CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mufti Terengganu Tak Pernah Pertikai Penggunaan Vaksin Covid-19

4-10-2021 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2754| Komen: 3

Description: Jabatan Mufti Negeri Terengganu tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan penggunaan vaksin COVID-19 seperti yang tular di media sosial.
Jabatan Mufti Negeri Terengganu tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan penggunaan vaksin COVID-19 seperti yang tular di media sosial.

Mufti Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata, segala tuduhan, tohmahan dan sebarang kenyataan yang tidak benar itu wajar dihentikan serta merta dalam apa jua medium penyebaran.


Beliau turut kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan kenyataan di luar konteks sebenar.


Gambar hiasan

"Pihak Jabatan Mufti Terengganu bersetuju dan selari dengan ketetapan dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020.

"Semua rakyat Terengganu dinasihatkan mengambil vaksin COVID-19 sebagai satu usaha dan ikhtiar dalam mengekang penularan wabak berkenaan sebagaimana keputusan Mesyuarat Fatwa Negeri Terengganu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohamad Sabri berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada 28 Julai lalu membuat keputusan bahawa pihak pemerintah boleh menetapkan apa juga arahan dalam usaha membendung penularan COVID-19 selama mana tujuannya untuk kebaikan dan mendatangkan maslahah kepada rakyat sebagai salah satu alternatif dalam dunia perubatan masa kini.

Katanya, hukum penggunaan vaksin yang sudah disahkan dan diperakui selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah harus demi menjaga nyawa manusia dan mengekang penularan jangkitan virus COVID-19.

Sebelum ini, tersebar di media sosial yang memetik kenyataan Mufti Terengganu berkenaan isu vaksin bertarikh 6 September lalu yang dilihat seolah-olah mempertikaikan pengambilan vaksin COVID-19.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 4-10-2021 08:10 PM
Mufti kata ' dinasihatkan' ..kenapa pulak kalau tak cucuk macam satu kesalahan besar.
Quote JohnyEnglish 4-10-2021 08:25 PM
Nasihat konon
Quote tukul 4-10-2021 11:07 PM
Apa kes pulak ni....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.045916 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top