CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pensyarah UTM Cipta Pengesan Status Halal

4-8-2014 12:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7237| Komen: 28

Description: “Aplikasi Ini Gagal Menepati Fungsi Dan Ciri Penggunaannya Sekiranya Kita Tidak Mempunyai Data Kelulusan Halal Dari Pihak Berwajib, Kerana Di Setiap Negeri Mereka Mempunyai Data Dan Berbeza,” Katany ...


JOHOR BAHRU - Mengetahui status halal sesuatu produk adalah wajib bagi setiap umat Islam.
       
Isu halal ini bukan hanya membabitkan sumber makanan yang halal namun ia saling berkait dengan sebarang produk penggunaan harian yang lebih besar konteksnya.
       
Baru-baru ini negara dikejutkan dengan keraguan mengenai coklat yang bertahun di pasaran negara dan berita itu bukan satu-satunya kes berkaitan yang diumumkan badan bertanggungjawab malah merujuk beberapa kes lain di seluruh negara, hampir setiap hari termasukproduk kecantikan.

       
Mencari yang halal adalah wajib bagi setiap individu Muslim merujuk Surah Al-Maidah ayat 88 iaitu ‘dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman’.
       
Atas inisiatif ini mendorong Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein memperkenalkan salah satu  ciptaannya yang merupakan inovasi terkini dikenali sebagai pengesahan halal.


Alat yang boleh diakses menerusi telefon pintar memudahkan umat Islam mencari produk halal di negara ini.
       
Menerusi perisian tersebut, ia bukan sekadar dapat mengesan status sesuatu produk sama ada halal, meragukan atau tidak halal, bahkan turut dapat mengetahui maklumat berkaitan produk berkenaan.
       
“Pengesanan dibuat menggunakan kod bar atau kod Quick Response (Qr) pada sijil pengesahan setiap produk pada data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Apabila pengguna membuat imbasan di premis atau pada bungkusan produk, akan ada tiga paparan warna,” katanya.
       
Aplikasi tersebut yang mula disediakan 2012, namun sehingga kini gagal diperluaskan penggunaannya meskipun ia dilihat mampu membantu ummah mencari produk halal.
       
“Perisian ini boleh diperolehi secara percuma dan mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan dengan kos RM12,000 dan kini beberapa penambahbaikan telah dilakukan meneru developer google store, apple store.
       
“Aplikasi ini gagal menepati fungsi dan ciri penggunaannya sekiranya kita tidak mempunyai data kelulusan halal dari pihak berwajib, kerana di setiap negeri mereka mempunyai data dan berbeza,” katanya.
       
Akuinya, tanpa sokongan itu akses data itu, alat terbabit menjadi terhad penggunaannya yang dibangunkan menggunakan teknologi AES-128 dan perlu diimbas menerusi perisian yang dimuat turun secara percuma dari laman web, www.imbas.my.
       
Aplikasi tersebut berfungsi untuk mengesan ketulenan sijil halal yang diperakui menerusi telefon pintar selain turut memaparkan tarikh luput, keluaran sijil dan pemilikan halal.
       
Menerusi kod bar produk itu, ia akan mengeluarkan sama ada tiga warna yang dikenalpasti iaitu Hijau (mengambil dengan keyakinan); kuning (mengambil dengan berhati-hati) atau Merah (tidak mengambilnya).


3

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cubby_qt 2-8-2014 08:04 PM
Wow.. bagus ni.. tapi.. rasanya tokey2 pengeluar produk taknak bekerjasama...
Quote najib888 2-8-2014 08:12 PM
Pengesanan dan pengesahan dua benda berbeza.. Ingatkan UTM reka alat boleh kesan DNA babi dlm makanan.. Ambik sample, buat test, trus bleh detect..
Stakat buat cross reference dari database Jakim, org biasa bleh buat kot..
Quote Nokiaman 2-8-2014 08:24 PM
najib888 posted on 2-8-2014 08:12 PM
Pengesanan dan pengesahan dua benda berbeza.. Ingatkan UTM reka alat boleh kesan DNA babi dlm makana ...

tulaaa...waa pon tekejut beruk selepas baca....
indah kabar dari rupa....
Quote bukanAlong 2-8-2014 09:17 PM
ini lawak.. 12k 8bln.. gila bazir duit bazir masa.. kalau tkt qr code scanner punya app belambak yg free open source.. aku pnh buat sendiri 2 hari je top untuk android.. kalau style hybrid mcm dr nih.. 3 4 hari siap.. xde nya samp 12k.. free je... lec sapa la nih...
Quote ciptaan_Awlah 2-8-2014 09:20 PM
yeah,  pasni boleh mengesan wang kertas
kalu org MCA dan MIC dtg beli barang
kasi free jer kalu duit yg di bayar dpt di kesan tak halal
lagipon MCA dan MIC rakan jihat kita
mmg patut kasi barang free
Quote AHMADVW 2-8-2014 09:22 PM
babi harom
rasuah riba halal
Quote mbhcsf 2-8-2014 09:29 PM
bagus untuk inovasi dalam perjuangan menjaga kemaslahatan ummat Islam....

of course tak memane pun  ade je yg memperlekehkan inisiatif ini walhal diri pun tak  menyumbang an auta pun.
Quote ciptaan_Awlah 2-8-2014 09:35 PM
AHMADVW posted on 2-8-2014 09:22 PM
babi harom
rasuah riba halal

eh,  alat ini dah cakap boleh mengesan halal
so bermaksud juga boleh check otak manusia berbau halal ke haram




Quote Peterpan17 2-8-2014 09:39 PM
mbhcsf posted on 2-8-2014 09:29 PM
bagus untuk inovasi dalam perjuangan menjaga kemaslahatan ummat Islam....

of course tak memane pu ...

Klu alat ni blh kesan pegawai2 atau kakitangan kerajaan yg amik rasuah lg bagus. Menjaga kemaslahatan ummat islam juga. Makan rasuah pun perlu di amik kira juga bukan setakat jaga makan halal atau tidak.
Quote mbhcsf 2-8-2014 11:03 PM
Peterpan17 posted on 2-8-2014 09:39 PM
Klu alat ni blh kesan pegawai2 atau kakitangan kerajaan yg amik rasuah lg bagus. Menjaga kemaslaha ...

ni konteks halal haram makanan ...satu yg kita ambik direct dan satu yg impak tinggi


yes rasuah punye jugak saya faham

tapi kalau nak rawit semua might as well ...kita sabit soal lain yg melibatkan haram halal...contohnya plagirism cetak rompak

semua

harta orang semua...

u know ni konteks dia makanan....okay lah

dia nak sumbang sesuatu pada Islam by all means bagus...

kalau kita rasa tak bagus  may be kita sendir kot kena buat lagu atau lebih baik dari dia , in general.

Quote Peterpan17 2-8-2014 11:31 PM
mbhcsf posted on 2-8-2014 11:03 PM
ni konteks halal haram makanan ...satu yg kita ambik direct dan satu yg impak tinggi



Inilah jawaban typical Melayu/Islam di Msia. Yg di pandang hanya makanan halal atau tidak tp bukan ibadat keseluruhan.

I rest my case
Quote mikasa 3-8-2014 12:05 AM
Nice try doktor...kalau kit boleh kenan dna tonyok dalam makanan baru world kelas
Quote mbhcsf 3-8-2014 12:56 AM
Peterpan17 posted on 2-8-2014 11:31 PM
Inilah jawaban typical Melayu/Islam di Msia. Yg di pandang hanya makanan halal atau tidak tp bukan ...

it depends pn the context

if you are better than him rather than throwing a comment like you have  done something wonderful to your ummah thenn why not?

i bet you have 7  PhDs?

he contributes to Islam  by inventing this

you?

i guess you have discovered a cure for cancer


you did?

i guess you clever ?  u have found a cure for MS?


hmmm???


u jgn lupa dia juga beribadah

u  yg typical
cakap as if you  have 7 phds?  did u ? sebab pandai sangat dok stamp typical tak typical

kalau tak   u know a jew with dual accreditation is much better than you , dia senyap je  dia buat keje

and he is  clever

bukan typical maays muslim yg tahu mengkritik dan tak tahu contribute ape ape pun ...



Last edited by mbhcsf on 3-8-2014 12:58 AM

Quote mbhcsf 3-8-2014 01:01 AM
Peterpan17 posted on 2-8-2014 11:31 PM
Inilah jawaban typical Melayu/Islam di Msia. Yg di pandang hanya makanan halal atau tidak tp bukan ...

makanan yg haram dimakan juga menjadi darah daging...


Quote mbhcsf 3-8-2014 01:22 AM
ibadat dalam Islam ada dua - ibadat khusus dan ibadat umum
yg pekerjaan pensyarah UTM ni dikira ibadat juga so siapa kita nak lekehkan ibadat dan bentuk sumbangan dia pada Islam...

amat dangkal untuk perkecilkan sumbangan dan bentuk ibadat yg dilakukan oleh saudara seIslam kita

sebab

' dia hanya buat produk makanan' - ni pemikiran 12 inci je

cer ambik cth kalau UTM bangunkan hal ini - buat macam perniagaan so dah masuk muamalah dan pembangunan produk / inonvasi dah

dan ada gak yg ada rezeki mendapat faedah


see?

only those with 12 inches mind yg perlekehkan 'ilmu yg bermanfaat'

Quote ajinomotonosuga 3-8-2014 01:26 AM
buat lah sekali pengesan RASUAH

buh kat gate di parlimen haaa

imbas masa so called the honorable or yang berhormat mau masuk..

hijau bersih rasuah

kuning rasuah bentuk sedekah

merah  bapak rasuah

kan baguss... seme takmo jadi calon kalo pru
Quote MarryPottet 3-8-2014 03:18 AM
yang kes cadbabi tu dikesan ada dna babi bila kementrian kesihatan ambik random sample of the said chocolates in the market n
performed lab tests
kalau guna apps yg lecturer utm ni cipta pada coklat cadbabi yg ada dna babi tersebut, tentu ianya akan memaparkan warna hijau  ie boelh mengambil dengan yakin sebab choc tersebut mmg ada sijil n cop halal jakim yg sah
Quote tobobon 3-8-2014 03:39 AM
hmmm..kalau begitu cuma sijil saja yang disahkan halal?

bagaimana kalau produk tu ada b**i, tapi ada sijil halal, guna alat ini, sijil tu disahkan halal (kaler hijau)
Quote cenkudu 3-8-2014 06:12 AM
bukanAlong posted on 2-8-2014 09:17 PM
ini lawak.. 12k 8bln.. gila bazir duit bazir masa.. kalau tkt qr code scanner punya app belambak yg  ...

kalau boleh buat 2 hari naper tak buat sahaja sebelum pensyarah UTM ni buat? kurang2 boleh menyumbang pada ummah ye dok. sekarang kena fikir la mcm mana nak menambah baik apa yg sedia ada..tu yg dinamakan research

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.099275 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top