CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Yang Penting Allah Tahu Niat Saya,"- Berhijab Tak Halang Vicha Buat Lawak

11-10-2021 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5210| Komen: 6

Description: Kali pertama tampil dengan imej berhijab di pentas Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021), pelawak Vicha Saywho berkata penampilan itu sama sekali tidak membataskan kreativitinya sepanjang menyertai perta ...
Kali pertama tampil dengan imej berhijab di pentas Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021), pelawak Vicha Saywho berkata penampilan itu sama sekali tidak membataskan kreativitinya sepanjang menyertai pertandingan realiti itu.


Meskipun sudah menutup aurat, Vicha atau nama sebenar Refika Novianti Faturohman berkata dia masih individu yang sama kerana tujuannya berada dalam industri seni ini adalah untuk menghiburkan peminat.


Foto: IG

"Saya tetap Vicha yang sama, cuma agak gementar dengan penerimaan penonton MLM2021 nanti memandangkan ini kemunculan pertama di pentas selepas berhijab.

"Pertamanya niat saya untuk hiburkan orang dan apa pun berlaku di atas pentas hanyalah lakonan sahaja... saya sendiri dah beri tahu ahli kumpulan Puteh iaitu Ali dan Mamak, jangan takut beri saya apa-apa watak. InsyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik.


"Walaupun dah berhijab tapi saya rasa tiada masalah untuk lakukan apa sahaja lakonan kerana hijab bukan membataskan semuanya. Jika diberi watak bercinta atau babak romantik tak ada masalah, yang penting kita sendiri tahu apa yang boleh dan tidak," katanya kepada mStar.



Dalam Maharaja Lawak Mega musim kesembilan ini, Vicha menyertai kumpulan Puteh bersama Ali dan Mamak.

Sementara itu, pelakon Yo Lah Tu! ini mengakui rezekinya murah selepas mengambil keputusan mengenakan hijab sejak awal Ogos lalu.

"Sejujurnya masa nak berhijab tu ada juga perasaan takut sebab kita ini pelawak, terfikir mesti susah nak dapat job atau kerja tetapi saya sentiasa berdoa supaya dipermudahkan urusan.

"Alhamdulillah selepas berhijab saya dapat banyak tawaran lain, program TV mula panggil, rezeki lebih sekarang ini. Saya yakin Allah lebih tahu niat saya.

"Tawaran sebelum berhijab pun masih diteruskan, tiada yang menolak meskipun saya sudah bertudung. Malah, sekarang ini pun saya sedang berbincang untuk lebih banyak projek lain," ujarnya.


Bercakap mengenai pembabitannya bersama kumpulan Puteh, Vicha berkata dia akan membawa kelainan dalam MLM2021 kali ini.

"Sebelum ini saya pernah bersama kumpulan Saywho, Masin, JBorn dan untuk MLM2021 bersama kumpulan Puteh.

"Saya pun terkejut bila Puteh tawar peluang masuk kumpulan mereka, jadi memang saya tak lepaskan peluang ini... mungkin mereka pun mahu cuba kelainan," ujarnya.



MLM2021 akan mula bersiaran selama sepuluh minggu secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) mulai 15 Oktober, setiap Jumaat, pukul 9 malam.

Sebelas kumpulan yang terdiri daripada gandingan duo dan trio bakal berentap demi merebut hadiah kemenangan wang tunai RM500,000. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamason 11-10-2021 02:30 PM
Lawaa..comei je
Quote AshkieLa 11-10-2021 02:38 PM
comey...
tapi bila satu group dengan ali susun...
terus nexttt.... sorry vicha.
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 07:54 PM
Mehhh
Jauhkan diri dari ali untuk tidak melekat kepams nya
Quote KamikuP 12-10-2021 12:45 PM
Sapa je tengok MLM ni.. byk gelak nnti hati gelap mcm ali susun
Quote lasagna 15-10-2021 12:05 PM
alhamdulillah.. ske tgk vicha. humble org nya kat luar. tapi nape vicha tak bwk anak2 duduk m'sia aja? smoga murah rejeki vicha di tanah msia.. tapi alahai join dgn group ali pen pulokkkkk..
Quote eely_shana 16-10-2021 09:27 AM
semoga vicha istiqamah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.162156 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top