CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DM Ebby Yus Kalau Jumpa Nurse Yang Selamatkan Nyawanya

18-11-2021 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4891| Komen: 25

Description: Pelakon dan pelawak Ebby Yus mencari seorang jururawat yang pernah merawatnya setelah pengsan akibat serangan jantung sewaktu dalam penerbangan untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober lalu.
Pelakon dan pelawak Ebby Yus mencari seorang jururawat yang pernah merawatnya setelah pengsan akibat serangan jantung sewaktu dalam penerbangan untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober lalu.


Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ebby atau nama lengkapnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, meminta jururawat tersebut supaya menghubunginya menerusi Instagram jika terbaca pesanan tersebut.


Kredit foto: IG Ebby Yus

Perkongsian pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut itu turut mendapat perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila rata-rata mendoakan supaya usahanya untuk menjejaki jururawat tersebut dipermudahkan.


Difahamkan, Ebby sebelum ini dibantu jururawat terbabit yang memberikannya rawatan awal selepas dia mengalami serangan jantung akibat terkejut apabila pesawat yang dinaikinya bergegar ketika dalam penerbangan ke Mekah pada Oktober lalu.



Disebabkan masalah kesihatan, dia terpaksa ditahan di sebuah hospital di Maldives hingga terlepas peluang untuk menyertai jadual rombongan umrahnya seperti yang dijadualkan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 18-11-2021 05:26 PM
Manatau jodoh khens
Quote Acikgomen 18-11-2021 05:47 PM
Bengong tul bell komen nurse tuh tgh sebok naik unta
Quote msdummy.2018 18-11-2021 05:57 PM
Bongok bell...hahahahaah...
Quote babelina 18-11-2021 06:08 PM
dulu aku lepak sekali ngn eby yus sbb kwn aku ada program nyanyian kt rtm..asyik buat org ketawa jer..xde yg x kelakar kuar dari mulut dia...
Quote dudaberhias 18-11-2021 06:22 PM
Semoga ebby yus dapat jumpa nurse tu.. baik betul nurse tu...
Harap2 datin eina masakkan laksa manis kuah merah untuk sheols.
Quote Suchi 18-11-2021 06:32 PM
makadek replied at 18-11-2021 05:26 PM
Manatau jodoh khens

Tah2 bini org huhuhu
Dah keje dia kan kena la merawat org.
Quote chazey 18-11-2021 06:44 PM
Acikgomen replied at 18-11-2021 05:47 PM
Bengong tul bell komen nurse tuh tgh sebok naik unta

Ala2 komen kat porum ja komen si Bell tu. Tak tengok kiri kanan lansung.
Quote missus_meow 18-11-2021 07:07 PM
jumpalah tu nanti ...
Quote chekacheku 18-11-2021 07:15 PM
Blm smpai rezeki lg eby yus ke mekah..
Quote nolya 18-11-2021 07:39 PM
Nak ke Mekah kenapa tersasar ke Maldives.  Pesawat apenya boleh terbang ke Maldives sebelum ke Mekah?
Quote acikhan 18-11-2021 08:22 PM
haku tgh tanya kakak laki haku kot2 die ade tlg ke Kat and yus time nie?
Quote sambaldurian 18-11-2021 09:40 PM
chekacheku replied at 18-11-2021 07:15 PM
Blm smpai rezeki lg eby yus ke mekah..

copy paste thread lain. rs nya dia g ke mekah, dia beli tiket baru. ni umrah kali kedua dia. cuma dia x g madinah kali ni.so x complete tang tu je . xpe bkn buat haji pun. umrah kn 'melawat'

"Apa yang menyedihkan saya tidak berpeluang ke Madinah sebab rombongan sudah ke Makkah pada hari kelima. Jadi, saya dan Ustaz Ashraf pun beli tiket terus ke Makkah.


"Saya anggap apa yang berlaku ini adalah satu ujian. Sepanjang berada di Makkah selama enam hari saya juga terpaksa menggunakan kerusi roda ketika melakukan tawaf kerana masih belum kuat sepenuhnya. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan walaupun perjalanan umrah kali kedua ini lebih memberi ujian," katanya.
Quote gideoncross 19-11-2021 01:15 PM
nolya replied at 18-11-2021 07:39 PM
Nak ke Mekah kenapa tersasar ke Maldives.  Pesawat apenya boleh terbang ke Maldives sebelum ke Mekah ...

Transit kot tpi x dnafikn iol trktawa bila bca komen uol ni.
Quote nolya 19-11-2021 06:56 PM
gideoncross replied at 19-11-2021 01:15 PM
Transit kot tpi x dnafikn iol trktawa bila bca komen uol ni.

Honestly I tak tau kalau ada pesawat yg transit kat Maldives sebeum direct ke Mekah. Dulu2 I gi umrah tak de le transit kat mana2, direct je ke Mekah or Madinah.  Pesawat ape ye yg transit kat Maldives.
Apapun Alhamdulillah, Ebby Yus dpt juga sempurnakan umrahnya dlm diuji kesihatannya. Semoga EY tak lupa doa dipertemukan jodohnya di hdpn Kaabah.
Quote Lolalala 19-11-2021 10:37 PM
nolya replied at 19-11-2021 06:56 PM
Honestly I tak tau kalau ada pesawat yg transit kat Maldives sebeum direct ke Mekah. Dulu2 I gi um ...

Rasanya kalau ada emergency case macam ni, kapal terbang akan mendarat kecemasan dekat kawasan paling hampir. So maybe masa kejadian, paling dekat yang ada fasiliti maybe Maldive. Lepas dia dibawa naik ambulance pi hospital, kapal terbang laa semula ke destinasi.
Quote gideoncross 19-11-2021 11:35 PM
Edited by gideoncross at 19-11-2021 11:37 PM
nolya replied at 19-11-2021 06:56 PM
Honestly I tak tau kalau ada pesawat yg transit kat Maldives sebeum direct ke Mekah. Dulu2 I gi um ...


Dlu iol gi Umrah, mula2 nak transit kat Colombo tpi lpas itu ini, transit kat Hong Kong. Tnggu utk connecting flight kat HK Intl Airport dri 2pm ke 8pm, pstu dlm 9pm+, brtolak dri HK pstu smpai kat Jeddah dlm 5am+ ke camtu. Thun 2008 dlu.
Quote nolya 19-11-2021 11:45 PM
gideoncross replied at 19-11-2021 11:35 PM
Dlu iol gi Umrah, mula2 nak transit kat Colombo tpi lpas itu ini, transit kat Hong Kong. Tnggu utk ...

Biasanyalah, kalau kita naik any airline untuk umrah, kita tentu tau what airlinenya dan tau juga di mana transitnya dn untuk berapa lama. Tempoh perjalanan dari satu tempat, transitnya di mana dn untuk berapa lama tentu diberitahu kan oleh agent umrahnya. Kalau dikatakan akan transit di Colombo, tetiba transit kat HK, tukar flight pulak tu, apakah penumpang2 tak diberitahu sebelumnya, atau pesawat ada problem?
Quote sarah_ary2 19-11-2021 11:45 PM
Acikgomen replied at 18-11-2021 05:47 PM
Bengong tul bell komen nurse tuh tgh sebok naik unta

Mcm boleh dgr terngiang ngiang sore dia cakap mcm tue
Quote gideoncross 20-11-2021 12:37 AM
nolya replied at 19-11-2021 11:45 PM
Biasanyalah, kalau kita naik any airline untuk umrah, kita tentu tau what airlinenya dan tau juga  ...

Kes iol ni, mula2 mmg plan utk transit kat Colombo tpi tu plan yg awl2. Bila dh tukar ke plan bru sbb yg actual ada issue, tu yg HK jdi dstinasi utk transit & smua plan took place days before flight, buknnya time dlm aeroplane tu itself.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.159672 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top