CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20759|Reply: 239

Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo

  [Copy link]
Post time 18-6-2024 10:21 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Anak bongsu pelakon, Dharma Harun Al-Rashid iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, mahu menamatkan pengajiannya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) terlebih dulu yang hanya berbaki dua bulan sebelum mencari kerja tetap.
Muhammad Al Syafiq berkata, dia enggan terburu-buru berhenti dari pengajiannya dalam jurusan Asasi Seni Kreatif yang hanya dijangka selesai Ogos ini.
"Saya adalah pelajar cemerlang dan keputusan peperiksaan juga antara yang terbaik. Jadi, saya disarankan oleh pensyarah supaya habiskan pengajian dulu sebelum mencari kerja tetap untuk menampung kewangan keluarga.
"Oleh itu, saya harus bertahan sampai Ogos depan. Insya-Allah, selepas tamat saja pengajian nanti, saya akan cuba dapatkan kerja tetap dan bayar sewa rumah serta bantu ayah dan keluarga," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya masalah kewangan dihadapi keluarganya diketahui pihak fakulti, Muhammad Al Syafiq berkata, Dekan Pusat Pengajian Asasi Kreatif Aswara, Dr Erdina Nasseri memahami dan menjadi antara individu yang banyak menghulurkan bantuan.
"Dekan tahu saya ada masalah kewangan dan dia pun banyak membantu hingga segan dibuatnya, termasuk mendapatkan saya bantuan dari Aswara. Secara peribadi, dekan memang banyak bantu saya selama ini.
"Saya juga sebenarnya ada buat kerja sambilan pada sebelah petang dan malam di kafe sebelum ini untuk mencari pendapatan. Cuma, sekarang ada projek akhir pengajian dan susah sikitlah untuk saya bekerja.
"Apapun, saya tak kisah orang nak cakap apa sebab tahu apa yang saya buat dan Allah juga tahu. Ketika saya bekerja dulu, dapatlah juga RM300 sebulan dan digunakan untuk membayar bil eletrik dan air, serta apa-apa yang patut," katanya.
Terdahulu, Dharma, 68, yang popular dengan watak Cikgu Azmi dalam filem Adik Manja terpaksa akur dengan arahan mengosongkan kediaman yang disewanya di Wangsa Maju, di sini kerana gagal membayar sewa tertunggak.
Pelakon yang kini berhadapan masalah kesihatan selepas diserang angin ahmar itu difahamkan kusut memikirkan bagaimana dia hendak melunaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM7,500 berikutan notis sudah dikeluarkan oleh pemilik.
Menurut Dharma, dia dan dua anak, iaitu Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq diberi tempoh sehingga akhir bulan ini dan sukar untuk melunaskan bayaran kerana anak-anaknya juga tidak bekerja dan masih belajar.
Rentetan itu, timbul persoalan mengapa anak-anak pelakon itu masih tidak habis belajar kerana masing-masing sudah melewati usia 30-an dan sepatutnya sudah bekerja, sekali gus dapat membantu bapa mereka menyelesaikan masalah kewangan ditanggung.

Sumber : Harian Metro



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2024 10:52 AM | Show all posts
Yang ye nya, pemalas. Macam2 alasan. Kesian ke bapak dah umur tara gini tanggung makan minum anak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:00 AM | Show all posts
Anak laki 35 tahun
Anak perempuan 36 tahun

dua2 masih belajar dan tidak berkerja?
wowwwwww.....

marilah rakyat malaysia
ramai-ramai membantu... gitu....
PMX jangan lupa pulak hulur2 la sikit yaa...

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganyut dah..kalau budak uni biasa lama dah buat part time jadi cikgu tuition online. Dapat juga min 1k
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul anak2 umur 36 & 35?



Kot ye pun umur tu typo (contoh patutnya 25 & 26 tahun), tapi umur macam tu patutnya dah start kerja. Ini bagi alasan sambung belajar. Ramai je students yang buat part time sambil belajar. Bukan setakat yang tengah buat degree, yang buat master & PhD pun ada je yang buat kerja part time.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:19 AM | Show all posts
bangla dgn indonesion yg dtg msia sehelai sepinggang pun blh hidup senang bukak kedai aceh, bukak kedai jahit baju, jadik plumber, buat kerja2 wiring2 ... ngko semua org msia ada ic & segala kemudahan blh mengemis2 mintak bantuan sana sini? omg dimanakah logiknya semua ini ..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-6-2024 11:26 AM | Show all posts
Binodino replied at 18-6-2024 03:17 AM
Biar betul anak2 umur 36 & 35?

Yg sambung belajar mostly Master & PHD, deyols amik kerja sambil belajar sbb nak achieve & expend bidang kerja deyols kan. Ni umur 35-36, masih pengajian asasi. Asasi apa pundek oi. Asasi kat Aswara tu nak bawak kau ke mana dik??

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:28 AM | Show all posts
kalau umo 25-26 bole consider la lagi kau belajar
ini dah nak menjelang angka 40
sebelum ni kau buat apa dek??

itulah retis2 ni masa muda enjoy
dah tua masih menyewa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2024 11:31 AM | Show all posts
aswara ni mmg bertahun2 ke baru nk abes belajar? uni biasa kalau straight sambung2 study start dgn matrik or dip baru stahun to 3 tahun je. pastu degr 2 or 3 tahun. by 25 dh boleh dpt degr or master
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:31 AM | Show all posts
aswara ni mmg bertahun2 ke baru nk abes belajar? uni biasa kalau straight sambung2 study start dgn matrik or dip baru stahun to 3 tahun je. pastu degr 2 or 3 tahun. by 25 dh boleh dpt degr or master
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2024 11:35 AM | Show all posts
PokokTree replied at 18-6-2024 03:31 AM
aswara ni mmg bertahun2 ke baru nk abes belajar? uni biasa kalau straight sambung2 study start dgn m ...

Dari lepasan SPM, umur 18 sampai lah ke umur 34 tahun tu, menghabiskan duit bapak dia la kot. Agaknya idea bodoh perabih duit buat Adik Manja Returns yg hauk tu pon idea anak2.

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by doodlediddle at 18-6-2024 11:40 AM
bottombikini replied at 18-6-2024 11:28 AM
kalau umo 25-26 bole consider la lagi kau belajar
ini dah nak menjelang angka 40
sebelum ni kau buat ...


Entohhh le nyaaa Xthu nk ckp ape. Kebanyakkannya Mcm ni lahhhh
Ke dulu rate x seasyuk Mcm sekarang?
Retis sekarang kaya pun Sbb endorsementssss. Kalau nk tunggu berlakon je, lamberrrrrtsss lagi kot
Sbb tu dok sewa ja since Diorang lak jenis xde slip gaji
Tapi ape pun kesian kat apaknya dah lah sakit dan anak2 nya pulak dah lah LAGI TUA dri aku! Walau aku dah 30 series tapi idok le nk harap orang tua lagi. Malu oiii
Mase mula2 keje nk mintak diorang lanjew pun segan  kecuali kawen Sbb diorang tahu aku xde duit lagi2 baru je keje
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:39 AM | Show all posts
sedihnya bila anak2 masih bergantung pada makpak padahal bulu pubis dah lebat hitam kepam busuk tengik…  tapi bila fikir balik, mak apaknya manjakan sangat tu yang anak seumpama lembam perlu disara sampai tua…
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
nak cerca tapi i anggap jela admin typo umur anak anak dia.. kihkihkih.. tapi still sama jgak kalau 25 26 tahun pun mmg patut dah ada kerja.. apo tak bosan ke duduk rumah hari hari tak pergi kerja?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:41 AM | Show all posts
iols nak sajes heols mohon bantuan zakat kat uni. Biasanya ada, dapat dalam RM500 satu sem. Setiap sem kena mohon.

Bantuan anak negeri pon boleh jugak. Rugila heols tak apply loan MARA dah alang2 cemerlang tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:43 AM | Show all posts
Prickford replied at 18-6-2024 11:35 AM
Dari lepasan SPM, umur 18 sampai lah ke umur 34 tahun tu, menghabiskan duit bapak dia la kot. Agak ...

citer adik manja returns tu dh mcm hape. dulu2 ok la citer camtu kalau zaman sekarang ni tak sesuai nmpak ntah ape2 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2024 11:45 AM | Show all posts
tak pasal2 acik pun penat pikir...35/36 bapak masih tanggung...dan korang masih tak keje?

then keluar aswara nanti boleh keje apa jer??
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekan tu gf si anak ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:49 AM | Show all posts
hoi pemalas.. aku umo 36 tu dah berapa compny dah aku keje. dah mcm2 keje aku buat dari keje level bawahan sampai keje level exec.. ko dok mereput lagi kat rumah belajar tak habis2. ko igt duit makanan semua turun dari langit ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:50 AM | Show all posts
mengaku pelajar cemerlang & terbaik tu yg tak tahan...

sejak bila dharma ni sakit
nampak tua dah dia kan
iols pulak yg terasa masih di alam adik manja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pulis Minta Bantuan Kesan Kanak-Kanak Perempuan,Albertine Leo Jia Hui,  Enam Tahun Dilapor Hilang di Iskandar Puteri
YgBenarPulis Minta Bantuan Kesan Kanak-Kanak Pe
Views : 36599 Replies : 55
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92707 Replies : 1047
Khai Bahar bawa BF g Sarawak
leftenanhensemKhai Bahar bawa BF g Sarawak
Views : 57092 Replies : 85
Ekonomi dijangka melonjak pada separuh kedua - RHB Investment
AbahmungEkonomi dijangka melonjak pada separuh k
Views : 16682 Replies : 3
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 32239 Replies : 174
Joe Biden tarik diri perebutan jawatan Presiden, Harris calon Demokrat
ultra78Joe Biden tarik diri perebutan jawatan P
Views : 21726 Replies : 22
Warga KL paling murung, stress
JoyahMengayahWarga KL paling murung, stress
Views : 7535 Replies : 76
TAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dunia akibat kanser
mojarean_XTAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dun
Views : 6402 Replies : 8
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 21169 Replies : 348
Lelaki hampir muflis dipergunakan abang ipar guna nama buat pinjaman bank pembelian kereta baharu Rm100k.Wajar atau tidak
YgBenarLelaki hampir muflis dipergunakan abang
Views : 35696 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.093363 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list