CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Skrip Kelaut Dalam, Boring, Nak Tunjuk Entah Dekat Watak,"-Lakonan Azhan Rani Dikutuk

4-10-2021 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10310| Komen: 100

Description: Terbuka apabila lakonan dikatakan tidak menjadi, pelakon Azhan Rani mengakui berdepan cabaran ketika menjayakan watak dalam filem terbaharunya Frontliner kerana terpaksa berpanas dalam pakaian perlind ...
Terbuka apabila lakonan dikatakan tidak menjadi, pelakon Azhan Rani mengakui berdepan cabaran ketika menjayakan watak dalam filem terbaharunya Frontliner kerana terpaksa berpanas dalam pakaian perlindungan diri (PPE).


Malah Azhan, 45, yang membawakan watak sebagai seorang doktor turut akur dengan selera penonton selain dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.


Kredit foto: IG


"Saya tak nafikan apa yang orang cakap, setiap lakonan mungkin ada orang suka dan tak suka.

"Cuma saya ambil positif kerana niat asal cerita tu untuk mengangkat tema semangat frontliners... kita hormat dan rasa terima kasih kepada mereka.

"Segala kelemahan tu saya mohon maaf dan mengakuinya. Saya memandang daripada sudut positif dan kalau kita tengok, ramai sahaja yang menerima dengan positif berbanding negatif," katanya kepada mStar.


Azhan berkata demikian bagi mengulas komen netizen yang mempersoalkan kualiti filem berkenaan yang dikatakan tidak memuaskan sama ada daripada kekuatan skrip dan watak pelakon.


"Frontliner. Bukan tak nak sokong tapi tu lah entah apa-apa.

"Skrip kelaut dalam, boring, apa benda nak tunjuk entah dekat watak Azhan Rani. Korang rasa macam mana? Atau aku sorang je rasa macam ni?

"Tambahan... kalau tak ada watak Wan Maimunah, lagi teruk aku rasa. Wan Maimunah punya lakonan aku bagi 8/10," tulis netizen di Facebook.



Sementara itu, Azhan mengakui banyak kekurangan yang terpaksa dilalui ketika penggambaran filem berkenaan termasuk lokasi dan pakaian yang sepatutnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Nur ini menganggap kesulitan yang dilalui sebagai satu cabaran untuk mereka menjayakan filem berkenaan.

"Masa penggambaran dilakukan, banyak benda yang terbatas dan kami tidak dimaklumkan ia akan ditayangkan untuk Netflix.

"Saya difahamkan banyak benda yang tak dapat... contohnya kami tak dapat hospital yang betul, polis dan askar bantuan yang betul. Sudahnya terpaksa buat baju polis sendiri.

"Banyak benda yang dirancang tak dapat, agensi kerajaan ketat dengan SOP," ujarnya.


Filem arahan Razif Rashid dan terbitan D Alpha Legacy ini mula ditayangkan di saluran Netflix bermula 30 September.

Karya yang mengangkat perjuangan petugas barisan hadapan ketika penularan Covid-19 sejak hampir dua tahun ini sebenarnya sudah disiapkan lebih setahun lalu.

Selain Azhan, filem ini turut menampilkan lakonan Emma Maembong, Beto Khusyairy, Farah Ahmad, Achey, Wan Maimudah dan Ashraf Muslim. -CARI

Sumber: Mstar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 4-10-2021 08:44 AM
Bertambah karat dengan rambut blonde {:thief
Quote Acikgomen 4-10-2021 09:12 AM
Acik tgk teaser watak wan maimunah jadi mak dok menyedih sepanjangan, ckp tepon dgn anak dok sedih2 saiko anak takleh balik sbb keja, jadi menyampah plak
Budaya org melayu mcmni je. Mak2 kena saiko anak mcmtu, lepas tu semua org kena rasa ish bedosanya biar mak sedih gitu
Padahal ferlu kerrrrr ko nak ikut hati kesenduan bagi anak ko rasa serba tak kena nak keja tunaikan amanah dia dkt tempat kerja tu???

Scene tu je dah cukup utk buat acik rasa buang masa haku nak layan citer camni
Pls la pengarah, script writer msia, korang boleh tak buat storyboard yg celik minda sket
Quote SANKURIANG 4-10-2021 09:20 AM
Pelaon ada yg bagus...naskah nya HAUK terok.......nampak sangat kerja cincai....sapa produser nya ye........tak balik modal nak masuk dalam Netflix.....
Quote per706 4-10-2021 09:33 AM
Hurmmm tu la...aku bley layan cite slow..tpi yg ni sgt yawn...cuba nk layan..x boleh...

Syg sbb pelakon hebat2
Quote jas7512 4-10-2021 09:34 AM
Acikgomen replied at 4-10-2021 09:12 AM
Acik tgk teaser watak wan maimunah jadi mak dok menyedih sepanjangan, ckp tepon dgn anak dok sedih2  ...

Arwah mother i dulu bila i ckp..byk keje i x siap..mmg dia x bg blk kg..dia suh settlekan keje dulu..malahan nak dkt dia meninggal...dia masih tanya psl keje i..srh i siapkan keje btl2 sbb biar rezeki anak dia berkat..xde nak saiko2 anak turut  kehendak dia..rindu my late mum yg always give me supports..berblk pd pdgn u..i pun hrp next time...ada cite melayu yg x tipikal dan menjana minda ckit
Quote Acikgomen 4-10-2021 09:42 AM
jas7512 replied at 4-10-2021 09:34 AM
Arwah mother i dulu bila i ckp..byk keje i x siap..mmg dia x bg blk kg..dia suh settlekan keje dul ...

Kannn watak yg wan maimunah bawak tu downgrade mak2 kat kampung je
Padahal zaman skang ni mak2 semua bangga dgn keja anak2 dan jadi pembakar semangat utk anak2 buat keja leklok
Mak2 toksik mcmtu dah nak pupus dah. Kalo ade pun, takde anak2 nak layan sgt kehendak merepek mak2, kite cuba educate mak kite supaya dia tenang dan jadi hamba Allah yg syukur
Citer yg sepatutnye diangkat jadi motivasi pandemik, ujong2 cliché dgn watak2 scene2 menjejeh2
Kesian wan maimunah dpt watak mak bangang
Bernchieeeeeeeee tau
Quote supermum 4-10-2021 09:54 AM
Memang tak best. Pelakon semua gred A tapi jalan cerita hambar gila macam takde connection untuk setiap watak walaupun watak tu laki bini
Quote AshkieLa 4-10-2021 09:59 AM
Acikgomen replied at 4-10-2021 09:12 AM
Acik tgk teaser watak wan maimunah jadi mak dok menyedih sepanjangan, ckp tepon dgn anak dok sedih2  ...

kan.. aku dah tengok..
rasa mcm alahai.. kenapa nak kena potray mak mcm ni.
dahlaa anak tengah kerja.. lagi nak buat anak terbeban.
apepun memang citer ni boring... skript tak best.
tapi sbb ade beto, aku tengok juga sampai habis...
Quote AshkieLa 4-10-2021 10:07 AM
SANKURIANG replied at 4-10-2021 09:20 AM
Pelaon ada yg bagus...naskah nya HAUK terok.......nampak sangat kerja cincai....sapa produser nya ye ...

yes.. cincai.alasan tak cukup equipment, props yadaa yadaa sbb SOP/PKP..
yang azhan ni bagi.. sangat tak relevant.
kalau script semua best dan jalan cerita strong.. tetap best.
contoh mcm CGI power mcm merongmahawangsa tapi jalan citer hauk.. tetaplaa hauk..
Quote n0n0n0 4-10-2021 10:08 AM
Rasanya takde sapa persoal lakonan pelakon. Cuma skrip and directing mmg ke laut dalam sgt. Accuracy of portrayal bukan terletak pada uniform yg sebijik macam polis atau hospital yg betul2 nmpk mcm hospital. Skrip writer hanya perlu rujuk pakar sebelum buat skrip. Itu aje. Ramai frontliners dok tgk. Rata2 rate 1/10 je. For me, scriptwriter tak buat homework.
Quote AshkieLa 4-10-2021 10:11 AM
jas7512 replied at 4-10-2021 09:34 AM
Arwah mother i dulu bila i ckp..byk keje i x siap..mmg dia x bg blk kg..dia suh settlekan keje dul ...

kan.. my MIL & FIL kat kampung..dah nak masuk 10bulan dah husband meols tak balik ni..
bila video call.. elok je siap cakap..
takyah risau lah.. ok je kami kat sini...
barang2 makan pun banyak dapat...
sikit pun takde nangis ke ape... rilek je gelak2 happy2 dalam phone tanya pasal cucu2 dia... apo.
Quote byz_87 4-10-2021 10:23 AM
Tengok cite ni macam tengok PSA dari rtm je, PSA tahun 1999, adoi
Quote puanserama 4-10-2021 10:28 AM
Acikgomen replied at 4-10-2021 09:42 AM
Kannn watak yg wan maimunah bawak tu downgrade mak2 kat kampung je
Padahal zaman skang ni mak2 se ...

Ada jer mak2 mcm ni acik.. manada lupus lg..
Quote puanserama 4-10-2021 10:31 AM
AshkieLa replied at 4-10-2021 10:07 AM
yes.. cincai.alasan tak cukup equipment, props yadaa yadaa sbb SOP/PKP..
yang azhan ni bagi.. san ...

Merong tu ada masalah dalaman.. actor buat hal.. jadinya impact jugak ke filem jadi mandom sbb director pon dh meluat dan fed up.. smp mls nak direct filem2 mcm ni dah.. sian yuci hehe
Quote red_velvet 4-10-2021 10:31 AM
Ada je mak toksik macam wan maimunah.. kawan FB Aku meroyan nak balik kampung. Maki2 gomen .. dia Kata mak dia call nangis2 nak suruh anak cucu balik. Sampai mak dia Kata kalau ko balik mak kena covid pun tak pelah, mak redha ..mati pun mak dah sedia..... janji dapat lepaskan rindu kat anak cucu ..  Aku baca Tu terasa toksik Nye mak dia.. Kang kalau kena covid anak2 buat citer sedih masuk FB segala... Yiih
Quote trexxxxxi 4-10-2021 10:32 AM
Rambut heol buruk
Kembalikan cetat madi!
Eh

Ai punya big family ramai frontliners
Mak ayah memasing cool jur duduk kampung, always support anak2 nenek wan punya karektor sedih nangis2 meramu ayaq mata ni sooo 90s tau

Kemon director if you baca porum, ambillah iktibar dari kecaman2 acik2 porum ya g menyumbang kepada statistik ittew
Quote aotearoa 4-10-2021 10:38 AM
Acikgomen replied at 4-10-2021 09:12 AM
Acik tgk teaser watak wan maimunah jadi mak dok menyedih sepanjangan, ckp tepon dgn anak dok sedih2  ...

Kann. Aku terjebak tengok. Aduh part Wan Maimumah tu rimas aku tengok. Rimas+geram+menyampah semua ada sbb over nau-nau. Anak dah jenuh explain apasal takleh balik, dia punya sedih tu aduhhh..entahla..
Quote Normabaru 4-10-2021 10:49 AM
Acikgomen replied at 4-10-2021 11:12 AM
Acik tgk teaser watak wan maimunah jadi mak dok menyedih sepanjangan, ckp tepon dgn anak dok sedih2  ...

tumpang glem word frontliner ja..tp serupa isi tin kosong..pastu bg alasan la pkp la xcukup fund la...oversea tu blambak je cite time covid depa buat...xde plak hauks regardless covid or non covid...
siap lg dramatic ada laa..ctg si SG tu haa...xpon penthouse xpon greys anatomy...sume box office!gittew kaka mengecam penerbit yinni
Quote mama_neko 4-10-2021 12:12 PM
aku dah tgk citer ni.. hauk bebenor... aku skip most part.. aku cukup tak suka watak mak2 buat ayat2 sedih suruh anak balik...pastu anak balik dia pun mati... bodoh punya cerita...  mmg aku rasa creator cerita ni confuse...nak focus kat apa...

Lihat semua komen(100)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.268044 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top