu, perjuangan serta penantiannya selama 11 tahun berjuang melawan penyakit akhirnya berhasil.

“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.


“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!” tulisnya.


Elyana pada masa sama turut bersyukur kerana doa dimakbulkan Yang Maha Esa.

“Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, Kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.

“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love u Ya Allah…,” tulisnya.




Perkongsian terkininya itu menjadi berita menggembirakan buat para peminatnya dan rata-rata turut mengucapkan alhamdulillah atas perkembangan positif itu.

Terdahulu, Elyana membuat pendedahan menghidap kenser Limfoma tahap empat pada 2017.



Elyana dan suaminya, Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 10, dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadani yang kini berusia 2 tahun. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 8-12-2021 08:37 AM
alhamdulillah..miracle nya....
Quote Normabaru 8-12-2021 08:39 AM
Alhamdulillah.. ..hr tu bunyi cm teruk sgt da..semoga istiqomah la bhijab ye dik yana...hugsss
Quote ketambangkang 8-12-2021 08:41 AM
alhamdulillah dia insan terpilih, semoga kekal sht
Quote lilo1979 8-12-2021 08:41 AM
alhamdulillah..mmg betul miracle la. Dasyat semangat juang dia ni.
Quote puanbintang 8-12-2021 08:42 AM
alhamdulilah, happy untul ellyana..kuat dia ni..
Quote mojarean_X 8-12-2021 08:44 AM
Alhamdulillah...gembiranya
Quote famiza 8-12-2021 08:45 AM
Alhamdulillah...... rezeki buat Elyana ????
Quote rosa_canina 8-12-2021 08:46 AM
alhamdulillah
Quote Nnasda53 8-12-2021 08:47 AM
Alhamdulillah..mmg rezeki dia.
Quote ketupatnasi 8-12-2021 08:50 AM
alhamdulillah.
ostad shayang jangan tetiba claim kata doa makbul pulak.
Quote epullipan 8-12-2021 08:51 AM
syukur alhamdulillah...diberi peluang kedua..semoga terus istiqomah berhijab ya
Quote natrahn 8-12-2021 08:51 AM
Allahuakhbar Alhamdulillah
Quote limau_lemon 8-12-2021 08:52 AM
Alhamdulillah.. Jaga diri.. Pemakanan Elok2.. Untuk elakkan relapse..
Quote codenamedream 8-12-2021 08:57 AM
Alhamdulillah
Quote olezzeli17 8-12-2021 08:58 AM
Alhamdulillah, berkat usaha dan doa-doa dpd Elyana serta semua insan yang menyayanginya. Semoga terus sihat walafiat hendaknya dan hidup bahagia disamping keluarga yang tersayang.
Quote zuliana29 8-12-2021 09:01 AM
alhamdulillah....
Quote KamikuP 8-12-2021 09:03 AM
Alhamdulillah syukur pada Allah Maha Penyembuh
Quote Hypothetically 8-12-2021 09:04 AM
Alhamdullillah, semoga dilimpahi rahmat dan di bawah perlindungan Allah sentiasa.
Quote Suchi 8-12-2021 09:05 AM
Alhamdulillah, bertuahnya
Dulu masa dia kata dah stage 4 kat GV tu iols igt dia dh tak byk masa dah.
Tapi tak sangka lama juga bertahan sampai lah dh sihat plak.
Iols penah tgk satu telefilem omputeh tajuk dia 5 kot sempena kanser payudara tak silap.
5 tu maksudnya bila dah sembuh pastu lepas 5 tahun sel kanser dah tak kembali makna sembuh laa sepenuhnya.
Sbb dlm tempoh 5 tahun tu ada yg diserang balik dan jd bertambah teruk hingga meninggal dunia.
Kalau salah betulkan ya sbb lama dh tgk cite tu zaman2 cenel Diva kot masih wujud kat esterok.

Lihat semua komen(211)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062905 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top