CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Efron Tersenarai Pelakon Pujaan Remaja Dunia

12-5-2014 10:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4439| Komen: 7

Description: Filem Lakonannya Bersama Vanessa Hudgens Dan Ashley Tisdale Itu Muncul Sebagai Filem Saluran Disney Paling Tinggi Tontonan Di Amerika Syarikat (As) Pada 2006, Dengan 7.7 Juta Penonton Pada Tayangan Pe ...


NAMA Zac Efron menjadi sebutan peminat di seluruh dunia selepas kejayaannya membawakan watak Troy Bolton menerusi filem High School Musical pada 2006.

Filem lakonannya bersama Vanessa Hudgens dan Ashley Tisdale itu muncul sebagai filem saluran Disney paling tinggi tontonan di Amerika Syarikat (AS) pada 2006, dengan 7.7 juta penonton pada tayangan perdananya.

Malah, album runut bunyinya pula muncul album paling laris di negara itu pada tahun sama.

Setelah filem berkenaan ditayangkan di seluruh dunia, ia ditonton kira-kira 225 juta peminat!

Kejayaan besar diraih filem arahan Kenny Ortega itu, sudah tentu meletakkan nama Efron dalam senarai teratas pelakon pujaan remaja dunia. Lengkap dari segi pakej - berwajah tampan, berbakat dalam lakonan, tarian dan nyanyian, membolehkan anak muda ini terus bertapak dalam industri hiburan.

Dia kemudiannya muncul kembali sebagai kapten pasukan bola sepak dan pelajar popular dalam filem sekual High School Musical 2 pada 2007 dan seterusnya High School Musical 3: Senior Year (2008) terus meletakkan populariti jejaka kelahiran California, AS ini di kemuncak.

Ditambah pula apabila dia membintangi filem popular, Hairspray (2007) dan 17 Again (2009).

Dalam usahanya mengukuhkan kedudukan sebagai pelakon pelapis Hollywood, Efron tidak hanya mengehadkan bakat lakonan kepada filem berbentuk muzikal atau komedi semata-mata.

Kesungguhan pemilik nama sebenar, Zachary David Alexander Efron ini dapat dilihat menerusi penampilannya dalam filem berbentuk drama dan cinta berjudul Charlie St Cloud (2010), New Year Eve's (2011), Liberal Arts (2012), The Lucky One (2012) dan The Awkward Moment (2014).

Cuba menonjolkan sisi lebih matang dan lebih berat, ternyata bintang berusia 27 tahun ini mengorak langkah lebih jauh dalam bidang terbabit. Paling tidak dia membuktikan, dirinya juga boleh dibentuk sebagai pelakon serius.

Bukanlah persembahan yang membolehkannya memenangi Oscar, namun usaha Efron cuba keluar daripada kepompong watak remaja seharusnya dipuji.


Muncul dalam Star Wars?

Beberapa bulan lalu, bekas kekasih Vanessa Hudgens ini bersaing hebat dengan beberapa aktor berbakat besar seperti Ryan Gosling dan Leornardo Dicaprio bagi memegang watak dalam filem terbaharu, Star Wars: Episode VII, yang bakal ditayangkan pada tahun depan.

Bagaimanapun, status dua aktor berkenaan sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya.

Berlainan pula bagi Efron, dia dikhabarkan telah berjumpa dengan pihak Disney bagi membincangkan perkara itu.

Katanya, dia sememangnya meminati filem fiksyen dan teruja untuk turut sama terlibat dalam pembikinan filem Star Wars itu.

"Ya, saya pergi dan bertemu dengan mereka.

"Saya sangat mencintai Star Wars," katanya pada MTV.

Filem Star Wars: Episode VII bakal diarahkan oleh pengarah tersohor, J.J. Abrams.

Selain Efron, filem ini turut menggandingkan aktor yang pernah membawa watak dalam filem berkenaan sebelum ini, termasuklah Harrison Ford, Mark Hamill, Anthony Daniels dan Kenny Baker.



NEIGHBORS

PENGARAH: Nicholas Stoller
PELAKON: Zac Efron, Halston Sage, Seth Rogen, Rose Byrne, Dave Franco, Christopher Mintz-Plasse, Lisa Kudrow
GENRE: Komedi
TARIKH TAYANGAN: 8 MEI 2014



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 5-5-2014 01:11 PM
mmg hensem budak ni....
Quote cicicumel 5-5-2014 01:30 PM
heols berbogel dalam filem THAT AWKWARD MOMENT.....sexy sgt!
Quote syanis4114 12-5-2014 01:39 PM
His acting dalam the lucky one pun sgt sexy hokayyy!
Quote mizlily 12-5-2014 01:40 PM
muka die ala ala pelakon senior the vampire diaries- abang kepada stefan silvertore tu....
Quote Eljie 12-5-2014 03:08 PM
mata dia cantik
Quote aijinmisaki 13-5-2014 07:13 PM
hensem ke?
Quote sepitsiput 14-12-2014 09:37 AM
Utk warga kertu mcm meols... zac efron = tom cruise
Robert pattionson = brad pitt

Dua org ni akan jadi megastar

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.058863 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top