CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Perangai Tak Nak Makan, Sekali Budak 2 Tahun Telan Syiling 10 Sen

4-10-2021 07:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3496| Komen: 9

Description: Sepasang suami isteri berdepan saat mencemaskan sebaik mendapati anak bongsu mereka tercekik syiling 10 sen dalam kejadian Jumaat lalu.
Sepasang suami isteri berdepan saat mencemaskan sebaik mendapati anak bongsu mereka tercekik syiling 10 sen dalam kejadian Jumaat lalu.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, Nor Aidatul Azua Baharudin, 37, sedang solat manakala anaknya, Muhamad Afeef Dayyan, 2, bersama suami, Muhamad Rapi Mat Ramly, 37, berada di dapur menikmati makan malam.



Kredit foto: FB

Dua lagi anak pasangan itu, Muhamad Denish Irfan, 12, dan Muhamad Aqil Ziqri, 6, turut makan bersama bapa mereka.

Nor Aidatul Azua berkata, Muhamad Afeef Dayyan atau yang dipanggil Ayyan, dikatakan tidak mahu makan, lalu diturunkan daripada kerusi bayi oleh suaminya.

"Ketika suami dan dua anak kami makan, Ayyan bermain berhampiran mesin basuh dan suami macam ternampak dia bermain syiling, tetapi tak perasan ia dimasukkan ke mulut.

"Tidak lama selepas itu, suami mendengar Ayyan seakan tercekik dan bergegas memeriksa mulut anak kami, tapi tiada syiling.


"Suami menepuk belakang Ayyan beberapa kali dan menjolok tekak Ayyan tetapi tidak berhasil mengeluarkan syiling," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Nor Aidatul Azua dan suaminya bergegas ke Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) membawa Muhamad Afeef Dayyan untuk melakukan pemeriksaan X-ray.

Katanya, doktor mengesahkan syiling itu berada dalam perut anak mereka selepas diperiksa dan memberi tempoh tiga hari untuk memastikan ia keluar apabila kanak-kanak itu membuang air besar.

"Pagi semalam, Ayyan buang air besar tetapi syiling itu tidak keluar. Hari ini, dia sekali lagi menjalani pemeriksaan x-ray dan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mendapati syiling berkenaan masih dalam perutnya," katanya yang tinggal di Bukit Beruntung.



Nor Aidatul Azua berkata, anaknya itu masih aktif bergerak walaupun syiling berkenaan berada dalam perutnya dan berharap ia akan keluar tidak lama lagi.


Sumber: BH Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 4-10-2021 09:29 PM
Adui macam2
Quote tumpanglalu74 4-10-2021 09:38 PM
Usus baby, mana le nak muat.  Dari tekak tu kan peristalsis..  Dengan sendirinye otot2 tu urut turon ke bawah bende yang kita telan.  Dari perot nak masok usus tu memang tak muat.

Harap takde la doktor bahalol suroh wat MRI scan.  Tembos keluor nanti duit syiling tu..  Tolong sesape kenei parents ney kabo ye.  Aku siked tak caye ummah koje sepital kecuali yang tolong aku beranak dulu.  Sangat2 berterime kasih..  Yang lain tu sori.
Quote edayildiz 4-10-2021 09:38 PM
umah ada ank kecik mmg tak blh letak brg2 kecik merata..dulu masa kecik adik laki tertelan gula2 hantu seketui..yg kalau mkn tu lidah jd merah,biru..
Quote Thunderclouds 4-10-2021 09:47 PM
Menda2 mcm ni diam je la xyah ada kronologi kt medsos. Sat lg ada laaaa makhluk2 maksum nk sembang menda makpak ada tggu pn bulih tlepas pandang,bangsa makpak xpandai jaga ank yada yada yada..mak tu niat konon nk mintak org doa elok2 utk kesembuhan ank dia, alih2 bbakul2 kna kecam. Mudah2an xdak apa2 & baby ni bjaya berakkn syiling tu w/out surgery.
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 12:55 AM
Macam iol masa kecik
Nasib sempat muntahkan balik
Terus mak iol bising
Ishhhh cepatlah besar ko ni! Adaaa je hal!

*Mak iol cerita time2 mengenang zaman purba iol*
Quote jejaka_hensem 5-10-2021 02:07 AM
Bagus suaminya,kenyangkan dulu perut walaupun dah nampak anak main dgn syiling
Quote Normabaru 5-10-2021 03:20 AM
Thunderclouds replied at 4-10-2021 11:47 PM
Menda2 mcm ni diam je la xyah ada kronologi kt medsos. Sat lg ada laaaa makhluk2 maksum nk sembang m ...

ntahnye..siap acah2 xsempat reply bagai..tp buat karangan bbakul2 sempat plak...dasar spisis attention seeker ke haper..hmmm..masukkan nasik kepal2 dlm mulut sambil selawat laa..klu ko takat bg susu mmgla xgerak..ank ko bkn xblh mkn bendapejal..syiling telan pon hidup lg khuenss..so so so...?
Quote Supersirap 5-10-2021 06:45 AM
Ada kesan sampingan x jika syiling tersebut tidak keluar daripada badan adik ini?
Quote tumpanglalu74 5-10-2021 10:24 AM
Supersirap replied at 5-10-2021 06:45 AM
Ada kesan sampingan x jika syiling tersebut tidak keluar daripada badan adik ini?

[attach]594750[/attach]

Tatau le bahaye ke tak..



Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.103357 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top