Bukan kanak-kanak sahaja mampu merangsang nafsu golongan ‘pedofilia’, malah ada satu lagi golongan dikenali sebagai 'maiesiofilia' yang tergoda dan berghairah apabila melihat wanita hamil. Bukan perkara baru, namun golongan ini sekali lagi menjadi perhatian apabila kewujudan laman Facebook memaparkan foto candid ibu hamil terbongkar. Seorang pelayar Twitter berkongsi mengenai laman Koleksi Mak Buyung Malaysia yang diletakkan dalam mod privasi untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati. Jijik melihat tangkap layar sebagaian komen yang ditinggalkan di laman berkenaan. Penuh dengan komen lucah! Malah, lebih menyakitkan hati apabila ada pihak meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas golongan wanita hamil kerana 'menampakkan bentuk perut' mereka. Siap ada yang berkongsi mengenai kamera kecil untuk menghendap dan mengambil gambar bahagian sulit wanita. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi, sekali gus mencetuskan kebimbangan di kalangan warganet. Kalau sarat mengandung pakai jubah besar tetap nampak perut macam mana? Salah perempuan juga? - CARI
|
Friska replied at 2-11-2021 01:22 PM
Duh saya lagi hamil, ntar ada yang ambil foto saya masuk ke FB ini
sharlenetexas replied at 2-11-2021 01:26 PM
Bila nak beranak sis?
Friska replied at 2-11-2021 01:22 PM
Duh saya lagi hamil, ntar ada yang ambil foto saya masuk ke FB ini
ellejo replied at 2-11-2021 01:34 PM
aku pernah pakai bodycon dress masa mengandung anak kedua. terperasan seorang laki ni duk usha je pe ...
Suchi replied at 2-11-2021 01:49 PM
Dari dulu lagi ada group gini lepas kena tutup buat lagi.
Mesti bersepah kan gambar influencer socme ...
ADVERTISEMENT