CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Johan Nak Dedah Wajah Bayi Melalui YouTube

8-9-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7503| Komen: 30

Description: Genap empat hari kelahiran anak keenam, Johan memaklumkan akan mendedahkan wajah dan perkembangan si kecil menerusi saluran YouTube miliknya.
Genap empat hari kelahiran anak keenam, Johan memaklumkan akan mendedahkan wajah dan perkembangan si kecil menerusi saluran YouTube miliknya.

Pelawak dan penyampai radio itu berkata, perkongsian hanya di medium berkenaan adalah suatu sama yang dilakukan berkaitan anak-anaknya seperti biasa dibuat sebelum ini.



Foto: Kosmo

“Assalamualaikum. Mungkin ramai tertanya-tanya tentang kelahiran bayi kami. Syukur Alhamdulillah, Ozlynn telah selamat melahirkan anak ke enam kami.

“Nanti apa-apa saya akan maklumkan perkembangan dalam YouTube saya dan bagi tips jaga daripada bayi sehingga ke besar saya akan kongsikan.

“Macam mana saya buat dari cahaya mata yang pertama sampailah anak ke enam ini, semuanya adalah benda (rutin) sama.


“Harap bermanfaat tutorial atau tips untuk dikongsi nanti. Jadi jangan lupa ‘subscribe’ YouTube kami,” katanya menerusi hantaran di Instagram.




Dalam perkongsian berkenaan, Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim, 37, hanya menunjukkan si kecil sepintas lalu yang diletakkan di atas tilam bayi rona biru.

Ramai dikalangan teman artis melayangkan ucapan tahniah kepada pasangan itu walaupun rata-rata mengakui tidak tahu mengenai kehamilan terbaru Ozlynn.

Antaranya termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyatakan dapat meneka sesuatu ketika aktres berkenaan menghubunginya, baru-baru ini.



Ada juga pengikut memuji pendirian Johan dan isterinya yang menyimpan kemas hal peribadi terutama membabitkan keluarga apabila langsung tidak membuat sebarang pengumuman.

Pada 3 September lalu serentak hari kelahiran anaknya, pengurusan Era berkongsi khabar gembira di laman sosial mereka sebaik Johan selaku penyampai radio itu menyambut ahli keluarga baharu.


Walaupun tuan punya badan tidak membuat pengesahan mengenai berita tersebut sehinggalah semalam, Instagramnya yang mempunyai lebih 5 juta pengikut dibanjiri ucapan tahniah.

Sementara itu, pada masa sama, Johan yang mengendalikan segmen JoHaRa Pagi Era turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai serta rakan seperjuangan mereka.

“Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.Tidak putus-putus mesej tahniah kami terima.




“Nanti kita belanja gambar bayi okay…Insya-Allah. Tahu-tahu saja sudah bersalin,” katanya lagi yang tidak mampu menyembunyikan rasa teruja.

Terdahulu, rumahtangga Johan dengan Ozlynn Waty atau Rozlinawaty Ismail, 39, diserikan kehadiran Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trexxxxxi 8-9-2021 08:51 AM
Okay.. selamat berjaga malam
Meol teka baby ke6 ni bagi nama..... Rupawan Hanania
Quote ninnamina 8-9-2021 09:07 AM
Tahniah.. semua pakat suruh follow utiub
Quote dudaberhias 8-9-2021 09:57 AM
sape yang hengennnn sangat nak tengok tu sampai nak subscribe youtube?
btw tahniah atas baby baru yang di rahsiakan ittewww dan semoga anak2 sihat cergas sentiasa..
Quote JohnyEnglish 8-9-2021 10:52 AM
ikut kau lah
Quote Suchi 8-9-2021 10:55 AM
Edited by Suchi at 9-9-2021 08:38 AM

Memang ada ke orang seksaited sampai tak tidur malam nak tengok anak ke-6 orang?

Tp mesti wujud acik2 ginih kan? Dia la yg rajin mengomen kat page2 artis hat beranak kecik.
Duk geram ke anak2 artis bagai.

Baik iols layan video kucing2 kecik berempah chefwan tu hilang stress.
Macam happy pills gituhhh.
Quote Nenasketum 8-9-2021 11:29 AM
Kenapa netizen suka bazir prepaid nak tengok sempudal2 macam ni ek? Tido lagi lah
Quote adeqbun 8-9-2021 11:31 AM
trexxxxxi replied at 8-9-2021 08:51 AM
Okay.. selamat berjaga malam
Meol teka baby ke6 ni bagi nama..... Rupawan Hanania

Xleh sis .xde huruf Q kat ujung nama
Quote tintin22 8-9-2021 11:36 AM
oooooooooooooooooooooooooooo


K
Quote RatuDunia94 8-9-2021 01:44 PM
Dulu kemain sorok2 muka anak terutama yg sulung tu.. bila dh besar muka mcm maknya dan berani tayang
Quote ezacbee 8-9-2021 01:48 PM
Nama Spa-Q. Kata belakang nak Q
Quote jejarihalus 8-9-2021 01:51 PM
Suchi replied at 8-9-2021 10:55 AM
Memang ada ke orang seksaited sampai tak tidur malam nak tengok anak ke-6 orang?

Tp mesti wujud a ...

Betul suka tgk chef wan dgn kucing2 nya
Quote ophillea 8-9-2021 03:32 PM
Dah ada ariq sodiq haziq lepas nie maybe syafiq afiq topiq. Tapi paling helokk sodiq ngan chantique
Quote KamikuP 8-9-2021 04:37 PM
Kalau subscribe you alls dpt apa?
Quote AshkieLa 8-9-2021 04:45 PM
anak dah berderet pun mcm BBNUbaru  dapat 1st baby lagi ke?
dulu bukan ke sibuk tak nak expose anak2. skang dah bertukar prinsip?
kenapa laa ade netizen yg suka nak follow/support hal mcm ni...
lemau...
Quote matjerk 8-9-2021 04:50 PM
Pastu nak kena subsribe lah ni?
Quote matjerk 8-9-2021 04:53 PM
Yg sulong tu lain benar wajahnya
Quote nakkomenjugak 8-9-2021 06:45 PM
gigih bebeno yang subscribe YouTube deyol
Quote OyaTonggek 9-9-2021 12:09 AM
Suchi replied at 8-9-2021 02:55 AM
Memang ada ke orang seksaited sampai tak tidur malam nak tengok anak ke-6 orang?

Tp mesti wujud a ...

kannn...meols pun layan bidio kucing berempah cepwan tu...tp siannn cinnamon berkaki 3
Quote OyaTonggek 9-9-2021 12:12 AM
halahhh jojo ni...nk kena polo utiup bagai, yihhhh! kalau dh muka anak semua sepatern..yg ke 6 ni dh boleh agak semua ikut muka abg kakak dia..comey gebu2..kecuali abg sulong..kuwusss. apapun taniah jojo

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.064494 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top