CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengedar Dadah Sanggup Tinggal Bini Tepi Jalan Bila Kena Kejar Polis

4-10-2021 06:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3011| Komen: 7

Description: Seorang lelaki dipercayai terbabit kegiatan pengedaran dadah sanggup meninggalkan isterinya ketika motosikal dinaiki mereka dikejar polis di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat, semalam.
Seorang lelaki dipercayai terbabit kegiatan pengedaran dadah sanggup meninggalkan isterinya ketika motosikal dinaiki mereka dikejar polis di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat, semalam.


Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, suspek nekad meninggalkan isterinya yang membonceng motosikal Modenas Kriss bersama 120 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM1,200 dipercayai miliknya.



Timbalan Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, sebelum kejadian, anggota polis melihat pasangan suami isteri itu menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah stesen minyak di Kota Kubang Labu di sini.


Menurutnya, menyedari pergerakan mereka diperhatikan, suspek memecut laju motosikal itu sehingga ke Kampung Pohon Tanjung.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, suspek terus meninggalkan isterinya berusia 21 tahun di atas motosikal tersebut di tepi jalan sebelum melarikan diri ke dalam kawasan semak.

“Pemeriksaan pada sebuah beg galas yang ditingggalkan bersama wanita itu mendapati 120 biji pil kuda, dua telefon pintar dan wang kertas bernilai RM82,” katanya.

Menurutnya, wanita berasal dari Kampung Kebakat itu direman empat hari bermula hari ini dan polis sedang giat mengesan suaminya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 4-10-2021 06:47 PM
sskjp lg..nape org sana ni..byk bethol masalah
jahat la lakinya pun..tinggal bini gitu..ingat tinggal bini tepi jalan bawak lari pil..nasib la..takkan masa bercinta xtau khenzz
Quote JohnyEnglish 4-10-2021 06:59 PM
edayildiz replied at 4-10-2021 06:47 PM
sskjp lg..nape org sana ni..byk bethol masalah
jahat la lakinya pun..tinggal bini gitu.. ...

Aku sarankan kau cr laki negeri lain,tp msti parents kau nk sskjp gak kan?
Quote edayildiz 4-10-2021 07:08 PM
JohnyEnglish replied at 4-10-2021 06:59 PM
Aku sarankan kau cr laki negeri lain,tp msti parents kau nk sskjp gak kan?

mmg pun tamo laki sskjp
family pun xgalak sgt laki sskjp sbb org sana jenis pongoh..
Quote cucutokwan89 4-10-2021 10:18 PM
Tilllllll jannah
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 01:03 AM
Hmmmmm
Tak payah nak ride and die sangat sisssss
Muda lagi, cerai jelaaa
Merana hidup kawen dengan orang dadih ni
Yang ngisap, yang jual, yang buat
Quote gideoncross 5-10-2021 08:09 AM
nakkomenjugak replied at 5-10-2021 01:03 AM
Hmmmmm
Tak payah nak ride and die sangat sisssss
Muda lagi, cerai jelaaa

Bru 21 thun dh ambil kputusan nak jdi bini org lain, dlu iol 21 thun msih lgi skolah.
Quote Acikgomen 5-10-2021 08:26 AM
edayildiz replied at 4-10-2021 06:47 PM
sskjp lg..nape org sana ni..byk bethol masalah
jahat la lakinya pun..tinggal bini gitu.. ...

Balik lah ke kampung nakkkkk
Skolahkan deyols sket

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.047399 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top