Pendakwah wanita dan sahabat baik kepada Ustaz Ebit Lew, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria menitipkan pesanan kasih sayang buat pendakwah bebas susulan kontroversi dakwaan kes gangguan seksual, yang menjadi perbualan hangat ketika ini.
Menerusi entri Facebook, Laila mencoret panjang sebuah pesanan dan kata-kata nasihat buat figura tersebut serta seluruh rakyat Malaysia.
Menurut Laila, jika segala dakwaan yang tular sejak kebelakangan itu benar belaka, maka dia menitipkan doa kepada Ilahi supaya membawa keluar Ebit Lew dari segala kesulitan yang dihadapinya pada masa ini.
Kredit foto: Utusan
“Pesanan kasih sayang Allah buat sahabat baikku, Ustaz Ebit Lew dan seluruh rakyat Malaysia. Seandainya benar apa yang diperkatakan orang tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkanmu dari segala kesulitan hidupmu serta kesakitan yang kau tanggung.
“Sehingga kau melakukan kerosakan sebegini besar. Ketahuilah bahawa ia kerosakan yang besar. Semoga Allah mengampunkanmu dan mengampunkan diriku serta semua rakyat Malaysia.
“Sesunggunya padamu tergalas begitu banyak harapan manusia dan amanah yang perlu dipikul,” katanya di Facebook.
Mengulas lanjut, pendakwah wanita itu turut memohon kepada Allah agar mengajar Ebit dengan kebaikan, jika segala kontroversi itu adalah fitnah semata-mata.
Malah, dia juga berpesan kepada sesiapa yang tidak mengetahui isu sebenar dinasihatkan supaya tidak menyokong atau mengeji kerana kebenaran masih belum dirungkai lagi.
“Pasti ada ubat dan penawar. Ubatilah dirimu dan carilah jalan keluar sebelum terlambat. Terlalu ramai ingin menolongmu. Seandainya ia merupakan fitnah, semoga Allah mengajarimu dengan sebanyak-banyak kebaikan yang tidak terhitung.
“Buat yang tidak tahu akar umbi dan pengetahuan sangat terhad, maka lebih baik tidak menyokong serta mengeji. Boleh jadi, tuan puan menyokong walhal sedang menyokong kemungkaran yang tersembunyi.
“Dan bila mana menuduh orang lain membuat fitnah ke atas Ebit, boleh jadi tuan puan pula sedang memfitnah mereka tersebut yang menjumpai kebenaran. Malah, jika benar ada pengetahuan 100 peratus dia tidak melakukannya, bantulah dia keluar dari fitnah ini,” tulisnya panjang.
Difahamkan, siasatan masih terus dijalankan dan Ebit Lew dipanggil semula ke Bukit Aman, Jumaat lalu untuk mengambil keterangan berhubung isu berkenaan. -CARI
laki dia take jeles ke ustazah ada kawan baik dengan ustaz.yg saya tahu set-set imam,bilal atau ustad -ustad ni jarang ada kawan baik perempuan.melainkan orang awam jahil cam kite -kite ni ada kawan baik lelaki..sejak zaman sekolah,u atau university..dah kahwin takde nye kawan-kawanbaik bagai..atau saya je kampung.com..
Ape yg ustazah itu sampaikan pesanan/nasihat kpd EL itu adalah hak ustazah sbg keperihatinan seorang sahabat. Tapi patutkah TT menyebarkan dn menuangkan catatan ustazah di sini. Apa maksud TT, to strike birds with one stone. Sengaja bawa cerita untuk dicakap ramai, mengikut selera memasing, ada yg mengejek, mengulang2 mengeji dn ataupun mengungkit2 kembali.
Saya ingin sarankan kpd teman2 cubalah buka U-tube ttng pesanan yg disampaikan oleh Ustaz Badli Shah Alaudin dgn tajuk "Etika Membuat Pertuduhan". Ceramah beliau sangat2 bererti dn mengajak ramai berfikir dgn sebaik2nya apa yg ustaz BSA sampaikan. Selamat mendengar.
Bila sesama wanita memuji cantik, sesungguhnya ciptaan Allah itu memang cantik. Tapi jika ada lelaki yg memuji2 cantik, maka baru perlu wanita cantik mengenakan purdah supaya akan terhindar drp lirikan mata iblis dn syaitan dn timbulkan fitnah. Barangkali itu juga salah satu sebab kenapa purdah/niqab dipakai oleh wanita2/gadis Arab yg kebanyakan memang cantik sedangkan lelaki Arab akan sentiasa ingin menerkam.
Post time 5-10-2021 01:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
amansihat: laki dia take jeles ke ustazah ada kawan baik dengan ustaz.yg saya tahu set-set imam,bilal atau ustad -ustad ni jarang ada kawan baik perempuan.melain ...