CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Universiti Pertama Saya" - Wow, Nabila Huda Belajar Bahasa Itali Di UM!

4-10-2021 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5544| Komen: 15

Description: Pelakon dan pengacara berkaliber Nabila Huda berkongsi rasa gembira apabila diterima untuk mengikuti kursus Bahasa Itali di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaysia (UM).
Pelakon dan pengacara berkaliber Nabila Huda berkongsi rasa gembira apabila diterima untuk mengikuti kursus Bahasa Itali di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaysia (UM).


Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya semalam, Nabila atau mesra disapa Abil berkongsi mesej yang diterima daripada Ketua Jabatan Bahasa Asia dan Eropah, Fakulti Bahasa dan Linguistik UM yang mengalukannya untuk mengikuti kursus Bahasa Itali tahap satu dan dua di fakulti tersebut.


Kredit foto: IG Nabila Huda

“Bukan ditawarkan (mengikuti kursus Bahasa Itali), sebaliknya memang saya dah merancang dengan Kedutaan Itali untuk mengikuti kursus bahasa di UM.


“Sudah tiga tahun berturut-turut saya ke Itali bersama produksi Libero untuk melakukan penggambaran vlog dengan melawat beberapa tempat yang jarang diketahui di Itali,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Ujar anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu lagi, kerana kerap ke negara tersebut, dia telah menjalinkan hubungan baik dengan pihak Kedutaan Itali di Malaysia.

“Jadi ini adalah sebahagian daripada projek saya pada masa akan datang apabila saya mendaftar untuik mengikuti kursus Bahasa Itali dengan sokongan Kedutaan Itali di Malaysia,” jelasnya.

Disoal tentang perasaannya, pelakon yang kini turut bergelar pengacara itu tidak dapat menyembunyikan rasa gembira kerana bakal mengikuti kursus tersebut lebih-lebih lagi di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia.



“Universiti Malaya adalah universiti pertama saya. Jadi sudah tentu saya berasa teruja, lebih-lebih lagi kelas akan dibuat secara bersemuka di dalam kelas dan bukannya secara dalam talian,” katanya yang akan memulakan kelas pada 18 Oktober ini.

Abil yang sebelum ini hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengakui setakat ini hanya mengikuti kursus jangka pendek sahaja iaitu peringkat satu dan dua. 

"Bila saya ada masa terluang nanti, mungkin saya akan sambung ke peringkat seterusnya,” jelasnya.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 4-10-2021 07:15 PM
bagus abil ni
Quote syidasaleh 4-10-2021 10:16 PM
Awat HOD tulis 1 and II. Tu style italy ka?
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 01:04 AM
Seronok belajar bahasa ni
Congrats!
Quote trexxxxxi 5-10-2021 01:15 AM
Dulu ai suka tengok sheol berlakon, berbakat besar
Lps Q drama tu ai tak berapa follow sangat dah
Anyway ai happy for her
Quote sharlenetexas 5-10-2021 01:20 AM
Pelik gak kenapa takde organisasi macam British Council atau Alliance Francaise untuk belajar bahasa Itali. Italia Academy ke apa ke.
Quote gideoncross 5-10-2021 08:10 AM
Italiaaaa, avanti popolo l'italiaaaa.
Quote Pak.dolla 5-10-2021 08:31 AM
Ini mcm umcced kan? Pakdol pernah nk ambil kelas bahasa arab kat um tu..tp sebelum tu, belajar asas dkt masjid negara..susah betul bhs arab ni kalau kita xde asas..masuk kelas asas ramai ghupenya ramai yg dh pandai bhs arab..pakdol tertinggal..terus berhenti..
Quote Kancilkering 5-10-2021 09:11 AM
mahal x tution fee dia?
Quote tipah89 5-10-2021 09:41 AM
Pak.dolla replied at 5-10-2021 08:31 AM
Ini mcm umcced kan? Pakdol pernah nk ambil kelas bahasa arab kat um tu..tp sebelum tu, belajar asas  ...

i oll pun pernah belejar bahasa erebbb..pada I olls agak suseshla.

Quote kakigojes 5-10-2021 11:12 AM
syidasaleh replied at 4-10-2021 10:16 PM
Awat HOD tulis 1 and II. Tu style italy ka?

Kihkihkih… lawak kan tiber 1 and II
Quote Pak.dolla 5-10-2021 11:19 AM
tipah89 replied at 5-10-2021 01:41 AM
i oll pun pernah belejar bahasa erebbb..pada I olls agak suseshla.

Sangat susah kan..kalau dari sek agama mmg senang nak faham..
Yg mengajar plk ikut suara majoriti yg dah pandai..pdol dtg kelas x faham sepatah haram..bila tanya je kena marah...hahaha..dah le org byar mahal...
Quote eely_shana 16-10-2021 12:45 PM
baguslah ..bljar sesuatu yg baru
Quote nordin84 16-10-2021 04:35 PM
Pak.dolla replied at 5-10-2021 08:31 AM
Ini mcm umcced kan? Pakdol pernah nk ambil kelas bahasa arab kat um tu..tp sebelum tu, belajar asas  ...

bahasa arab la plg susah pakdol.. bhs cina senang sgt dgn spanish..arab adoi an antuma antum hua hia antunna.. terus mls nak smbung
Quote Acikgomen 16-10-2021 04:41 PM
trexxxxxi replied at 5-10-2021 01:15 AM
Dulu ai suka tengok sheol berlakon, berbakat besar
Lps Q drama tu ai tak berapa follow sangat dah
An ...

Acik tak puas ati betul dgn chuols sejak jadi momod neh napewww hati chuols tak busuk dengki mcm dulu2
Kembalikan hati itam kesumat ittewww
Quote ezacbee 16-10-2021 05:37 PM
Aku dulu belajar bahasa perancis.
Terbelit lidah.

Last2 semua lupa. Buku pun hilang camtu je.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.165621 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top