CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustazah Laila Beri Pesanan Kepada Sahabat Baiknya, Ebit Lew

4-10-2021 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5171| Komen: 19

Description: Pendakwah wanita dan sahabat baik kepada Ustaz Ebit Lew, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria menitipkan pesanan kasih sayang buat pendakwah bebas susulan kontroversi dakwaan kes gangguan seksual, yang me ...
Pendakwah wanita dan sahabat baik kepada Ustaz Ebit Lew, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria menitipkan pesanan kasih sayang buat pendakwah bebas susulan kontroversi dakwaan kes gangguan seksual, yang menjadi perbualan hangat ketika ini.


Menerusi entri Facebook, Laila mencoret panjang sebuah pesanan dan kata-kata nasihat buat figura tersebut serta seluruh rakyat Malaysia.

Menurut Laila, jika segala dakwaan yang tular sejak kebelakangan itu benar belaka, maka dia menitipkan doa kepada Ilahi supaya membawa keluar Ebit Lew dari segala kesulitan yang dihadapinya pada masa ini.


Kredit foto: Utusan


“Pesanan kasih sayang Allah buat sahabat baikku, Ustaz Ebit Lew dan seluruh rakyat Malaysia. Seandainya benar apa yang diperkatakan orang tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkanmu dari segala kesulitan hidupmu serta kesakitan yang kau tanggung.


“Sehingga kau melakukan kerosakan sebegini besar. Ketahuilah bahawa ia kerosakan yang besar. Semoga Allah mengampunkanmu dan mengampunkan diriku serta semua rakyat Malaysia.

“Sesunggunya padamu tergalas begitu banyak harapan manusia dan amanah yang perlu dipikul,” katanya di Facebook.

Mengulas lanjut, pendakwah wanita itu turut memohon kepada Allah agar mengajar Ebit dengan kebaikan, jika segala kontroversi itu adalah fitnah semata-mata.

Malah, dia juga berpesan kepada sesiapa yang tidak mengetahui isu sebenar dinasihatkan supaya tidak menyokong atau mengeji kerana kebenaran masih belum dirungkai lagi.

“Pasti ada ubat dan penawar. Ubatilah dirimu dan carilah jalan keluar sebelum terlambat. Terlalu ramai ingin menolongmu. Seandainya ia merupakan fitnah, semoga Allah mengajarimu dengan sebanyak-banyak kebaikan yang tidak terhitung.

“Buat yang tidak tahu akar umbi dan pengetahuan sangat terhad, maka lebih baik tidak menyokong serta mengeji. Boleh jadi, tuan puan menyokong walhal sedang menyokong kemungkaran yang tersembunyi.

“Dan bila mana menuduh orang lain membuat fitnah ke atas Ebit, boleh jadi tuan puan pula sedang memfitnah mereka tersebut yang menjumpai kebenaran. Malah, jika benar ada pengetahuan 100 peratus dia tidak melakukannya, bantulah dia keluar dari fitnah ini,” tulisnya panjang.

Difahamkan, siasatan masih terus dijalankan dan Ebit Lew dipanggil semula ke Bukit Aman, Jumaat lalu untuk mengambil keterangan berhubung isu berkenaan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote depresio 4-10-2021 12:44 PM
Seerti biasa
Pemuja dewabit mengelupur kepanasan di pos ustazah tu
Quote makadek 4-10-2021 01:04 PM
Bagi la apa nasihat
Usop tak bole terima teruk gila tazah kena maki hamun kena hentam

Skrg ..... Kita tggu annoucment je

Yg pasti bkn berpihak kepada acik2 porem
Quote edayildiz 4-10-2021 01:04 PM
bila nak hbs ni agaknya..geram baca penyembah tuhan yibit komen kt fb
Quote Nenasketum 4-10-2021 01:18 PM
Makin menggeltis acik2 kepam tudung labuh nih. Adakah itu signal untuk join swapping session? Sekadar bertanya
Quote umbut 4-10-2021 01:24 PM
Kemain berjela setazah bagi tazkirah
Quote noor2 4-10-2021 01:30 PM
Amboi ustazah ni mekap ke apa....nampak lawa..
Quote kakikuDibibirmu 4-10-2021 01:33 PM
Jangan ya Laila, jangan terpedaya, apa yang kau lihat semuanya dusta

[youtube]Z5zzNMSTmH4[/youtube]
Quote amansihat 4-10-2021 01:36 PM
laki dia take jeles ke ustazah ada kawan baik dengan ustaz.yg saya tahu set-set imam,bilal atau ustad -ustad ni jarang ada kawan baik perempuan.melainkan orang awam jahil  cam kite -kite ni ada kawan baik lelaki..sejak zaman sekolah,u atau university..dah kahwin takde nye kawan-kawanbaik bagai..atau saya je kampung.com..
Quote hareeeesah 4-10-2021 01:59 PM
kakikuDibibirmu: Jangan ya Laila, jangan terpedaya, apa yang kau lihat semuanya dusta Z5zzNMSTmH4


Tak pepasal aku nyanyi hahahah
Quote nolya 4-10-2021 02:11 PM
umbut replied at 4-10-2021 01:24 PM
Kemain berjela setazah bagi tazkirah

Ape yg ustazah itu sampaikan pesanan/nasihat kpd EL itu adalah hak ustazah sbg keperihatinan seorang sahabat.  Tapi patutkah TT menyebarkan dn menuangkan catatan ustazah di sini. Apa maksud TT, to strike birds with one stone.  Sengaja bawa cerita untuk dicakap ramai, mengikut  selera  memasing, ada yg mengejek, mengulang2 mengeji dn ataupun mengungkit2 kembali.

Saya ingin sarankan kpd teman2 cubalah buka U-tube ttng pesanan yg disampaikan oleh Ustaz Badli Shah Alaudin dgn tajuk "Etika Membuat Pertuduhan".  Ceramah beliau sangat2 bererti dn mengajak ramai berfikir dgn sebaik2nya apa yg ustaz BSA sampaikan. Selamat mendengar.

Quote KamikuP 4-10-2021 03:04 PM
Mujur meolls bukan pentaksub dewabit nih.. so meolls whoayuskan sajoirrkkkk
Quote nakkomenjugak 4-10-2021 05:57 PM
Hmmmmm
Masih belum selesai.
Quote kelapaparut 4-10-2021 06:00 PM
ke setazah ni pnah bidio call dgn uel, tu nmpk jinak smcm je..
Quote albedah 4-10-2021 06:08 PM
Istazah ni sesama dgn Ebit le masa keje dgn Fadzillah Khamsah.. Maybe sejak dr I lg berkawan. Yg aku tahu dr jaman memula jd protege DMFK
Quote asamfish 4-10-2021 08:20 PM
kelapaparut replied at 4-10-2021 06:00 PM
ke setazah ni pnah bidio call dgn uel, tu nmpk jinak smcm je..

aha.....aku pun terpikir mcm tu
Quote makadek 4-10-2021 08:28 PM
noor2 replied at 4-10-2021 01:30 PM
Amboi ustazah ni mekap ke apa....nampak lawa..

Mmg cantik manis jer
Quote nolya 4-10-2021 10:25 PM

Bila sesama wanita memuji cantik, sesungguhnya ciptaan Allah itu memang cantik.  Tapi jika ada lelaki yg memuji2 cantik, maka baru perlu wanita cantik mengenakan purdah supaya akan terhindar drp lirikan mata iblis dn syaitan dn timbulkan fitnah. Barangkali itu juga salah satu sebab kenapa purdah/niqab dipakai oleh wanita2/gadis Arab yg kebanyakan memang cantik sedangkan lelaki Arab akan sentiasa ingin menerkam.
Quote Normabaru 5-10-2021 08:57 AM
gigih ye ustet ustejah bg nasihat segala dkt syaiton btopeng

org bunuh parent..bunuh anak...isap dadah semua idok pulak ko gigih bg nasihat pjg bjela siap bekap gini?


BIASEDDDDD punya ustejehhh
Quote CinnamonR 5-10-2021 01:17 PM
amansihat: laki dia take jeles ke ustazah ada kawan baik dengan ustaz.yg saya tahu set-set imam,bilal atau ustad -ustad ni jarang ada kawan baik perempuan.melain ...

Kann...bole plak kawan baik tu ustadd ..{:nose

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.122056 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top