CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Bunuh Zulfarhan: 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah

2-11-2021 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30797| Komen: 502

Description: Seramai 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh, dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Seramai 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh, dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu pada Selasa berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan atas tuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh arwah.

Enam tertuduh ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.


Foto: Sinar Harian


Mahkamah mendapati 12 yang lain bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Mereka iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 2-11-2021 11:19 AM
xde 302 ...
Quote kelip2_07 2-11-2021 11:20 AM
aikk??bkn 302?
Quote Remyda 2-11-2021 11:21 AM
302 yillek
Quote lasagna 2-11-2021 11:29 AM
alhamdulillah.. terbela sudah kes bunuh arwah zulfarhan.. walau pun tak ke tali gantung, tapi dok dalam penjara laa citenya. kalau kena seksyen 302 kena gantung smpai mati mandatori.
Quote tumpanglalu74 2-11-2021 11:38 AM
EE6J8fOUwAAiMJJ.jpg large.jpg
Quote emera 2-11-2021 11:43 AM
Seksa sekali dengan iron kalau tak nak gantung.
Quote arareez 2-11-2021 11:45 AM
Bangsat ni semua kalau tak kena gantung, elok di mandulkan biar tak membiak genetik psychopath tu

Dasar keturunan terkutuk dgn mak bapak pun gigih hire lawyer bela anak salah.
Quote weezerfan 2-11-2021 11:46 AM
Alhamdulillah
Quote lasagna 2-11-2021 11:46 AM
Edited by lasagna at 2-11-2021 11:48 AM

Yang 6 orang tu kena hukuman 304 seumur hidup
Lagi 13 orang belum dibaca lg keputusannya... fuhhh mahkamah tgh rest/break katanya..
Quote ulamalu 2-11-2021 11:48 AM
Hancur masa depan ikutkan sgt nafsu nak membuii tu
Quote pyaarAmor 2-11-2021 11:48 AM
Seumur hidup tu smp diorg umur 50++ je kan maksudnya hukuman tu?
Quote ulamalu 2-11-2021 11:49 AM
Btw, bagus team pendakwa.  OKT x lepas krn perkara2 teknikal.
Quote exclusive_vvip 2-11-2021 11:50 AM
yg pembunuh 6 org ni, kalu Agong bagi pengampunan diorg leh lepas awal tak? kang tgk2 lepas 5-6tahun dah kuar jail..hmmm
Quote mrsLucky 2-11-2021 11:52 AM
Ikut amrah sangat kan dah kena jel sampai tua

Sedih baca cara arwah tu di seksa....sakit hati i. Nasib baik derang tak lepas
Quote awanysss 2-11-2021 11:56 AM
302 mmg susah nak establish..
mmg selalu akan pegi 304..
kalau mati2 nak 302 jugak, takut terlepas kang anak3 setan ni..
tak 302 sbb dorang ada bawak pegi klinik tu semua kan..

apa la perasaan bapak dia yg bomoh tu ek..
pasal dia je, habis semua ke dalam..
Quote edoraixora 2-11-2021 11:56 AM
Enam penuntut UPNM terlepas hukuman mati bunuh Zulfarhan
KUALA LUMPUR: Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas daripada sabitan dan hukuman gantung sampai mati terhadap kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut universiti itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah sebaliknya memutuskan mereka bersalah terhadap tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh mangsa di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Mereka terdiri daripada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Mahkamah turut mendapati keenam-enam mereka dan 12 lagi penuntut bersalah terhadap pertuduhan mencederakan Zulfarhan.

Mereka ialah Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala dan Luqman Hakim Shamsuri.

Tertuduh lain ialah Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah bilik blok penginapan Asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara pukul 2.30 pagi dan pukul 5.30 pagi 21 Mei 2017.




Quote lasagnaklcc 2-11-2021 11:59 AM
Yg abdoul hakeem tu tak dpt extra hukuman ke? Dia yg mastermind kan.
Quote nipskacang 2-11-2021 12:01 PM
Hidup la korg dlm penyesalan. Aku xnak doa neraka kat kau tapi perangai bangsat kau ni elok mereput dlm kehinaan
Quote aku_best 2-11-2021 12:01 PM
Setelah sekian lama menunggu keputusan..akhirnya...

Lihat semua komen(502)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.299166 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top