Penyanyi, Baby Shima tampil memberikan penjelasan selepas teruk dikecam ekoran gambar dipercayai miripnya bersama seorang lelaki di pusat hiburan di ibu kota tular.
Mengakui itu adalah dirinya, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli ini menjelaskan timbul salah faham mengenai foto tersebut. Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi, Shima memberitahu gambar tersebut sengaja di muat naik orang yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk memburukkan namanya. “Terlebih dahulu saya nak minta maaf tentang gambar yang tersebar tu, tak tahu datang dari mana. Mungkin orang yang sebarkan itu cuba nak memburukkan nama Shima.
“Jadi Shima jelaskan dekat sini, gambar tu bertujuan untuk memburukkan nama, menjatuhkan dan memalukan Shima supaya dia buat orang benci lagi dekat Shima,” jelasnya. Tidak dapat menahan sebak, Shima mengalirkan air mata dan memaklumkan foto tular itu diambil sewaktu penggambaran muzik video terbaharunya berjudul Lalai. Kata Shima lagi dia juga tidak akan melakukan gimik yang boleh memalukan dirinya. “Kalau korang nak tahu, gambar itu waktu Shima tengah shooting untuk muzik video single terbaharu Shima, Lalai. Puas hati korang?” ujarnya sebak. Terdahulu, nama Shima menjadi hangat disebabkan foto tersebut merakamkan Shima seperti sedang mencium seorang lelaki yang sedang memegang gelas minuman. Sumber: Gempak
|
Belibis replied at 18-11-2021 05:01 PM
Aikkk..awalnya u turn???? Bukan ke sari dua lepas jawab macam tak hengat dunia.q
exclusive_vvip replied at 18-11-2021 07:00 PM
dia ni rupa n suara ada..tapi mcm x berapa nak naik..agaknya sbb guna nama Baby tu kot..mcm ada aura ...
ADVERTISEMENT