CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Edar Ekstasi Di Tempat Letak Kenderaan, Lans Koperal Dan Remaja Ke Tali Gantung

4-10-2021 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2946| Komen: 4

Description: Lans Koperal dan remaja berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas kesalahan mengedar dadah, bulan lalu.
Lans Koperal dan remaja berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas kesalahan mengedar dadah, bulan lalu.

Tertuduh, C. Harethaess, 27, yang bertugas di Balai Polis Labu, Negeri Sembilan dan P. Darshan, 19, yang bekerja sebagai pemandu sambilan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.




Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama mengedar dadah jenis ekstasi seberat 181.95 gram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kenderaan berhadapan sebuah pusat penjagaan kesihatan di Kota Southkey, di sini pada pukul 9.45 malam, 23 September lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Jika sabit bersalah, kedua-duanya boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. 


Sumber: K! Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-10-2021 02:39 PM
Ecstacy masih wujud sama mcm meth ke?
Quote haruslah 4-10-2021 02:50 PM
Lain kali main elimport expot
Baru x kena....main ciput2 ni cepat kena gantung
Quote nakkomenjugak 4-10-2021 05:55 PM
Hmmmm...
U know what you're doing.
Quote sharlenetexas 4-10-2021 06:14 PM
haruslah replied at 4-10-2021 02:50 PM
Lain kali main elimport expot
Baru x kena....main ciput2 ni cepat kena gantung

Mcm cite badul dulu. Bisnes apa? Import eksport aka cuci duit.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.041152 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top