JIKA wanita lain menyorok susuk badan mereka selepas melahirkan bayi, berbeza pula dengan aktres Emily Blunt yang kelihatan langsing dan menawan. Baharu sahaja melahirkan bayi 10 minggu lalu, Blunt hadir ke majlis perkahwinan temannya, Brian Baumgarter sehingga mengejutkan ramai pihak. Menerusi laporan E! Online, wanita berusia 31 tahun ini mengenakan gaun mini merah dan kasut tumit tinggi seolah-olah tidak mengalami masalah kegemukan selepas bersalin. Blunt melahirkan anak pertamanya pada Februari lalu, dia dipercayai melakukan amalan diet yang ketat dan disiplin tinggi bagi mengembalikan penampilannya seperti sediakala. ![]()
|
ADVERTISEMENT