CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekurangan Pemandu Lori, Askar Dikerah Hantar Bekalan Petrol

4-10-2021 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2709| Komen: 4

Description: Anggota tentera Britain dikerahkan ke loji penapisan BP pada Isnin untuk membantu menghantar bahan bakar bagi mengimbangi kekurangan pemandu trak.
Anggota tentera Britain dikerahkan ke loji penapisan BP pada Isnin untuk membantu menghantar bahan bakar bagi mengimbangi kekurangan pemandu trak.

Kekurangan pemandu trak menyebabkan rangkaian bekalan Britain untuk segala-galanya dari daging, petrol dan ayam hingga ubat-ubatan dan susu terhenti kerana kekurangan tenaga kerja berikutan krisis Brexit dan Covid-19.


Kredit foto: BBC

Masalah kekurangan bahan bakar di tengah-tengah kekurangan pemandu lori menyebabkan keadaan menjadi kacau-bilau apabila pemandu berbaris panjang di stesen minyak di bandar-bandar besar minggu lalu hingga ada yang bergaduh berebut pam.


Malah, ada pemandu menyimpan bahan bakar di dalam botol.


Kredit foto: Daily Mail

“Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, kami mengambil pemandu tambahan.

“Situasi bertambah baik sekarang seperti yang saya rasakan setiap hari selama lebih dari seminggu … semakin baik dan ketika permintaan kembali ke tahap normal, ada harapan masalah dapat diselesaikan sendiri,” kata menteri kewangan Perdana Menteri Boris Johnson, Rishi Sunak kepada radio LBC. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Johi 5-10-2021 01:00 AM
Tapi ramai orang British sanggup pergi Australia jadi pemandu lori,  boleh jadi kaya raya di Australia , kalah kerja profesional lain, Australia byk hasil bumi lombong, kuari dsb, kat BBC ke mana aku tenggok duduk England marhaen je migrate ke Australia jadi driver lori life style MCM jutawan siap ada kapal persiaran sendiri dgn kereta mewah bagai
Quote toxicated 5-10-2021 02:46 AM
Semua down ni ada kaitan tak dgn pandora papers?
Quote slavehunter 5-10-2021 02:54 AM
Ini practice jer la, Military intervention. Lepas ni kalau medic down pun Military ambik alih, kalau Sis Tumpanglalu dan Bro PengecatSchwabtest taknak cucuk pun mereka heret masuk ke Concentration Camp.
Quote FOTHER-MUCKER 5-10-2021 04:56 AM
Sekarang ni juga Royal Mail pun dah slow. Dalam masa 3 minggu baru sekali hantar surat.

Apa masalahnya?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.368161 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top