CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru KAFA Boleh Diberhentikan Kalau Degil Enggan Divaksin

18-11-2021 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2051| Komen: 13

Description: Tindakan tegas akan diambil terhadap guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang berdegil tidak mahu menerima suntikan vaksin Covid-19.
Tindakan tegas akan diambil terhadap guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang berdegil tidak mahu menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tindakan mengikut undang-undang itu termasuk diberhentikan kerja.

Beliau berkata, mengikut prosedur operasi standard (SOP), guru yang enggan mengambil vaksin tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka.


Gambar hiasan

"Untuk peringkat awal, kita akan berikan ingatan dan amaran hingga ke peringkat kemungkinan diberhentikan kerja.


"Kita tidak mahu menyusahkan mereka. Mengikut peraturan pekerjaan, guru ini boleh diambil tindakan jika ingkar arahan majikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Kecemerlangan Pelatih dan Perasmian Dewan Baitul Ehsan di Pusat Perlindungan Baitul Ehsan di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelawat Baitul Ehsan, Profesor Madya Dr Salasiah Hanin Hamjah.

Abdul Aziz berkata, beberapa peringatan dan nasihat termasuk surat dan notis akan diberikan kepada guru berkenaan untuk memaklumkan pengambilan vaksin di lokasi terdekat sebelum tindakan tegas diambil.

"Mereka tidak perlu datang sampai ke Shah Alam untuk suntikan vaksin kerana ia membabitkan kos sebaliknya boleh dibuat di mana-mana tempat.

"Selepas vaksinasi lengkap, mereka perlu melaporkan kepada ibu pejabat MAIS," katanya.

Katanya, ketika ini pihaknya tidak mempunyai data keseluruhan guru yang enggan divaksinasi tetapi ia membabitkan sebilangan kecil guru yang memberi alasan masalah kesihatan.

"Kempen pengambilan vaksin seperti penerangan juga telah dibuat. Jika masih berdegil, tindakan lanjut akan diambil," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakjiran 18-11-2021 08:21 PM
Masalahnya vaksin pun kes naik jugak. Camno..
Quote Belibis 18-11-2021 09:15 PM
anakjiran: Masalahnya vaksin pun kes naik ...

Itu tak penting...paling penting kena abiskan stock.takkan nak kambus belakang umah macam kakdud selalu dok sebut.
Quote Mulotkoyak 18-11-2021 09:24 PM
My opis mate ckp die ade masalah kesihatan siap bw dokumen perubatan. Tp die xsah kan plak doc tuh xbenarkan dia divaksin. So kalo kes cmni apa perlu kita buat?
Quote tungkai 18-11-2021 09:48 PM
Vaksin bukan ubat lerr....
Quote akies 18-11-2021 09:50 PM
Eloklah bg kata dua.
Degil bebenor

Matilah iols kena kecam dgn antivaks
Quote cecari 18-11-2021 10:02 PM
anakjiran replied at 18-11-2021 08:21 PM
Masalahnya vaksin pun kes naik jugak. Camno..

habis tu goyang telur kes boleh turun?
Quote Acikgomen 18-11-2021 10:03 PM
Mulotkoyak replied at 18-11-2021 09:24 PM
My opis mate ckp die ade masalah kesihatan siap bw dokumen perubatan. Tp die xsah kan plak doc tuh x ...

Kena la mintak doktor sahkan
Quote naina 18-11-2021 10:06 PM
Lahaiii masih ada lagi orang cmni ehh
Kemon la apa relevannya kaedah memaksa ni
Kes tak turun2 pun
Quote ketipongtipah 18-11-2021 10:17 PM
anakjiran replied at 18-11-2021 08:21 PM
Masalahnya vaksin pun kes naik jugak. Camno..

Masaalahnya lockdown pun naik.
Belajar la idop dgn Covid.
Tak nak beksin goyang telor kat rumah masuk cari forum bitter hari2.
Quote Zeatyisaac 18-11-2021 10:36 PM
Ambiklah vaksin. Kita tak tahu masa depan macamana, tapi tak salah berjaga-jaga. Macam ada parents tak ambik vaksin pneumococcal untuk anak2 dia, tapi hantar anak2 ke taska. Rezeki dia anak2 dia antibody kuat, might be dia ada alternative lain sebagai vaksin. Tapi kesian kat budak2 lain yang antibody lemah, sakit dan demand. Nasib mereka ambik vaksin pneumococcal, so boleh sihat balik, alhamdulillah.

Point nya di sini, kita tak tahu sekuat dan seteguh mana badan kita mampu bertahan, vaksin hanyalah pendinding, kalau bukan untuk diri kita sekalipun, tetapi untuk orang lain juga.
Quote Minami2013 18-11-2021 10:49 PM
Muak dah dgr pasal paksaan utk ambil vaksin ni. Since vaksin skrg ni more to individual protection, asalkan ikut sop, pakai mask, jaga jarak, wajibkan yg tk nk vaksin buat test regularly di klinik kos sendiri, buat mcm singapore, kalau tk nk vaksin sekiranya dijangkiti covid byr bil hospital sendiri, dah settle.
Quote JessePinkman 18-11-2021 11:59 PM
Dari dulu lagi asyik dengar tindakan tegas akan diambil kalau tak vaksin.

Mampu ugut jaa kaa, buat laa betoi2 kalau
berani. Pecat la teruih cikgu2 Kafa tak vaksin tu.
Quote annehuda 19-11-2021 12:11 AM
Guru kafa setau aku mmg kontrak je. Tak sama mcm cikgu tetal lain yg ada pencen. Diorg dpt elaun je pun

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060693 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top