CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepp Blatter Tetiba Umum Letak Jawatan ?

3-6-2015 02:36 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 5282| Komen: 13

Description: PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter membuat pengumuman mengejutkan apabila mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan selepas baharu sahaja dipilih semula untuk menerajui ...


Selepas baharu sahaja dipilih semula untuk menerajui badan induk bola sepak dunia buat penggal kelima, Presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter membuat pengumuman mengejutkan apabila mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. 

Keputusan itu diumumkan pada sidang akhbar di Zurich, Switzerland, semalam, enam hari selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu dan menggeledah hotel di bandar ini dan menahan beberapa pegawai FIFA kerana skandal rasuah

Menurut Blatter yang sudah menerajui FIFA selama 17 tahun dan dipilih semula Jumaat lalu,  satu kongres baharu akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk memilih penggantinya.

Tegasnya lagi, FIFA perlukan satu ‘penyusunan semula menyeluruh’ kerana selepas beberapa pegawainya disyaki terlibat dalam skandal rasuah sehinggakan badan bola sepak itu kini dilanda imej buruk . 

Polis Switzerland menahan tujuh pegawai FIFA termasuk dua naib presiden sejak enam hari lalu.

Tujuh pegawai berkenaan serta lapan suspek lain terbabit ditangkap atas tuduhan dalam skandal rasuah bernilai AS$150 juta (RM548 juta) oleh pihak berkuasa Amerka Syarikat. CARI Infonet



27

Bagus
15

Marah
21

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 3-6-2015 01:51 PM
Blatter, 79, mengumumkan peletakan jawatannya itu pada sidang media yang diadakan di Zurich, enam hari selepas FBI menyerbu dan menggeledah hotel di Zurich dan menahan beberapa pegawai Fifa.


FBI , ZURICH, FOOTBALL/SOCCER ...

zurich nga bola sepak ada kaitan sbb HQ FIFA kat situ... FBI nga bolasepak, FIFA.....   hmmmmm...dehekkk?
Quote Voyagers 3-6-2015 01:53 PM
sepp blatter x datang malaysia ke nak amik gelaran datu seri tu?
Quote prettyuglybabe 3-6-2015 02:15 PM
pahang... pahang...
Quote pakupayung21 3-6-2015 02:16 PM
wadehel bagi dato seri dekat dia???
Quote caplimau 3-6-2015 02:20 PM
okkk.. hidup bang jibbbbb!!!
Quote pakis_hutan 3-6-2015 02:22 PM
jengkoil replied at 3-6-2015 01:51 PM
Blatter, 79, mengumumkan peletakan jawatannya itu pada sidang media yang diadakan di Zurich, enam ha ...

Aku terbace news omputeh tempoh hari..news tu cakap, konspirasi/corruption tu berlaku di US of A so FBI boleh masuk campor

cenggitu la..ampon kalau silap

Quote Simunggu 3-6-2015 02:24 PM
wow ada jawatan kosong...nak apply ni...

sijil Diploma perhotelan....ketua pasukan futsal SK Manggis..hehehe
Quote offwhite 3-6-2015 02:38 PM
elok la tukar...muka baru pulak....
Quote batmana 3-6-2015 02:54 PM
patut banned sultan pahang dari bagi anugerah lagi.


merepek sgt , kt sapa2la dia bagi.

igt bagi pingat pengakap ka?
Quote gaara_X 3-6-2015 03:09 PM
dah sampai masanya.....
Quote Membara 3-6-2015 03:11 PM
tarik balik laaaa.....buat malu je bagi pingat kat dia ni.
Quote DayangKirana 3-6-2015 04:43 PM
bile baca komen, ingatkan bagi datuk seri kat mat salleh tuh..
ghope2 nye bagi kat najib..

oooo..ok2..dah ade datuk seri..dapat lagi datuk seri..
takpe, pahang kan banyak pingat..apedehal nak bagi walau beribu2 lagi pun kan?

patut buat la kuota..baru la ade value..
Quote lipans 3-6-2015 04:45 PM
sultan pahang 4 presiden fifa.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.060592 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top