CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaduh Sampai Mati, Polis Tahan Lelaki Tanam Mayat Kekasih

2-11-2021 09:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3746| Komen: 19

Description: Seorang lelaki ditahan di Simpang, Taiping dekat sini pada Jumaat lalu susulan penemuan mayat wanita reput di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang pada Rabu lalu.
Seorang lelaki ditahan di Simpang, Taiping dekat sini pada Jumaat lalu susulan penemuan mayat wanita reput di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang pada Rabu lalu.


Lelaki tempatan berusia 34 tahun itu diberkas pada pukul 9.30 pagi, dua hari selepas penemuan mayat mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, seorang pemandu lori menjumpai tulang disyaki kaki manusia pada hari kejadian.


Gambar hiasan

Menurut beliau, bahagian tubuh itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan reput pada pukul 5.30 petang.


“Hasil siasatan lanjut, pasukan forensik menjumpai bungkusan kain yang ditanam di kawasan berhampiran.

“Dalam bungkusan kain batik, selimut dan sejadah itu terdapat tulang manusia dari kepala hingga pinggang namun sudah reput,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, hasil soal siasat, suspek mengaku bergaduh dengan wanita berusia 31 tahun yang juga teman wanitanya di sebuah rumah sebelum memukul mangsa sehingga mati.

Suspek telah membawa polis ke lokasi mangsa dibunuh dan ditanam. Lelaki itu turut mengaku mencekik dan memukul kepala mangsa menggunakan batang mop.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 21 rekod lampau kes jenayah dan empat rekod kes dadah,” katanya.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 2-11-2021 09:46 PM
suspek mempunyai 21 rekod lampau kes jenayah dan empat rekod kes dadah,



takziahh..patutla..hakak slh pilih zantan..ni spesis zwntan mcm stinger kot
Quote CiliPadiSedap 2-11-2021 09:51 PM
edayildiz replied at 2-11-2021 09:46 PM
suspek mempunyai 21 rekod lampau kes jenayah dan empat rekod kes dadah,

sesungguhnya stinger dan kaka hannah montana sedang salin kulit baru.


kadang2 kaka rasa geli hati apabila seorang lejen kak nah kehabisan kredit. moga kak nah tak bergentayangan macam stinger roh tak diterima bumi mahupun forum

kalau kak nah nak kredit boleh je kaka cilipadisedap willing to donate for charity with interest rate 10% per week
Quote musangbodoh 2-11-2021 09:56 PM
report org hilang pun xde sape buat
Quote edayildiz 2-11-2021 10:00 PM
CiliPadiSedap replied at 2-11-2021 09:51 PM
sesungguhnya stinger dan kaka hannah montana sedang salin kulit baru.



patut la lama xnmpak kak nah..dah innalillah..kalau kak nah i pun nak derma tacang i. i sanggup bg +10 ...at least kak nah xmnyakitkan hati mcm stinger tu
stingerr tu dk bergentanyangan antara langit dan bumixaman roh dia..byk hutang ngn manusia keliling kot kak
Quote Cik_jantung 2-11-2021 10:19 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 03:15 PM

..........
Quote mnz 2-11-2021 10:23 PM
Salah pilih teman lagi teruk kalau salah pilih forum…merana dlm neraka
Quote kucim 2-11-2021 10:50 PM
Takut dgn penjenayah mcm ni ...nak berkawan seeloknya ada no ic dia..boleh cek rekod di pdrm..kalau kenal org dlm
Quote monreyes 2-11-2021 10:56 PM
CiliPadiSedap replied at 2-11-2021 09:51 PM
sesungguhnya stinger dan kaka hannah montana sedang salin kulit baru.

kaka sangat funny.....
barangkali roh stinger sekarang berada di tangki kumbahan najis....
Quote Decaffeinated 2-11-2021 11:48 PM
Ini lebih senang sangkut 302 berbanding kes Zulfarhan kot... pun masih ada lubang.

Quote edayildiz 3-11-2021 12:18 AM
kucim replied at 2-11-2021 10:50 PM
Takut dgn penjenayah mcm ni ...nak berkawan seeloknya ada no ic dia..boleh cek rekod di pdrm..kalau  ...

good idea ni..next time kena mitk no ic dulu kan baru kenal..kdg2 nampak luaran mcm ok..sekali background screening xlepas
Quote Cilipadi09 3-11-2021 02:13 AM
Berita sepenuhnya Disini : https://shrinke.me/7GyhD
Quote sarah82 3-11-2021 03:07 AM
Diknah gaduh dgn sapa pulak sampai dan disemadikan.. Karang dia muncul balik
Quote CiliPadiSedap 3-11-2021 08:18 AM
sarah82 replied at 3-11-2021 03:07 AM
Diknah gaduh dgn sapa pulak sampai dan disemadikan.. Karang dia muncul balik

rasanya kes vaksin. dia bila dgr vaksin terus keluar animal planet vocab dia siap cakap neraka kirim salam seolah olah dia penghuni neraka yang sampaikan salamikutkan  ramai lg outspoken isu vaksin berbanding kak nah. tetiba  tanpa datang angin monsoon cup sawadikap dia letup berapi rapi.

kaka apa lagi panggil stesyen minyak kasi tambah ron 97 biar api  bertambah lagi  habis kebaaboom habis kredit cm stinger.
Quote sarah82 3-11-2021 09:00 AM
CiliPadiSedap replied at 3-11-2021 08:18 AM
rasanya kes vaksin. dia bila dgr vaksin terus keluar animal planet vocab dia siap cakap nera ...

Muahahaha.. Dik nah la.. Dia ok sebenarnya walaupun angin gila dia selalu mai.. Stinger @ manak miskin yg harapkan duit skandal utk check in tu? Gone case tu.. Mamat tu acah2 kaya walhal
Quote Agent777 3-11-2021 01:51 PM
gg rip man, jangan gaduh
Quote noell 3-11-2021 02:56 PM
CiliPadiSedap replied at 3-11-2021 08:18 AM
rasanya kes vaksin. dia bila dgr vaksin terus keluar animal planet vocab dia siap cakap nera ...

tuh belum hg sebut nama tokti tok k nilopa dgn laki dia hariz...kalo hg mention nama2 tuh siap la jd juon annnabelle suster ngesot siap maki hamun 7 petala langit sampai firaun pun tak sanggup dengaq
Quote Jitu 3-11-2021 04:09 PM
ganas betul
rekod pun byk
Quote CiliPadiSedap 3-11-2021 05:05 PM
noell replied at 3-11-2021 02:56 PM
tuh belum hg sebut nama tokti tok k nilopa dgn laki dia hariz...kalo hg mention nama2 tuh siap la  ...

mulut cm jubor friska memang patut kena potong tacang dan disemadikan satu liang lahad dengan stinger


lepas tampal kain kuning mungkin diknah akan lebih bersopan santun dalam berforum sambil kumpul tacang
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 02:24 PM
So apa ko dapat?
Ke penjaraaaaa you goooo
Demi baran kat perempuan
Haaa silakan meninggallll
Orang baran ni memang iol gelakkan aje
Kadang benda takde isu dibuatnya masalah negara
Setan jugakkk yang chill hasut manusia
Ko? Penjara... Dah habis penjara, ke neraka pulakkk

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.344377 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top