CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azzam Dan Sheryl Bertunang, Nikah Tahun Depan

1-10-2021 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8221| Komen: 27

Description: Penyanyi Azzam Sham dan kekasihnya, Sheryl Shazwanie selamat melangsungkan pertunangan malam tadi.
Penyanyi Azzam Sham dan kekasihnya, Sheryl Shazwanie selamat melangsungkan pertunangan malam tadi.

Azzam, 23, berkata, majlis serba ringkas yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tersebut berlangsung di kediaman keluarga Sheryl dan mereka merancang untuk berkahwin sekitar awal tahun depan.


Foto: IG

“Kami sebenarnya kenal sebagai kawan sejak tahun 2015 lagi. Kebetulan perjalanan seni kami sama.

“Kami pernah menyertai sebuah syarikat rakaman sebelum bertukar ke MVM Production dan Rusa Music. Cuma sejak dua tahun lalu, ikatan kawan itu bertukar jadi lebih istimewa.

“Harapnya perancangan kami mendirikan masjid dan bergelar suami isteri tahun depan nanti dipermudahkan,” katanya kepada Kosmo! Online.




Menurut Azzam atau nama lengkapnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, dia menyenangi sikap serta keperibadian bakal isterinya itu sejak dari awal perkenalan.

“Saya tertarik kepada pembawakan dirinya termasuk keayuan dan budi bahasanya.

“Malah cara dia melayan ibu bapanya itu saya boleh sifatkan terlalu mahal. Paling penting dia faham saya,” ujarnya.



Terdahulu, juara program realiti Bigstage 2020 itu dan Sheryl, 23, sama-sama mengambil pendekatan untuk tidak berahsia mengenai hubungan percintaan yang mereka jalinkan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote estrelle 1-10-2021 02:53 PM
Allahuu.sape plak nii.
Quote Taniajingga 1-10-2021 02:57 PM
Idola kecil zezaman dulu kala
Quote shida81 1-10-2021 03:00 PM
Tau dak pompuan ni sbb dulu dia cover lagu kt yt... Dak jantan ni x kenal la pulak.. Nyanyi lagu apa
Quote menjad 1-10-2021 03:01 PM
Anak sapo sesat nihhhh... Acik xpernah tengok pun kau nyanyi
Quote black_handbag 1-10-2021 03:14 PM
whoareeeyussss sangat. muka dua2 takde nilai komersil. cane layak ada thread kat sini?
Quote MakcikLaksa 1-10-2021 04:22 PM
Muda jgk ek laki ni tahun dpn bru 24 dh nak kawen. Advance bdk2 zman skang
Quote slyfynx 1-10-2021 05:25 PM
[youtube]BymMSwtaM3U[/youtube]

Yang ini eh?
Quote shroom 1-10-2021 05:57 PM
K... nextt
Quote 3chanceno 1-10-2021 06:02 PM
Acik masih duk.planet bumi tapi tak kenal depa

Baca tajuk ingat Sheryl Ibrahim tadi
Quote bluecrystal 1-10-2021 06:51 PM
MakcikLaksa replied at 1-10-2021 04:22 PM
Muda jgk ek laki ni tahun dpn bru 24 dh nak kawen. Advance bdk2 zman skang

salah kot artikel tu..dua2 sebaya 24, tahun depan 25..takdela awal sangat kalau nak kawin pun
Quote Fly_over 1-10-2021 06:53 PM
ingat sherry ibrahim ke sherry al hadad td
Quote mesmerize 1-10-2021 07:02 PM
cantik ya baju tunang depa.. color cantik siap ada lace2 lagi kat baju pompuan.. macam baju nikah dah..
azzam sham kan pemenang bigstage musim 2.. single dia cinta jangan kau pergi tu sedap jugak
Quote mu@h@h@ 1-10-2021 07:26 PM
Patut kawin je terus... dok asyik ckp relationship je..produk xdgr pun
Quote lanse 1-10-2021 07:35 PM
Aisey.. sapa ni.
Quote Belibis 1-10-2021 08:40 PM
...dan sesungguhnya...dua2 aku tak kenal.
Quote babycc 1-10-2021 08:43 PM
mesmerize replied at 1-10-2021 07:02 PM
cantik ya baju tunang depa.. color cantik siap ada lace2 lagi kat baju pompuan.. macam baju nikah da ...

Aa.. baju perempuan tu cantik.. tp azzam sham mng big stage 3 lah.. yg ke 2 dulu han byul..
Quote mesmerize 1-10-2021 09:04 PM
babycc replied at 1-10-2021 08:43 PM
Aa.. baju perempuan tu cantik.. tp azzam sham mng big stage 3 lah.. yg ke 2 dulu han byul..

ya betul sister big stage 3.. ai tersilap perkiraan .. lupa pulak kewujudan han byul .. ai teringat sarah suhairi jah juara 1st season
Quote LadyCarefree 1-10-2021 09:48 PM
slyfynx:   BymMSwtaM3U Yang ini eh?


Ya hampon. Xyah la naikkan views MV vodoh ni.
Quote per706 1-10-2021 10:59 PM
Sape la korang ni sume..akak ke yg dok dlm gua deq,nama penuh segala.siap gambar penuh muka.tetap akak x kenal.mudah nau skang nk dpt gelaran penyanyi pelakon ek,ek,ekkkk

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.092137 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top