CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ejen Laman Cari Jodoh Dipukul Polis Gagal Cari Pasangan

18-11-2021 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3730| Komen: 28

Gara-gara naik angin kerana kecewa dalam pencarian jodoh di laman web mencari jodoh, seorang anggota polis bertindak memukul wanita yang dipercayai ejen syarikat tersebut.


Kejadian dilaporkan berlaku di dalam lif pejabat wanita berkenaan di Jalan 2, Chan Sow Lin, Cheras di sini baru-baru ini.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pada 16 November lalu kira-kira pukul 10.30 pagi, suspek telah berjumpa dengan mangsa yang berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan.

“Suspek yang berusia 35 tahun telah membawa pengadu masuk ke dalam lif untuk turun ke bawah, suspek telah memukul pengadu berkali-kali menggunakan tangan di bahagian kepala.

“Pengadu mengalami pendarahan di kepala dan telah mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Muhammad Idzam, hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara pengadu dan suspek yang mana suspek telah membayar wang sebanyak RM2,500 kepada pengadu untuk mencari calon jodoh di laman tersebut.

Bagaimanapun tiada calon ditemui dalam masa enam bulan  sebelum suspek telah menyalahkan pengadu dalam hal ini dan bertindak menyerang pengadu.

“Polis telah mengenal pasti seorang anggota polis lelaki yang dipercayai terlibat dalam video menunjukkan seorang wanita dipukul di dalam lif yang tular di media sosial sejak semalam,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan orang dan anggota polis berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.


Sumber: MalaysiaGazette



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aint 18-11-2021 06:09 PM
bodo la polis tu... ptt wat report la yg agen atau agensi cari jodoh tu scammer
Quote sharlenetexas 18-11-2021 06:35 PM
Ingatkan berita indon.

Quote chazey 18-11-2021 06:37 PM
sharlenetexas replied at 18-11-2021 06:35 PM
Ingatkan berita indon.

Sama. Polis pula tu. Gred D sangat yach ahli penguatkuasa negara ini.
Quote Decaffeinated 18-11-2021 06:50 PM
Polis pun pakai ejen?

nak tau bangsa apa.

Quote Xim 18-11-2021 07:34 PM
Eloklah tak jumpa jodoh sbb panas baran....dayus sungguh....
Quote dani-rox 18-11-2021 07:45 PM

Ai pulak ingatkan kat India
Quote edayildiz 18-11-2021 07:54 PM
eh bethol la..i ingat  indon..pastu nampak cheras tu baru sedar kejadian kt malaysia
bangsa apa la yg garang sgt ni..
Quote chazey 18-11-2021 07:56 PM
Decaffeinated replied at 18-11-2021 06:50 PM
Polis pun pakai ejen?

nak tau bangsa apa.


Sini ada laporan dan gambar mangsa tapi tak mentioned polis tu kaum apa. Kulit pemangsa warna coklat. Gila punya mengamuk siap tarik pompuan tu keluar dari lift by grabbing her hair to pull her out walau dah nampak kepala mangsa berdarah.

https://www.freemalaysiatoday.co ... -find-life-partner/
Quote TeropongThaico 18-11-2021 08:17 PM
Harus tak kacak langsung..
Kot tak wat pe nak cari melalui ejen. Dgn uniform pun dah boleh pikat anak dara atau janda tauuu
Quote dudaberhias 18-11-2021 08:53 PM
patutnyaaa bagitau je nama agensi cari jodoh tu supaya tak ramai lagi tertipu...

choiii 2021 ni masih ada lagi yach orang guna agensi cari jodoh???
setau iolsss agensi jodoh ni laku tahun 2006 ke bawah jah...
Quote kemaruk 18-11-2021 08:54 PM
kalau sebabnya pelik sangat (sebab gagal cari jodoh) mesti ada sebab lain yang lebih besar

alasan cari jodoh tu cuma alasan cover up je untuk cover sebab sebenar
Quote LoveSungmin 18-11-2021 08:57 PM
macam me**yu je
Quote kemaruk 18-11-2021 08:58 PM
chazey replied at 18-11-2021 07:56 PM
Sini ada laporan dan gambar mangsa tapi tak mentioned polis tu kaum apa. Kulit pemangsa warna cokl ...

dalam telegram ada video

dalam lif
Quote Xim 18-11-2021 10:06 PM
Video kat link ni

https://majoriti.com.my/berita/2 ... tidak-bertemu-jodoh
Quote sharlenetexas 18-11-2021 10:08 PM
dudaberhias replied at 18-11-2021 08:53 PM
patutnyaaa bagitau je nama agensi cari jodoh tu supaya tak ramai lagi tertipu...

choiii 2021 ni  ...

Kat the star ada lagi ke iklan icebreaker?
Quote Babai 18-11-2021 10:09 PM
sharlenetexas replied at 18-11-2021 06:35 PM
Ingatkan berita indon.

Hahahahaha
Quote bloodyamuk 18-11-2021 10:14 PM
cari jodoh kat Matrimony daaaa...bukan kaum2 yang cari jodoh dekat TillJannah ye...
Quote MarryPottet 18-11-2021 10:24 PM
Orang b*doh cari jodoh, akhirnya jadi gadoh.
Quote Jitu 18-11-2021 11:42 PM
tak pandai mengorat ke smpi nak guna agensi cari jodoh bagai

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.065057 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top