CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Logo Halal Jakim Dibenarkan

6-2-2014 03:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5475| Komen: 4

Description: “Pemeriksaan Yang Dibuat Seramai Sembilan Penguatkuasa Mendapati Pengeluar Masih Menggunakan Logo Halal Yang Dikeluarkan Pihak Swasta Dengan Alasan Tidak Menyedari Bahawa Ia Merupakan Satu Kesalahan.

Md Nasir menunjukkan bungkusan bebola ikan yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf dalam serbuan yang dibuat di kawasan perusahaan Juru semalam.



BUKIT MERTAJAM - Sebuah kilang industri kecil sederhana (IKS) memproses bebola ikan diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Seberang Perai Selatan (SPT) berikutan penggunaan logo halal tidak diiktiraf pada bungkusan bebola ikan semalam.

Pegawai Penguat kuasa Daerah (SPT), Md Nasir Mohamad berkata, serbuan dibuat di kawasan perusahaan Juru itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada jam 11.30 pagi.

“Pemeriksaan yang dibuat seramai sembilan penguatkuasa mendapati pengeluar masih menggunakan logo halal yang dikeluarkan pihak swasta dengan alasan tidak menyedari bahawa ia merupakan satu kesalahan.

“Justeru, bungkusan yang ada dirampas manakala pengeluar diarahkan untuk menarik balik kesemua produk yang menggunakan logo terbabit berkuatkuasa serta-merta,” katanya.

Difahamkan, produk tersebut merupakan jenama popular malah mendapat permintaan tinggi melalui pasaran terutamanya hotel-hotel di negeri ini.

Beliau berkata, hanya Jakim agensi yang dilantik sebagai badan berwibawa bagi perakuan pengesahan status halal bawah peraturan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011.

“Tiada lagi penggunaan logo halal lain yang dikeluarkan oleh pihak swasta boleh digunakan dan pengusaha serta peniaga disaran memperbaharui logo lama kepada logo halal yang baru.

“Jika sabit kesalahan, pengeluar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 200,000,” katanya.


24

Bagus
12

Marah
17

Terkejut
19

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 6-2-2014 01:11 PM
Produk ape tu yg laris sgt?
Quote amyainsamad 6-2-2014 01:15 PM
jenama apa ni??
Quote akuwell 6-2-2014 01:29 PM
Tak semestinya logo Halal tu dari JAKIm jerrrr. Janji dapat pengiktirafan dari JAkIM. Pi cek website jakim kalo nk tengok logo halal yang JAKIM iktiraf.
Quote pakwetizzaqyah 6-2-2014 01:37 PM
logo halal thailand?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.157341 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top