View: 2365|Reply: 7
|
Pengedar Dadah Sanggup Tinggal Bini Tepi Jalan Bila Kena Kejar Polis
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki dipercayai terbabit kegiatan pengedaran dadah sanggup meninggalkan isterinya ketika motosikal dinaiki mereka dikejar polis di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat, semalam.
Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, suspek nekad meninggalkan isterinya yang membonceng motosikal Modenas Kriss bersama 120 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM1,200 dipercayai miliknya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, sebelum kejadian, anggota polis melihat pasangan suami isteri itu menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah stesen minyak di Kota Kubang Labu di sini.
Menurutnya, menyedari pergerakan mereka diperhatikan, suspek memecut laju motosikal itu sehingga ke Kampung Pohon Tanjung.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, suspek terus meninggalkan isterinya berusia 21 tahun di atas motosikal tersebut di tepi jalan sebelum melarikan diri ke dalam kawasan semak.
“Pemeriksaan pada sebuah beg galas yang ditingggalkan bersama wanita itu mendapati 120 biji pil kuda, dua telefon pintar dan wang kertas bernilai RM82,” katanya.
Menurutnya, wanita berasal dari Kampung Kebakat itu direman empat hari bermula hari ini dan polis sedang giat mengesan suaminya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 4-10-2021 06:47 PM
sskjp lg..nape org sana ni..byk bethol masalah
jahat la lakinya pun..tinggal bini gitu.. ...
Aku sarankan kau cr laki negeri lain,tp msti parents kau nk sskjp gak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
JohnyEnglish replied at 4-10-2021 06:59 PM
Aku sarankan kau cr laki negeri lain,tp msti parents kau nk sskjp gak kan?
mmg pun tamo laki sskjp
family pun xgalak sgt laki sskjp sbb org sana jenis pongoh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tilllllll jannah |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmmm
Tak payah nak ride and die sangat sisssss
Muda lagi, cerai jelaaa
Merana hidup kawen dengan orang dadih ni
Yang ngisap, yang jual, yang buat
|
|
|
|
|
|
|
|
Bru 21 thun dh ambil kputusan nak jdi bini org lain, dlu iol 21 thun msih lgi skolah.
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 4-10-2021 06:47 PM
sskjp lg..nape org sana ni..byk bethol masalah
jahat la lakinya pun..tinggal bini gitu.. ...
Balik lah ke kampung nakkkkk
Skolahkan deyols sket |
|
|
|
|
|
|
| |
|