CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk 4 Buah Kampung Jadi Jutawan Segera, Buat Banglo Dan Borong Kereta Baru

8-9-2021 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5754| Komen: 28

Description: Jakarta: Pengambilan tanah tidak selalunya disusuli dengan kisah pahit dan kadang-kadang ada kisah menarik yang muncul, seperti orang yang tiba-tiba menjadi jutawan.
Jakarta: Pengambilan tanah tidak selalunya disusuli dengan kisah pahit dan kadang-kadang ada kisah menarik yang muncul, seperti orang yang tiba-tiba menjadi jutawan.

Penduduk yang terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada sesuatu projek pembangunan menjadi kaya kerana mereka mendapat pampasan untuk pengambilan tanah yang mempunyai nilai tinggi.

Detik melaporkan, itulah yang berlaku di Tuban, Jawa Timur apabila penduduknya menjadi jutawan kerana mendapat pampasan untuk projek kilang.


Foto: Detik.com

Menariknya, kekayaan yang dimiliki sebagai ‘jutawan segera’ itu membuatkan mereka berbondong-bondong membeli kereta baharu dan tular di media sosial.

Selain Tuban, berikut empat perkampungan yang penduduknya mendadak menjadi jutawan segera.

1. Yogyakarta
Penduduk desa di Tirtonadi, Mlati, Sleman menjadi jutawan selepas mendapat pampasan atas ta-nah yang dijual untuk projek lebuh raya Yogyakarta-Bawen.

Salah seorang yang mendapat pampasan berbilion rupiah adalah Sumianto, 50. Tanahnya diganti pampasan sebanyak 2.4 bilion rupiah dan membelanjakan wang tersebut dengan membeli tanah lain serta tiga kereta.

2. Sulawesi Selatan
Perkampungan di Kale Komara dekat Takalar mendapat pampasan untuk projek empangan.

Daripada hasil pampasan itu, penduduk membeli kereta dan trak selain ada yang membuat pelaburan.

3. Jawa Barat
Penduduk di Kuningan, Jawa Barat turut menjadi ‘buah mulut’ orang ramai selepas tanah milik mereka dibeli kerajaan untuk projek Empangan Kuningan.

Pembangunan projek empangan itu melibatkan 362 keluarga.

Menurut Ketua Kampung, Kawungsari Kusto, nilai pampasan itu diberikan secara berbeza-beza mengikut keluasan tanah dan ba-ngunan yang dimiliki.

“Paling rendah pun ada yang menerima 150 juta rupiah sehingga kepada 1.6 bilion rupiah,” katanya.

4. Jawa Timur
Warga desa Tuban tular di laman media sosial apabila ‘memborong’ beratus-ratus kenderaan baharu.

Mereka mendadak menjadi orang kaya selepas menerima pampasan untuk projek kilang yang merupakan kerjasama antara Pertamina dan perusahaan dari Rusia, Rosneft.

“Sampai sekarang sudah ada 176 kereta baharu yang datang. Terakhir kelmarin ada 17 kereta baharu,” kata Ketua Kampung Sumurgeneng, Gihanto. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 8-9-2021 09:57 AM
ni ke tanda2 akhir zaman org miskin jadi kaya tetibe?
Quote tokchik 8-9-2021 10:01 AM
Nanti jadilah MCM pnduduk gelang patah yg terbabit dgn pmbinaan pelabuhan tanjung pelepas...Papa kedana selepas berapa tahun akibat Boris. Pnduduk felda LBJ pun Sama
Quote mclaren 8-9-2021 10:04 AM
Edited by mclaren at 8-9-2021 12:14 PM

Bukan rakyat Indon susah nak jumpa yang bukan jutawan ke?

Duit mana main sen2... semua juta2 rupiah.
Quote rospinki 8-9-2021 10:19 AM
duit senang dpt ni senang hbis..tgkla setahun tu pon kalu smpi setahun mampu bertahan.
Quote ilacantik 8-9-2021 10:22 AM
tokchik replied at 8-9-2021 10:01 AM
Nanti jadilah MCM pnduduk gelang patah yg terbabit dgn pmbinaan pelabuhan tanjung pelepas...Papa ked ...

Masa zaman meols kat kolej kat JB dulu2, lecturer meols banyak cerita pasal jutawan segera kat gelang patah ni, sangking tak tau nak buat apa dgn duit banyak, ada yg hisap gulung tembakau dalam duit seringgit yer, bakar duit gitu. Macam sukar nak percaya, tapi kalau org yg tau anggek org johor ni macam mana, well tak mustahil perkara tersebut memang berlaku. Last-last hanya dlm masa  3-4 tahun, duit pun habis. Lecturer meols tekankan pentingnya ilmu financial esp buat orang melayu.  
Quote hayati_hassan 8-9-2021 11:18 AM
mana yg beringat masa depa oklah
nie kalu nak enjoy duit aja mampuslah
Quote Meiizu 8-9-2021 11:18 AM
sejarah berulang
Quote ffbeauties 8-9-2021 11:52 AM
Ambik kaww beli 3 terus kereta
Kepentingan education dapat kat yang tak berapa nak cerdik setakat tu je la
Quote imransulaiman 8-9-2021 12:13 PM
ilacantik: Masa zaman meols kat kolej kat JB dulu2, lecturer meols banyak cerita pasal jutawan segera kat gelang patah ni, sangking tak tau nak buat apa dgn duit ...

Nak tanya... Sangking... Anggek... Bahasa apa dan apa maksudnya tu? Kue rong jowo ko?
Quote mclaren 8-9-2021 12:15 PM
imransulaiman replied at 8-9-2021 12:13 PM
Nak tanya... Sangking... Anggek... Bahasa apa dan apa maksudnya tu? Kue rong jowo ko?

Soalan sama gak
Quote trexxxxxi 8-9-2021 12:57 PM
Mesti friskie bahagia mendengarnya
Quote trexxxxxi 8-9-2021 12:58 PM
ffbeauties replied at 8-9-2021 12:52 PM
Ambik kaww beli 3 terus kereta
Kepentingan education dapat kat yang tak berapa nak cerdik setakat t ...

Kalau beli rumah buat investment okay gak
Quote RatuDunia94 8-9-2021 01:15 PM
Iols kalau ada 1juta x kan beli kereta mahal2. Cukup sekadar bokeh bergerak.. duit tu invest beli rumah kos rendah pastu sewakan.. beli lot2 kedai kos rendah n sewakan.
Quote rosmahisham 8-9-2021 01:18 PM
Bab buat banglo tu ok dah npk jgk reta..yg keta byk2 tu wat pe..hati2 duit tgh byk sodara jauh pon jd dekatt!klu duk kg2 ni buat rmh sewa pon mcm ssh nk pulang modal je kn..
Quote kelapaparut 8-9-2021 02:24 PM
Edited by kelapaparut at 8-9-2021 02:25 PM

iols bace billion2 tu iols ternganga luas, bile tau kejadiannye kat indonesia dgn nilai rupiahnye, iols katup balik mulut..
Quote Kitty_catz 8-9-2021 02:28 PM
salunya yg jenih mesikin ni tiberrr jadi jutawan, mmg kejap je lah duit tu sbb takde financial planning, tetambah duit dpt selonggok...

acer tanya set2 felda... ramai ke yg bertambah2 jutawannya atau jadi semekin balik mcm sebelum ni?
Quote nononcrux 8-9-2021 03:51 PM
ilacantik replied at 8-9-2021 10:22 AM
Masa zaman meols kat kolej kat JB dulu2, lecturer meols banyak cerita pasal jutawan segera kat gel ...

bukan gelang patah la.. itu sendayan Negeri..
Quote nononcrux 8-9-2021 03:52 PM
imransulaiman replied at 8-9-2021 12:13 PM
Nak tanya... Sangking... Anggek... Bahasa apa dan apa maksudnya tu? Kue rong jowo ko?

kalau ikutkan ayat tu byk guna area simpang renggam/ batu pahat Jowo
Quote nononcrux 8-9-2021 03:54 PM
hahah indonesia ni boleh ke kaya sama rata, bukan dorang ni suka bangsa sesama jatuh miskin ke? tak boleh org lebih kaya sama kaya ade je pendengki tamak haloba.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.178868 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top