CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Budak Lelaki Hilang Lari Dari Rumah Perlindungan, Macam Mana Boleh Lolos?

2-11-2021 09:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3935| Komen: 22

Description: Tujuh kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang daripada sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di sini, kelmarin bukan diculik sebaliknya melarikan diri.
Tujuh kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang daripada sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di sini, kelmarin bukan diculik sebaliknya melarikan diri.     


Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, usaha mencari mereka yang berusia antara 12 tahun sehingga 15 tahun sedang giat dilakukan. 


Gambar hiasan

“Siasatan awal mendapati salah seorang rakan kanak-kanak itu menyedari kehilangan sekumpulan rakannya dan melaporkan perkara itu kepada pihak yang bertugas di rumah terbabit. 

“Kita berharap orang ramai yang ternampak kumpulan kanak-kanak yang mencurigakan agar menghubungi polis dan kita percaya kanak-kanak berkenaan tidak dapat pergi jauh kerana mereka lapar dan perlu mencari makanan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.


Menurut Ramli, berdasarkan siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah atau penculikan dalam kejadian tersebut dan polis masih menyiasat motif kanak-kanak berkenaan melarikan diri.

Menurutnya, polis juga belum jelas bagaimana kumpulan kanak-kanak berkenaan dapat meloloskan diri daripada pengawasan pihak penyelia rumah perlindungan berkenaan.   

“Demi keselamatan mereka kita harap tujuh kanak-kanak lelaki itu akan pulang, mereka mungkin bersembunyi di suatu tempat,” ujarnya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 2-11-2021 09:35 PM
Mesti ada isu dengan tempat tu maka budak-budak decided nak lari.. sekali 7 orang
Quote edayildiz 2-11-2021 09:40 PM
nampak sgt rumah perlindungan tu gagal melindungi..patut la bdk2 tu lari..semoga dpt jmpa balikk..kang terjumpa pulak ngn org jht dijualnya bdk2 tu
Quote musangbodoh 2-11-2021 09:52 PM
budak2 dh bijak skrg...entah2 booking grab blk umah...
Quote glump 2-11-2021 09:55 PM
Sampai 7 orang berpakat lari ..memang sesuatu
Quote Supersirap 2-11-2021 10:01 PM
Semoga mereka semua selamat dan dapat dijumpai, kena selidik kenapa mereka melarikan diri
Quote tumpanglalu74 2-11-2021 10:08 PM
Buad Halloween satanic sacrifice ke?
Quote Cik_jantung 2-11-2021 10:16 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 03:06 PM

..........
Quote fortiori13 2-11-2021 10:23 PM
Mst ada reason budak2 tu lari beramai2 gitu, harap pihak berwajib dpt siasat betul2 perkara ni...
Quote makadek 2-11-2021 10:25 PM
Siasat segera
Quote mclaren 2-11-2021 10:27 PM
Ada penderaan ke ni yang lari tu
Quote Carcosa 2-11-2021 11:21 PM
Soalan jujur - Rumah Perlindungan ni sebenarnya utk apa ya? Untuk budak2 yg didera ke? Atau anak2 yatim
Thank you sapa yg sudi jawab, in advance.
Quote Decaffeinated 2-11-2021 11:46 PM
I want to know the rest of the story.

Harap sesiapa yang tau lebih lanjut boleh update.

Quote cik_nur 3-11-2021 10:44 AM
Bukan setakat budak2 bertujuh je kena siasat, rumah perlindungan tu pun kena siasat juga..
Quote lurve82 3-11-2021 10:48 AM
Bau ikan sgt..klu best tmpt tu xdenye dorg nk lari…
Quote Artemesiaa 3-11-2021 11:43 AM
Harap bila dijumpai budak2 tujuh orang tu mahu bersuara sebab utama kenapa mereka melarikan diri
Quote sarahmirza 3-11-2021 11:47 AM
Dulu kan ada kes budak lari dari rumah anak yatim sebab tak taham didera....
Harap2 bukan itu sebabnya untuk kes ini..

Satu lagi rumah perlindungan sangat islamik ke?
Kot2 la jenis yang paksa budak2 bangun awal.pagi solat tahjud or qiamulail tiap malam ke.... Lari la budak2 tu
Quote cha-cha 3-11-2021 12:05 PM
Teringat kes anak2 orang asli yang hilang dulu, sedangkan mereka menyorok. Semoga dipermudahkan dan budak2 tu dapat diselamatkan.
Quote zehra2 3-11-2021 01:41 PM
rumah perlindungan bukan rumah kebajikan. sedangkan nak masukkn anak kerumah kebajikan perlukan kebenaran mahkamah. ingat senang ke nk amik alih hak penjagaan kanak2?
budak2 ni masuk rumah perlindungan dgn kesalahan jenayah.. tu yg panjang akal
Quote susukambingbest 4-11-2021 10:16 AM
glump replied at 2-11-2021 09:55 PM
Sampai 7 orang berpakat lari ..memang sesuatu

Budak2 jahat la tu. Mcm banduan lari dr pnjara. Umah prlindungan ni klau xsalah mcm skolah tunas bakti tu. Umah pnjagaan utk budk2/remaja yg brmasalah n jahat.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.073935 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top