CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Terbang terhempas di Gua Musang??

4-6-2015 10:17 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 20654| Komen: 148

Description: Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan setakat ini tiada terima laporan berhubung insiden kapal terbang terhempas di Gua Musang. KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan m ...


Berdasarkan laporan BH Online, ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan setakat ini tiada terima laporan berhubung insiden kapal terbang terhempas di Gua Musang. 

Kenyataan beliau merujuk kepada maklumat yang tersebar menerusi laman sosial serta panggilan yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengenai dakwaan individu tertentu melihat sebuah pesawat dipercayai terhempas di Rantau Manis, Gua Musang. 

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.36 malam dan sepasukan pegawai serta anggota sudah bergegas ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, hingga jam 10.30 malam tadi, bomba tidak menemui sebarang objek terhempas di kawasan yang dilaporkan. 

Datuk Mazlan menyeru orang ramai agar jangan sesekali menyebarkan maklumat yang belum lagi disahkan pihak polis menerusi laman sosial . - CARI Infonet 

9

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 3-6-2015 11:26 PM
X dengar pun.
Quote primemova 3-6-2015 11:27 PM
Tepek la info
Quote mak_wa95 3-6-2015 11:28 PM
adduiiiiiiii..........

sumber berita.......

nak kena panggil momod ni,

@spiderman80
Quote nashrudean 3-6-2015 11:29 PM
[10:49PM, 6/3/2015] +60 17-501 0039: Asalamulaikkum,

Tuan, (Laporan Terkini)

PGO Kelantan terima panggilan daripada RC KL 15-0011380 ,caller mengatakan kapal terbang jatuh dialamat Block 7 Kampung Lata Manis Gua Musang pada jam 20:35 malam tarikh 03/06/2015 :-
                       Jentera terlibat - FRT Gua Musang -3 anggota
                                                - RRV Gua Musang -3 Anggota
                                               -  Hilux Gua Musang - 2 Bersama Ketua Balai
                                               -  PBS - Bertam - 3 orang
Pada jam 22:02 ketua balai gua musang menghubungi PGO Kelantan ,Maklumat terkini mengatakan telah sampai dilokasi yang dilaporkan kapal terbang jatuh tetapi tidak menjumpai kapal terbang yang jatuh tersebut buat masa ini,Ketua Balai Gua Musang masih mencari lagi bersama orang-orang kampung tersebut.

Sekian Terima Kasih,

PGO Kelantan
[10:50PM, 6/3/2015] +60 17-501 0039:
Quote jengkoil 3-6-2015 11:29 PM
Asalamulaikkum,

Tuan, (Laporan Terkini)

PGO Kelantan terima panggilan daripada RC KL 15-0011380 ,caller mengatakan kapal terbang jatuh dialamat Block 7 Kampung Lata Manis Gua Musang pada jam 20:35 malam tarikh 03/06/2015 :-   Jentera terlibat - FRT Gua Musang -3 anggota
Quote ice_sky92 3-6-2015 11:31 PM
Kapal terbang askar?

BERITA Tak Rasmi : Dilaporkan sebuah kapal terbang terhempas di Gua Musang Kelantan.

Berita lanjut menyusul

Quote milo_888 3-6-2015 11:34 PM
nashrudean replied at 3-6-2015 11:29 PM
[10:49PM, 6/3/2015] +60 17-501 0039: Asalamulaikkum,

Tuan, (Laporan Terkini)

Pada jam 22:02 ketua balai gua musang menghubungi PGO Kelantan ,Maklumat terkini mengatakan telah sampai dilokasi yang dilaporkan kapal terbang jatuh tetapi tidak menjumpai kapal terbang yang jatuh tersebut buat masa ini,Ketua Balai Gua Musang masih mencari lagi bersama orang-orang kampung tersebut.
Another MH370 ke?? tapi macam lawak la pulak baca statement katebang tak dijumpai di darat itu... moga2 elok semuanya..



Quote Kittie 3-6-2015 11:34 PM
Bomba Gua Musang terima laporan daripada orang awam terdapat letupan di udara malam ini, pasukan telah dihantar untuk menyiasat. - BERNAMA

https://twitter.com/bernamadotcom/status/606121536408285184
Quote jengkoil 3-6-2015 11:34 PM
Edited by jengkoil at 3-6-2015 11:42 PM

  

Sohih ke khotob ...wallahualam. .
aku pun sangsi nga gambo ni..FY2072 yg dikatakan status "unknown" tu..nape aircraft type hanya AT7, meanwhile other firefly remark as AT76....Edit ke hape?
Quote spiderman80 3-6-2015 11:36 PM
TT, oleh kerana ada forummer mengesahkan berlakunya kapal terbang terhempas, maka adalah elok sekiranya TT dapat update kan di  posting pertama thread TT ini. Sekian, terima kasih.
Quote chazey 3-6-2015 11:37 PM
Takziah buat keluarga mangsa jika betul.
Quote nashrudean 3-6-2015 11:37 PM
As salam..untuk makluman semua..berkaitan maklumat kapal terbang terhempas. CCC KN telah berhubung dgn pusat kawalan Pengkalan Chepa,kota bharu. Mengikut Pusat kawalan semua penerbangan yg berlepas dari sana selamat sampai dan tiada terima apa2 signal berkaitan. TUDM Kuantan telah berhbng dgn dcc bg memaklumkan tiada terima signal berkaitan. Kemudian dcc terima panggilan dari Laskar Udara Asyraf dr TUDM Gong Kedak maklum pusat kawalan mereka jg tidak terima apa2 signal.
Quote tightcherry 3-6-2015 11:37 PM
Firefly pulak?
Quote primemova 3-6-2015 11:37 PM
Byk nye tragedi aviation di malaysia
Quote razhar 3-6-2015 11:37 PM
propa rasa nya..check playback FR24..dari jam 08:00 pm sampai sekarang..semua pesawat x hilang..x tahu le kot2 pesawat ringan yang x pakai transponder...
Quote nashrudean 3-6-2015 11:38 PM
spiderman80 replied at 3-6-2015 11:36 PM
TT, oleh kerana ada forummer mengesahkan berlakunya kapal terbang terhempas, maka adalah elok sekira ...

X sahih lagi..klu tipu, mohon mod kunci thread hhehe
Quote spiderman80 3-6-2015 11:39 PM
mak_wa95 replied at 3-6-2015 11:28 PM
adduiiiiiiii..........

sumber berita.......

Sis, memandangkan dah ada forummer mengesahkan ada berita mengenai kejadian ini, maka biarlah thread ini kekal dulu, sementara kita menunggu TT update kan nanti.
Quote revolusi_30 3-6-2015 11:42 PM
Terhempas tapi x jumpa.. Pelik
Quote hijab112 3-6-2015 11:43 PM
Harap2 la bkn pesawat.. Harap2 la benda lain mcm taik bintang ke, ufo yg terbakar ke..

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.076069 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top