CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Akhirnya Dedah Wajah Ayash Affan

1-10-2021 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10298| Komen: 52

Description: Seperti yang ditunggu-tunggu ramai, akhirnya pelawak Shuib Sepahtu berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilahirkan.
Seperti yang ditunggu-tunggu ramai, akhirnya pelawak Shuib Sepahtu berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilahirkan.

Menerusi Instagram, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memuat naik rakaman video bayi tersebut untuk tatapan peminat di laman berkenaan.

Foto: IG


"Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira. Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya," tulis Shuib pada ruangan kapsyen.

Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, Ayash dilihat sedang tidur lena di atas katil bayi.



Perkongsian Shuib itu mengundang sebak dalam kalangan peminat tatkala mengenang Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan puteranya itu.

Malah rakan artis juga tidak ketinggalan menuliskan komen dan mendoakan semoga bayi itu diberikan kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.



"MasyaAllah. Nampak sempurna, Ayash anda sangat kacak. Semoga apabila besar nanti menjadi anak soleh okay.

"Kenapa air mata tak boleh berhenti ni... semoga menjadi anak soleh ya sayang!

"Lambang pengorbanan ibu... jangan lupa ibumu nak. Sedihnya tiap kali teringat arwah Siti Sarah. Al-Fatihah buatnya," komen pengikut.



Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.





Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 1-10-2021 02:53 PM
Alolo comelnya..elok sihat gebu bulat..
Quote Suchi 1-10-2021 03:14 PM
Edited by Suchi at 1-10-2021 03:25 PM

Muka daddy sangat nih
Masya Allah Tabarakallah

Semoga membesar dengan sihat ya baby Ayash
Kejap je masa berlalu dah dekat 2 bulan dah.
Quote cikatilia 1-10-2021 03:21 PM
mata masuk habuk tiba2
Quote missyL 1-10-2021 03:21 PM
Semoga ayash sentiase sehat...
Quote KamikuP 1-10-2021 03:23 PM
Alololo comeinya.. sedap bau baby ni. Moga jadi anak yg soleh ya Ayash. AAmin
Quote Zeatyisaac 1-10-2021 03:27 PM
Mirip rupa Uwais
Quote Sagun36 1-10-2021 03:27 PM
Tembamnya....meloyot pipi..
Semoga menjadi anak yang soleh
Quote trexxxxxi 1-10-2021 03:30 PM
Alhamdulillah. Comei baby Ayash
Quote eira2310 1-10-2021 03:33 PM
alhamdulillah..moga sihat2 selalu baby ayash..

terigt arwah kwn  i meninggal mcm arwah siti sarah juga..baby dia pn sebaya jg..tp baby gurl..

sedih jg bila kenang baby nya tanpa ibu disisi...

Quote bukan_ustazah 1-10-2021 03:33 PM
Sedihnyaaaa ibu tak dapat lihat anak yang dikandung
Quote sitisitu25 1-10-2021 03:42 PM
sedih la plk mesti ayyash rindu suara ibu..suara yg dia sentiasa dgr ms dlm perut tetiba skrg da lama x dgr suara tu..huhu..
Quote sitisitu25 1-10-2021 03:43 PM
Zeatyisaac replied at 1-10-2021 03:27 PM
Mirip rupa Uwais

tu la mcm nk bulat muka tu mcm muka sarah..kalau muka sarah mesti shuib lg koyak..
Quote MistrezHermanaz 1-10-2021 03:53 PM
hehe iols nmpk muka daddy kt situ..uwais je la ni mirip ibu sgt2..comey baby ayash
Quote 3chanceno 1-10-2021 03:58 PM
Alhamdullilah sihat baby

Semuga menjadi anak yg soleh & sihat selalu

Quote Madel 1-10-2021 04:13 PM
Aku tak ada tunggu pun..

Quote cap_ayam 1-10-2021 04:14 PM
Alhamdulillah comeyyy baby.. manja ayah ni
Quote RedEshah 1-10-2021 04:16 PM
Alhamdulillah~
Comelnya baby  Ayash Affan.
Semoga menjadi anak yang soleh.
Quote Nizleen86 1-10-2021 04:32 PM
Baby ni la org terakhir yg bersama dgn arwah ibu dia kan...semoga dia menjadi sumber kekuatan untuk shuib.
Quote apedehal 1-10-2021 04:41 PM
Every baby is comel.. semoga membesar jd anak yg soleh yg menggembirakan org tua inshaAllah Aamiinn

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.061045 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top