CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yonnyboii Bangga Lagu Jadi Bahan Rujukan SPM

18-11-2021 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2696| Komen: 16

Description: Berbangga apabila lagu ciptaannya, Sakit dijadikan bahan rujukan kertas model peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penyanyi Yonnyboii seakan-akan tidak percaya perkara tersebut berlaku dalam ke ...
Berbangga apabila lagu ciptaannya, Sakit dijadikan bahan rujukan kertas model peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penyanyi Yonnyboii seakan-akan tidak percaya perkara tersebut berlaku dalam kerjaya seninya.


Yonnyboii atau nama lengkapnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, berkata, menjadi satu daripada impiannya untuk melihat karya muziknya dihargai masyarakat namun tidak pernah terfikir sampai tahap menjadi bahan atau rujukan soalan peperiksaan bertaraf kebangsaan.


Kredit foto: IG Yonnyboii

“Saya ada tengok post (hantaran itu) dalam media sosial dan sudah tentu saya rasa bangga. Tak pasti untuk subjek atau mata pelajaran apa tapi rasa macam mimpi jadi kenyataan.


“Dulu waktu di bangku sekolah, saya selalu terfikir kalau suatu hari nanti, saya nak tulis lagu yang boleh buat orang nyanyi di perhimpunan pagi di sekolah atau di kem-kem motivasi.

“Sekarang, lagu saya ada dalam kertas soalan model SPM. Bukan nak terlebih bangga atau riak tapi ini juga bukti, kalau kita buat apa yang kita suka dalam hidup, pasti ada ganjaran atau kejayaan menanti di hujungnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Biarpun lagu Sakit gagal mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 tahun lalu, ternyata naskhah berkisar kesihatan mental yang didendangkan bersama dengan rakan seperjuangan Zynakal mempunyai nilai tersendiri pada mata masyarakat.

“Orang jadikan lagu tulisan kita bahan model SPM untuk dikaji atau dijawab para pelajar, maknanya di situ ada harga dan ada nilai tersembunyi dalam lagu.

“Pada masa sama, disebabkan lagu Sakit tentang kesihatan mental, situasi yang berlaku itu secara tidak langsung, mendorong orang terutama golongan pelajar lebih cakna tentang kesihatan mental mereka,” katanya lagi.



Lagu Sakit yang merupakan ciptaan Yonnyboii dan Zynakal merupakan antara lagu popular sepanjang tahun 2020 sekaligus memperkenalkan nama penyanyi muda itu dalam arus perdana seni muzik tanah air.

Terdahulu, sekeping foto tular dalam Instagram apabila lirik lagu Sakit dijadikan rujukan kertas modul SPM yang dimuat naik akaun Instagram, @malaysianhustler. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 18-11-2021 06:56 PM
Woww... Tu jer lah aku mampu cakap
Quote Kitty_catz 18-11-2021 07:02 PM
whoryuss?

Quote slyfynx 18-11-2021 07:30 PM
Tajuk TT pn,
Bahan rujukan SPM.
Mcm org buat SPM wajib rujuk bahan ni.
Kertas Model SPM sudaaa, buku latihan ke...
Ko yang patut amik SPM lagi sekali ni
Quote Tinot7 18-11-2021 07:37 PM
rujukan kertas modul spm lerr..
Quote KIM.K 18-11-2021 07:40 PM
Tahniah. Mampu buat karya akademik
Macamnilah nak angkat anak seni tanahair
Quote kemaruk 18-11-2021 08:06 PM
ok la tu

takkan la nak martabatkan bahasa melayu kena nyanyi syair, sajak, pantun etc jer

lagu mamat ni ok jugak lirik dia bukan merapu rapu, bini bangkem selalu pasang
Quote Suchi 18-11-2021 08:24 PM
Ok je guna lagu terkini sebagai modul ke apa sesuai la dgn generasi skrg.
Takkan nak layan lagu gurindam jiwa lagi kan.
Kena ikut zaman dorang laa.
Soalan2 tu pun pasal masalah kesihatan mental yg mana budak2 sekolah skrg pun ramai alaminya terutama sejak pandemik ni.
Quote chazey 18-11-2021 08:37 PM
Bbnu fresh grad or undergrad mana la dihire kampeni ni untuk tulis buku modul soalan. Banyak kot kesalahan tatabahasa lagu tu.
Quote dudaberhias 18-11-2021 08:40 PM
tapi lagu2 dia memanng best walaupun rhoperr kepam ala2 kelindan lori gittewww...
tapi takpe dik penyanyi hanya perlu tonjolkan suara... kalau MV boleh jerr suruh orang lain miming macam shah rukh khan...
Quote kakigojes 18-11-2021 09:15 PM
Edited by kakigojes at 18-11-2021 09:18 PM

Dalam banyak2 lagu melayu, tak tau kenapa aku paling terkesan lagu teratai layu di tasik madu, especially part “aku rela menjadi teratai yang layu, daripada mekar di dalam tasik madu”
Quote Mulotkoyak 18-11-2021 09:17 PM
Xsalah aku lagu dia byk more too org yv sakit mental... Mcm lgu penat tuh... Nyanyian artis sabah asli tuh... Ak xingat name die.
Quote Nokiaman 19-11-2021 03:13 AM
Owhhh gitu citernya,,..
Bagilaaa dia happy sikit...
Lagu dia tu ada diguna pakai....
Quote exclusive_vvip 19-11-2021 07:20 AM
chazey replied at 18-11-2021 08:37 PM
Bbnu fresh grad or undergrad mana la dihire kampeni ni untuk tulis buku modul soalan. Banyak kot kes ...

I pun terpikir benda yg sama..company cikai mana la..buku2 rujukan @ aktiviti mmg kena beli dari company yg serious bab2 ni, sbb diorg hire guru betul2 untuk buat bahan...bukan hire ntah sapa2..jadi mcm ni la kang,ntah pape..iols penah yer, beli buku aktiviti sekolah rendah dari company tak penah dengar nama,pastu sebab murah..so beli la banyak jenis..sekali bila balik rumah, belek semula betul2, OMGGGGG sangat..banyak gila kesalahan,pastu mmg nampak bukan stail org berpengalaman..approval pun xde rasanya..i beli tu kat tesco kalu x silap, lama dah la..ntah camne la diorg leh jual..
Quote msdummy.2018 19-11-2021 09:33 AM
Lagu sakit ni deepp..i mean mmg sesuailah jd model spm...tp rsnya bnyk lagi yg boleh dijadikan model spm cnth lagu2 mnasir
Quote talapia 19-11-2021 10:07 AM
okla tu.. lirik lagunya berseni..  ada maksud tersirat yg perlu dicari..

so.. ama maksud 'bakal jadi rama-rama' dalam lirik tu?

haha.. aku bab2 ni memang tak mahir.. jawapan yg tepat hanya penulis lirik yg tahu
Quote sukacactus 19-11-2021 10:10 AM
Mesti sambil baca tu nyanyi dlm hati budak2 yg biasa dgr lagu tu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048130 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top