CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Merempuh Sekumpulan Burung Bangau, Pesawat Airbus A321 Cemas Mendarat

15-11-2016 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4219| Komen: 12

Description: Sebuah pesawat yang membawa 170 penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas merempuh sekumpulan burung bangau yang mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian enjin.
Sebuah pesawat yang membawa 170 penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas merempuh sekumpulan burung bangau yang mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian enjin.


Memetik laporan The Sun di United Kingdom, kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat lalu apabila pesawat Airbus A321 milik syarikat penerbangan Thomas Cook itu berlepas dari lapangan terbang Banjul di Gambia sebelum 13 ekor burung tersebut tersangkut pada bahagian enjin dan gear pendaratan akibat dirempuh.

Krew pesawat, Kayleigh Loveridge menerusi laman sosial Facebook menceritakan detik cemas yang pertama kali dialmainya, "kapal terbang itu merempuh kira-kira 50 ekor burung ketika berlepas. Kami mendengar bunyi kuat dan berasa seluruh pesawat bergegar." 

"Susulan mengalami kerosakan teruk akibat pelanggaran itu, juruterbang terpaksa mematikan satu daripada enjin pesawat sebelum melakukan pendaratan cemas dengan selamat di lapangan terbang yang sama."

Sementara itu, syarikat Thomas Cook mengesahkan kejadian itu kepada Mail Online pada Ahad dan memuji sikap profesional krew pesawat mengendalikan situasi cemas tersebut.


Kesemua penumpang diberikan tempat penginapan di sebuah hotel untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya ke London.- CARI

sumber foto: https://www.thesun.co.uk
sumber foto: https://www.thesun.co.uk

8

Bagus
6

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 15-11-2016 06:38 PM
bagus  Mr  Pilot ni ...good job.
Quote mbhcsf 15-11-2016 06:39 PM
kesian jugaklah kat bangau  tu tapi ..nak buat lagu mana...
Quote airfilterkotor 15-11-2016 07:24 PM
Ketumbukan bangau tu terbang tak toleh kiri kanan dulu kaa...?
Quote pyropura 15-11-2016 07:26 PM
Edited by pyropura at 16-11-2016 12:42 PM

teringat Capt Sully Sullenberger sailing the plane on the Hudson  

https://upload.wikimedia.org/wik ... er_honored_crop.jpg


Quote pyropura 15-11-2016 07:28 PM
dia tak boleh ka pasang macam jaring ayam ka kat depan engine tuh to prevent  burung masuk

http://g03.s.alicdn.com/kf/HTB1J ... aeXXXXq6xXFXXXO.jpg



Quote mbhcsf 15-11-2016 08:01 PM
bangau oh bangau ...

mana mai perkataan 'bangau'?
Quote prettyuglybabe 15-11-2016 08:19 PM
kasihan burung burung tu..
Quote izriani 15-11-2016 09:30 PM
Terus teringat kisah Sully..miracle on the hudson river
Quote Decaffeinated 15-11-2016 10:40 PM
Merempuh Sekumpulan Burung Bangau, Pesawat Airbus A321 Cemas Mendarat
TT, 'cemas mendarat' dengan 'mendarat cemas' tak sama ya...



Quote Lagubestbest 15-11-2016 11:14 PM
Bila la russia nak start jual katebang komersial gak. Korang tau tak, jet fighter russia dibina macam 'kete kebal boleh terbang'. Biar je landasan naik semak pun takpe jetfighter boleh terbang gak. Kalau landing gear rosak, landing tak payah turunkan landing gear pun okay, landing seret tangki minyak atas landasan, pun tak meletup.
Quote -electrifying- 16-11-2016 12:32 PM
Lagubestbest replied at 15-11-2016 11:14 PM
Bila la russia nak start jual katebang komersial gak. Korang tau tak, jet fighter russia dibina maca ...

oh bru taw ni
Quote Lavafailmath 16-11-2016 12:39 PM
pyropura replied at 15-11-2016 07:28 PM
dia tak boleh ka pasang macam jaring ayam ka kat depan engine tuh to prevent  burung masuk

...

nti dgn jaring2 tu kena sedut masuk dalam

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.086866 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top