CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nazrief Nazri Pohon Doa, Bayi Demam Panas Tak Kebah

4-10-2021 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10057| Komen: 66

Description: Pelakon, Nazrief Nazri memohon orang ramai agar mendoakan anak sulungnya, Noah diberi kesembuhan segera daripada demam panas yang dialaminya.
Pelakon, Nazrief Nazri memohon orang ramai agar mendoakan anak sulungnya, Noah diberi kesembuhan segera daripada demam panas yang dialaminya.

Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri menerusi Instagram memberitahu, Noah masih mengalami demam panas sejak lima hari yang lalu dan kini telah dimasukkan ke hospital.



Kredit foto: IG


“Minta maaf kepada sahabat handai, client, rakan perniagaan dan sesiapa sahaja yang ada WhatsApp atau hubungi saya dua tiga hari ini.

“Anak lelaki saya mengalami demam panas sejak 29 September dan semalam dia terpaksa dimasukkan ke wad disebabkan demam yang tidak surut-surut.

“Minggu yang amat sukar bagi saya dan juga isteri. Tolong doakan bayi kami cepat sembuh,” tulisnya.




Nazrief dan isteri, Aizatul Aqma Hamdan menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu.

Namun pasangan ini diuji apabila bayinya itu disahkan positif Covid-19.



Nazrief dan isteri bagaimanapun tidak dijangkiti wabak berkenaan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meah_kelabu 4-10-2021 01:17 PM
mungkin bole start mintak maaf dengan nurse yang dituduh mengomol anak beliau kot
Quote miracle_forever 4-10-2021 01:18 PM
bukan covid ke hari tu? dah recover ke?
Quote umbut 4-10-2021 01:22 PM
Bersalin kat swasta nak elak jangkitan pun kena..kesiannya baby
Quote cucutokwan89 4-10-2021 01:37 PM
Semoga cepat sembuh
Quote siasia 4-10-2021 01:40 PM
Kesian bb..
Tp agak nyampah dgn apaknya
Quote asfaz 4-10-2021 01:45 PM
Semoga baby cepat sembuh . Baby kalau demam risau ni kan pulan berpanjangan. Dah ok ke dr covid aritu?

Off topic.. celah mana la angelina jolie tu
Quote tupai 4-10-2021 01:46 PM
asfaz replied at 4-10-2021 01:45 PM
Semoga baby cepat sembuh . Baby kalau demam risau ni kan pulan berpanjangan. Dah ok ke dr covid arit ...

Sape angelina jolie tu chuols...wife die ke?
Quote ketupatnasi 4-10-2021 01:47 PM
Alahaiii.. Semoga cepat sembuh ya.
Demam panas jua meragut sorang hero kembar sya..
Quote makadek 4-10-2021 01:49 PM
Faham sgt masa anak kecik2 gitula azabnyaaa
Skg membela ank bulu pn sama mcm2 lak nyakit
Quote asfaz 4-10-2021 01:51 PM
tupai replied at 4-10-2021 01:46 PM
Sape angelina jolie tu chuols...wife die ke?

U tgk nama ig wife dia
Quote asfaz 4-10-2021 01:53 PM
ketupatnasi replied at 4-10-2021 01:47 PM
Alahaiii.. Semoga cepat sembuh ya.
Demam panas jua meragut sorang hero kembar sya..

Salam takziah sis. Baby masa demam adalah satu masa yg menyeramkan
Quote Thunderclouds 4-10-2021 02:06 PM
Jerlun ngn towel basah. Kepala,ketiak. Tu hotspots dia. Doktor gomen kaaa.. doktor private kaaa.. doktor biasa/pakar sekalipn tu la yg depa suruh buat bila demam bby xkebah2. Mmg penat, tp mujarab. Seboleh2 depa ni nk elak dr bg bby br lahir dberi antibiotics.
Quote slyfynx 4-10-2021 02:08 PM
Moga baby cepat sembuh.
Mesti nurse2 malas nk amik tau pasal deme ni semenjak kene tuduh gomol2 ank die menyebabkan anak die kene covid.
Quote likilu 4-10-2021 02:08 PM
Janji boleh buat konten
Quote likilu 4-10-2021 02:09 PM
ketupatnasi replied at 4-10-2021 01:47 PM
Alahaiii.. Semoga cepat sembuh ya.
Demam panas jua meragut sorang hero kembar sya..

Then dah tak de kembar?
Quote asfaz 4-10-2021 02:11 PM
Thunderclouds replied at 4-10-2021 02:06 PM
Jerlun ngn towel basah. Kepala,ketiak. Tu hotspots dia. Doktor gomen kaaa.. doktor private kaaa.. do ...

Betul tu and sebaiknya tak perlu pakai baju seluar , cukup pampers aje. Sepupu doktor dia ckp macam tu  .kalau nak berbaju pun , pakaikan yg jenis berlubang tu.
Setengah org anak demam dipakaikan baju tebal. Macam adik ai, sikit lagi anaknya nak kena sawan. Dah la dipakaikan baju tebal, berstoking pulak tu
Quote naina 4-10-2021 02:14 PM
umbut replied at 4-10-2021 01:22 PM
Bersalin kat swasta nak elak jangkitan pun kena..kesiannya baby

Bersalin kat swasta berpantang pun kat pusat swasta bayar puluh2 K pun tak mampu nak halang dari sakit demam dan jangkitan..
Bahaya sungguh la baby2 dalam hari demam panas. Ni kesan COVID ritu tak baik2 lagi kot..semoga cepat sembuh
Quote imransulaiman 4-10-2021 03:37 PM
Demam panas berpanjangan pada baby agak bahaya. Ada kesan sampingan... Semoga cepat sembuh baby Noah (walaupun tak minat his parents)
Quote Wayree 4-10-2021 03:41 PM
Meolzz rengsa btol tgk mak paknya... Rasa mcm nk pukul gn pnyapu ja.. Sapa makhluk nih

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.060148 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top