CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Cantik Tinggal Bersendirian Di Hutan, Hanya Ditemani Binatang

8-9-2021 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6207| Komen: 35

Description: Jakarta – Seorang wanita di Indonesia menjadi tular kerana menjalani kuarantin kendiri secara berseorangan di dalam hutan dengan tinggal di sebuah pondok, lapor laman berita Merdeka hari ini.
Jakarta – Seorang wanita di Indonesia menjadi tular kerana menjalani kuarantin kendiri secara berseorangan di dalam hutan dengan tinggal di sebuah pondok, lapor laman berita Merdeka hari ini.


Wanita yang memuat naik video dia menjalani kuarantin menerusi  akaun TikTok miliknya itu memberitahu, dia tinggal di situ selama sebulan dengan hanya ditemani oleh haiwan-haiwan.


Foto: tiktok

“Saya menjalani kuarantin kendiri yang betul-betul secara bersendirian. Anda semua pasti tidak percaya.

“Saya tinggal di sebuah pondok selama lebih sebulan dan saya bersendirian di sini kerana positif Covid-19,” katanya. 

Tambah wanita tersebut, disebabkan dia berada di dalam hutan, dia tidak mempunyai akses kepada sumber elektrik.


“Saya tidak mempunyai sumber tenaga elektrik, jadi saya mengecas telefon bimbit menggunakan peranti pengecas yang menggunakan tenaga suria.

“Bagi mendapatkan cahaya lampu pula, saya menggunakan bateri,” ujarnya.

Sementara itu, wanita itu mengakui keadaan ketika waktu malam dirasakan amat sunyi sehinggakan yang kedengaran hanyalah bunyi katak dan cengkerik.

“Saya boleh memasak dan makan sendiri selain tandas juga berada berdekatan yang membuatkan saya tidak takut.

“Lampunya pula ada masanya terpadam dan ada masa menyala,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 8-9-2021 08:46 AM
Dh dok ssorang tu diam dh la.ko bkn x tau perangai negara kau cmana
Quote harkktuih 8-9-2021 08:58 AM
tah tah pondok kat belukar belakang rumah jerr
Quote KamikuP 8-9-2021 08:58 AM
Makanya nak mkomentar apa di sini yaa?
Quote edayildiz 8-9-2021 09:03 AM
xtau nk komen tp nk komen jgk..tajuk xkena ngn gamba
Quote jiwasemangat 8-9-2021 09:06 AM
..positif kobid. Duduk dlm hutan.. tak der pulak jadi sesak napaf kaa.. oksijen darah rendah kaa.. sihat saja. Mungkin sbb keliling banyak pokok. Jadi banyak oksijen supply agak ehh..
Quote becir 8-9-2021 09:11 AM
jiwasemangat replied at 8-9-2021 09:06 AM
..positif kobid. Duduk dlm hutan.. tak der pulak jadi sesak napaf kaa.. oksijen darah rendah kaa.. s ...

Molek idea ni. Kasi tenang pikiran duduk in greenery..covid katanya kasi anxiety kat patient..
Quote Thunderclouds 8-9-2021 09:17 AM
Dh abeh kuarantin lom? Jgn masih lg kuarantin, share mnda ni kt medsos. Kang ada yg wat penaya. Dok sorg kt utan kot.
Quote CiliPadiSedap 8-9-2021 09:22 AM
kau viral cmtu habis perogol pemabuk cari kau. jgn jd bodoh boleh tak adik?
Quote Rockafella 8-9-2021 09:43 AM
Boleh caj telefon, boleh nyalakan lampu. Emm.. biasa tu. Takde luar biasa sangat. Patutnya dia nyahkan phone tu, nyalakan api macam macam orang dulu2. Baru rare... Dah genap dua tahun, baru la keluar dari hutan dan viralkan kehidupan dia dalam hutan selama ni dengan haiwan, unggas dan lain-lain.
Quote Kurex 8-9-2021 10:35 AM
Celah mana cantik?
Quote ainonymous 8-9-2021 10:45 AM
ada phoneeeee so takde la alami sangat duduk dalam hutan
Quote Buritan 8-9-2021 10:59 AM
harkktuih replied at 8-9-2021 08:58 AM
tah tah pondok kat belukar belakang rumah jerr

Mcm kawan aku jatuh cinta dgn indon.. aku sug dia cek rumah pak montua cmn.. silap hb hang duk dlm kolong.. koh koh
Quote asma87 8-9-2021 11:01 AM
Siapla nanti drama sinetron kisah dia ni
Quote Simunggu 8-9-2021 11:02 AM
aduh kasian..bahaya tu...
Quote jiwasemangat 8-9-2021 11:13 AM
.. pore less.. kira shantek laa..
Quote mimi_mimpi 8-9-2021 11:29 AM
CiliPadiSedap replied at 8-9-2021 09:22 AM
kau viral cmtu habis perogol pemabuk cari kau. jgn jd bodoh boleh tak adik?

Aha.. iols baru nak komen camni.
Beliau ni same spesies dengan orang dah buat salah pastu viralkan.
Quote Meiizu 8-9-2021 11:55 AM
berani ehh ko kecoh2 kat soc med duk sorang2
Quote 234126 8-9-2021 12:15 PM
dah duduk hutan diam diam la, negara tu dah la byk kes rogol bunuh kejam. Piang nya otak
Quote kivio 8-9-2021 06:12 PM

Tulah.
Aku pun pening.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.063804 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top