View: 3037|Reply: 28
|
Ejen Laman Cari Jodoh Dipukul Polis Gagal Cari Pasangan
[Copy link]
|
|
Gara-gara naik angin kerana kecewa dalam pencarian jodoh di laman web mencari jodoh, seorang anggota polis bertindak memukul wanita yang dipercayai ejen syarikat tersebut.
Kejadian dilaporkan berlaku di dalam lif pejabat wanita berkenaan di Jalan 2, Chan Sow Lin, Cheras di sini baru-baru ini.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/18/170624pr2p282jwj2lq0pc.jpg) Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pada 16 November lalu kira-kira pukul 10.30 pagi, suspek telah berjumpa dengan mangsa yang berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan.
“Suspek yang berusia 35 tahun telah membawa pengadu masuk ke dalam lif untuk turun ke bawah, suspek telah memukul pengadu berkali-kali menggunakan tangan di bahagian kepala.
“Pengadu mengalami pendarahan di kepala dan telah mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Muhammad Idzam, hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara pengadu dan suspek yang mana suspek telah membayar wang sebanyak RM2,500 kepada pengadu untuk mencari calon jodoh di laman tersebut.
Bagaimanapun tiada calon ditemui dalam masa enam bulan sebelum suspek telah menyalahkan pengadu dalam hal ini dan bertindak menyerang pengadu.
“Polis telah mengenal pasti seorang anggota polis lelaki yang dipercayai terlibat dalam video menunjukkan seorang wanita dipukul di dalam lif yang tular di media sosial sejak semalam,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan orang dan anggota polis berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Sumber: MalaysiaGazette
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bodo la polis tu... ptt wat report la yg agen atau agensi cari jodoh tu scammer |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 18-11-2021 06:35 PM
Ingatkan berita indon.
Sama. Polis pula tu. Gred D sangat yach ahli penguatkuasa negara ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Polis pun pakai ejen?
nak tau bangsa apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah tak jumpa jodoh sbb panas baran....dayus sungguh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ai pulak ingatkan kat India ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
eh bethol la..i ingat indon..pastu nampak cheras tu baru sedar kejadian kt malaysia![](static/image/smiley/default/titter.gif)
bangsa apa la yg garang sgt ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 18-11-2021 06:50 PM
Polis pun pakai ejen?
nak tau bangsa apa.
Sini ada laporan dan gambar mangsa tapi tak mentioned polis tu kaum apa. Kulit pemangsa warna coklat. Gila punya mengamuk siap tarik pompuan tu keluar dari lift by grabbing her hair to pull her out walau dah nampak kepala mangsa berdarah.
https://www.freemalaysiatoday.co ... -find-life-partner/ |
|
|
|
|
|
|
|
Harus tak kacak langsung..
Kot tak wat pe nak cari melalui ejen. Dgn uniform pun dah boleh pikat anak dara atau janda tauuu![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
patutnyaaa bagitau je nama agensi cari jodoh tu supaya tak ramai lagi tertipu... ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
choiii 2021 ni masih ada lagi yach orang guna agensi cari jodoh???
setau iolsss agensi jodoh ni laku tahun 2006 ke bawah jah... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sebabnya pelik sangat (sebab gagal cari jodoh) mesti ada sebab lain yang lebih besar
alasan cari jodoh tu cuma alasan cover up je untuk cover sebab sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
macam me**yu je ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dalam telegram ada video
dalam lif
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 18-11-2021 08:53 PM
patutnyaaa bagitau je nama agensi cari jodoh tu supaya tak ramai lagi tertipu...
choiii 2021 ni ...
Kat the star ada lagi ke iklan icebreaker?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 18-11-2021 06:35 PM
Ingatkan berita indon.
Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
cari jodoh kat Matrimony daaaa...bukan kaum2 yang cari jodoh dekat TillJannah ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang b*doh cari jodoh, akhirnya jadi gadoh. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pandai mengorat ke smpi nak guna agensi cari jodoh bagai |
|
|
|
|
|
|
| |
|