Putera Andrew memfailkan permohonan di sebuah mahkamah di New York, semalam untuk menolak saman berhubung tuduhan kes seksual yang dikenakan terhadapnya.
Duke of York itu mendakwa saman yang dikemukakan oleh Virginia Giuffre itu adalah untuk mengaut keuntungan daripada tuduhan yang tidak berasas. Pada Ogos lalu, Giuffre memfailkan saman terhadap Andrew mendakwa beliau menyerangnya secara seksual lebih 20 tahun lalu ketika dia berusia 17 tahun. Andrew, 61, yang tidak pernah didakwa atas pertuduhan jenayah itu berulang kali menafikan dakwaan itu dengan keras.
Bulan lalu, anak kedua Ratu Elizabeth II itu menerima surat saman itu dan diperintahkan menjawab tuntutan mahkamah itu pada 29 Oktober. Peguam beliau memohon mahkamah daerah Manhanttan supaya kes itu ditolak atas alasan gagal menunjukkan tuntutan relif mana yang boleh diberikan. Alternatifnya, mereka meminta Giuffre, 38, untuk memberikan penyataan yang lebih terperinci berhubung dakwaannya. "Putera Andrew dengan hormatnya memohon mahkamah membenarkan hujahan lisan dibuat bagi perkara ini," menurut kenyataan ringkas itu. Giuffre mendakwa Putera Andrew melakukan penderaan seksual terhadapnya di kediaman sosialit, Ghislaine Maxwell, di London. Dia turut mendakwa Putera Andrew menganiayainya di rumah pengurus dana Amerika Syarikat, Jeffrey Epstein, di New York serta pulau peribadi Epstein di Kepulauan Virgin. Guiffre mendakwa Epstein yang membunuh diri ketika menunggu perbicaraan atas pertuduhan pemerdagangan seks kanak-kanak pada 2019, 'meminjamkannya' untuk melakukan hubungan seks dengan rakan kaya dan berkuasa. Andrew jarang dilihat di khalayak ramai sejak dia diminta meninggalkan barisan hadapan diraja pada 2019 kerana gagal menjauhkan diri daripada Epstein. Maxwell yang mengaku tidak bersalah dijangka dibicarakan di New York pada 29 November atas tuduhan merekrut gadis bawah umur untuk didera oleh Epstein. Sumber: Harian Metro
|
lasagna: haa ada trtengok kes high prof ...
lasagna: haa ada trtengok kes high prof ...
ADVERTISEMENT