CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peti Sejuk Dan Tilam Pun Dibuang Dalam Sungai

4-10-2021 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3082| Komen: 8

Description: Peti sejuk, tilam, tayar, sisa pokok dan ratusan plastik sampah antara bahan buangan ditemui petugas kebersihan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), yang melaksanakan kerja pembersihan di sungai, pari ...
Peti sejuk, tilam, tayar, sisa pokok dan ratusan plastik sampah antara bahan buangan ditemui petugas kebersihan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), yang melaksanakan kerja pembersihan di sungai, parit, longkang serta saliran utama susulan banjir kilat di bandar raya ini, Khamis lalu.


MBJB dalam kenyataannya berkata, kerja pembersihan itu dilaksanakan mulai Jumaat dan Sabtu lalu secara manual menggunakan jentera berat seperti jengkaut dan kren bagi tujuan pembersihan sampah di laluan saliran utama.

MBJB turut melaksanakan kerja pembersihan segera terhadap sisa runtuhan struktur dan tembok batu di beberapa saliran utama seperti di Kampung Melayu Majidee dan Sungai Chat, Kampung Md Amin.

Kredit foto: Berita Harian


Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman turut melawat lokasi 'hotspot' banjir bagi merangka tindakan penyelesaian bersepadu bagi penyelesaian segera, sederhana dan jangka masa panjang yang akan dilaksanakan.

"MBJB telah mengenal pasti 24 lokasi hotspot akibat banjir pada Khamis lalu di sekitar bandar raya ini dengan 18 lokasi adalah di bawah seliaan MBJB manakala enam lokasi hotspot lagi adalah di bawah seliaan agensi kerajaan yang lain.

"Antara lokasi hotspot dan terjejas yang dilawati adalah di kawasan Sungai Chat, Kampung Md Amin, Kampung Pasir, Kempas Lurah, Kempas Permatang, Kampung Ubi, Jalan Tiong Larkin Jaya, Larkin Idaman dan Taman Majidee.

"MBJB memohon kerjasama setiap warga bandar raya untuk menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah dan sisa domestik di dalam atau berhampiran saliran utama yang sudah pasti boleh menghalang aliran air sewaktu hujan lebat dan memburukkan lagi keadaan banjir yang berlaku," kata agensi itu semalam.

Khamis lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan menitahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya segera menjalankan kajian di semua kawasan yang kerap berlaku banjir kilat di negeri ini.

Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah, baginda juga mahukan kedua-dua pihak berkenaan supaya segera mempersembahkan laporan kajian berkenaan.

Sementara itu, MBJB berkata, berdasarkan lawatan ke lokasi hotspot, Datuk Bandar Johor Bahru memutuskan untuk melaksanakan kerja pembersihan dasar sungai dengan kadar segera bagi mengelakkan kejadian banjir berulang.

"Memandangkan kejadian banjir baru-baru ini juga disebabkan oleh projek pembangunan perumahan dan infrastruktur oleh pemaju, MBJB juga telah mengarahkan pemaju untuk membuat kawalan segera bagi memastikan kerja pembangunan yang dibuat, tidak menyebabkan kelodak atau sisa kerja tanah memasuki saliran utama yang boleh menyebabkan kejadian banjir kilat.

"Satu penyelesaian bersepadu di antara MBJB bersama agensi kerajaan dan pihak pemaju lain perlu diselaraskan untuk menyelesaikan isu berkaitan parit dan saliran di dalam kawasan MBJB selain membangunkan sistem tebatan banjir untuk mengelakkan kejadian banjir berulang.

"Bagi tindakan jangka masa panjang pula, MBJB akan melaksanakan kajian bagi memastikan kejadian banjir di kawasan hotspot banjir tidak berulang melalui pembinaan struktur kolam takungan dan sistem pam di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 4-10-2021 11:28 AM
pastu bila sungai penuh sampah salahkan PBT, gomen x buat keje bersihkan sungai
Quote jalfa 4-10-2021 11:38 AM
Rasanya kalo peti ais tu hanyut air....pernah jadi kat cousin iols pintu rumah dia kaca tanpa gril.bila pintu kaca rumah pecah sebab tekanan air habis perabot dlm rumah hanyut air...mesin basuh jumpa 500 m hanyut...kesian tu banjir dua tahun lepas la kat ganu
Quote Buritan 4-10-2021 11:42 AM
harkktuih replied at 4-10-2021 11:28 AM
pastu bila sungai penuh sampah salahkan PBT, gomen x buat keje bersihkan sungai

Bila banjir meroyannnnn
Quote tripleid 4-10-2021 11:48 AM
sape yg suka buat sungai mcm tong sampah tolonglah cari planet lain utk tinggal.korang x layak dok kat bumi
Quote nakkomenjugak 4-10-2021 12:33 PM
Buang sekali orang yang buang sampah tu
Tu pun raja segala sampah gak tu
Quote CikYaYaYa 4-10-2021 02:44 PM
Bila banjir meroyan tapi kadang2 diri sendiri pon salah.. Duk buang sampah merataaa smpai longkang pon jadik tersumbat
Quote edayildiz 4-10-2021 03:25 PM
teruknya perangai
Quote Simunggu 4-10-2021 03:58 PM
nanti air tak mengalir, sumbat sana sini jadi banjir kilat marah pula...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.065759 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top