CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Populariti Shaza Bae Terbantut Sebab Pandemik

4-10-2021 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3929| Komen: 5

Description: Masih terlalu kerdil dalam dunia lakonan mahupun pengacaraan, pendatang baharu, Shaza Bae tidak pernah bermimpi mampu membolosi pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.
Masih terlalu kerdil dalam dunia lakonan mahupun pengacaraan, pendatang baharu, Shaza Bae tidak pernah bermimpi mampu membolosi pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.


Bagi juara Dewi Remaja 2019/2020 ini, namanya tidak setanding dengan 19 calon lain bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular, ABPBH 34.

Shaza, 26, atau nama sebenarnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri berkata, momentum agak perlahan memandangkan kerjayanya bermula ketika era pandemik COVID-19.


Foto: IG

"Selepas menjuarai pertandingan Dewi Remaja, seluruh dunia terus dilanda pandemik. Jadi, perjalanan kerjaya seni saya agak terbantut. Disebabkan itu, saya rasa seperti tidak layak dicalonkan sebab masih belum dikenali.


"Saya masih anggap diri saya hanya pelakon biasa, belum berada di tahap memuaskan. Melihat calon lain, semuanya sudah terkenal atas pencapaian menerusi kerjaya sebagai pelakon, penyanyi atau sebagainya.

"Seperti saya, masih ramai belum mengenali, jadi saya agak terkejut membolosi pencalonan ABPBH 34," katanya kepada BH Online.



Bagaimanapun, Shaza berkata, dia tetap bersyukur atas pencalonan ini, malah lakonannya menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa dan Marry Me Senorita melonjakkan namanya.

Shaza akui, watak Yaya menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa berjaya memperkenalkan bakat lakonannya di kaca televisyen (TV), sebelum diberi peluang melakonkan watak antagonis menerusi watak Rossa Arabella atau Rosmisah Sukardi menerusi drama Marry Me Senorita.

Katanya, penangan watak antagonis benar-benar meninggalkan kesan pada penonton sehingga ramai peminat meluahkan kemarahan dalam laman sosialnya.



"Karakter Rossa Arabella membuatkan penonton menyampah dan menyumpah seranah saya. Jadi, drama Marry Me Senorita dan Perempuan Tanpa Dosa menjadi faktor nama mula dikenali.

"Alhamdulillah, rezeki saya tidak putus selepas membintangi dua drama ini. Saya diberi kepercayaan menghidupkan watak utama menerusi drama Jangan Ganggu Jodohku arahan Jamal Khan.

"Jujurnya, watak yang diberikan juga bukanlah calang-calang. Saya melakonkan watak wanita yang mempunyai mata ketiga dan boleh nampak hantu.

"Setiap kali nampak bayangan menyeramkan, dia akan dirasuk mengikut hantu berkenaan," katanya.



Selain berlakon, Shaza berjaya menonjolkan bakat dalam bidang pengacaraan apabila mengacarakan program HLive! dan terbaharu, Hero Remaja.

"Bidang lakonan dan pengacaraan, dunia yang diminati dan sudah ada dalam diri saya sejak kecil. Program HLive! banyak membantu meningkatkan skil pengacaraan.




"Pada awalnya, saya rasa tidak terlalu bagus. Ia bukanlah bermakna sekarang saya sudah bagus, tetapi banyak ilmu dipelajari. Saya masih perlu perbaiki kekurangan diri dari semasa ke semasa.

"Ini dibina atas dasar usaha, selalu buat kerja rumah dan minat. Apa sahaja yang diperoleh hari ini saya belajar dari pengalaman," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 4-10-2021 11:29 AM
Hehehehe tok danish rendang kaaaa?
Newayyy wp uol whoisyuhhhhhhh
Tapi good luck laa naaaa
Quote princessmiang 4-10-2021 11:34 AM
follower pun 92k sajork....bbnu influencer ;lagi ramai follower dek
Quote salimrock 4-10-2021 02:21 PM
gambar 1st cm kak jena, gambar 2 cam kak el pula... ok la cun, semoga berjaya
Quote hyie 4-10-2021 02:48 PM
cantik dia ni masa jadi hos hlive versi wfh. Kalau kat studio tak menyerlah sangat. Maybe sebab dia lepas rambut kot. Nampak naik seri dia. Dan kena mekap lite2 je.
Quote eely_shana 16-10-2021 12:12 PM
dia ni sepupu hanis ye

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062724 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top