CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putera Andrew Mohon Tolak Saman Kes Seksual

2-11-2021 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2165| Komen: 10

Description: Putera Andrew memfailkan permohonan di sebuah mahkamah di New York, semalam untuk menolak saman berhubung tuduhan kes seksual yang dikenakan terhadapnya.
Putera Andrew memfailkan permohonan di sebuah mahkamah di New York, semalam untuk menolak saman berhubung tuduhan kes seksual yang dikenakan terhadapnya.

Duke of York itu mendakwa saman yang dikemukakan oleh Virginia Giuffre itu adalah untuk mengaut keuntungan daripada tuduhan yang tidak berasas.


Kredit foto: The Reuters

Pada Ogos lalu, Giuffre memfailkan saman terhadap Andrew mendakwa beliau menyerangnya secara seksual lebih 20 tahun lalu ketika dia berusia 17 tahun.

Andrew, 61, yang tidak pernah didakwa atas pertuduhan jenayah itu berulang kali menafikan dakwaan itu dengan keras.


Bulan lalu, anak kedua Ratu Elizabeth II itu menerima surat saman itu dan diperintahkan menjawab tuntutan mahkamah itu pada 29 Oktober.

Peguam beliau memohon mahkamah daerah Manhanttan supaya kes itu ditolak atas alasan gagal menunjukkan tuntutan relif mana yang boleh diberikan.

Alternatifnya, mereka meminta Giuffre, 38, untuk memberikan penyataan yang lebih terperinci berhubung dakwaannya.


Kreedit foto: The Mirror

"Putera Andrew dengan hormatnya memohon mahkamah membenarkan hujahan lisan dibuat bagi perkara ini," menurut kenyataan ringkas itu.

Giuffre mendakwa Putera Andrew melakukan penderaan seksual terhadapnya di kediaman sosialit, Ghislaine Maxwell, di London.

Dia turut mendakwa Putera Andrew menganiayainya di rumah pengurus dana Amerika Syarikat, Jeffrey Epstein, di New York serta pulau peribadi Epstein di Kepulauan Virgin.

Guiffre mendakwa Epstein yang membunuh diri ketika menunggu perbicaraan atas pertuduhan pemerdagangan seks kanak-kanak pada 2019, 'meminjamkannya' untuk melakukan hubungan seks dengan rakan kaya dan berkuasa.

Andrew jarang dilihat di khalayak ramai sejak dia diminta meninggalkan barisan hadapan diraja pada 2019 kerana gagal menjauhkan diri daripada Epstein.

Maxwell yang mengaku tidak bersalah dijangka dibicarakan di New York pada 29 November atas tuduhan merekrut gadis bawah umur untuk didera oleh Epstein.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 2-11-2021 03:13 PM
haa ada trtengok kes high profile si Jeffrey Epstein ni, so trpalit juga Prince Andrew ni tapi dia tak mengaku katanya. mangsa confirm mmg heols, ye laa dah kau keturunan diraja sah2 ler hang lepas!
Quote sharlenetexas 2-11-2021 04:11 PM
Tak berasaslah sangat.

Quote missyL 2-11-2021 05:40 PM
lasagna: haa ada trtengok kes high prof ...



Si Jeffrey tu pn acah2 bunuh diri.
I rase elok je lg hidup.
Di selamat kn kot.

Sbb vid die punye mayat mcm x Sama ngn die.
Ntah2 elok je dok bercuti kat mane2.
Die nie pgg rahsia byk org kot
Quote matbad 2-11-2021 06:21 PM
yaa rahsia profil tggi. tak mudah2 nak mati mcm tu ja. mgkin mereput kat pulau dia yg private tu
Quote edayildiz 2-11-2021 09:28 PM
of cos he is above the law just like the boss red bull..the law applies to commoners only
Quote caprisonne 3-11-2021 08:58 AM
Benci betul aku si Andrew ni..  queen pun boleh buat bodow je. Wretched betul.
Quote ketupatnasi 3-11-2021 09:34 AM
Jeffrey Epstein neh memang orang kenal supply fresh young meat kat pedo kayangan tua kepam busuk hanyir. Ye...tak bersalah lah sangat!!
Quote fortiori13 3-11-2021 08:52 PM
lasagna: haa ada trtengok kes high prof ...


Tula, I pun pernah baca kat tenet pasal ni, report yg I baca tu yg cakap Jeffrey Epstein yg tukang provide budak2 pompuan bwh umo kat prince andrew nih.
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 02:36 PM
Dont worry la
U mesti boleh lepas punya
Tengok laaa kabel belakang dia
Kabel karrrr kot
Next
Quote gbam 4-11-2021 02:59 PM
Jeffrey Epstein pasangannya ialah Ghislaine Maxwell.  Ghislaine Maxwell lah yg membocorkan, ada gambar,video, flight log, siapa yg pergi ke Epstien Island tu, tu semua geng pedophlia dan adrenochrome farmer. adrenocrome ni dadah elit cabal mereka minum utk kelihatan muda, awet muda gitu. ada video budak diseksa dgn elektrik di epstein island di bitchute sana.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.198130 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top