CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elfira Loy Makin Alim, Berjubah Dan Pakai Tudung Labuh- Ada Yang Tanya Apa Sebab?

8-9-2021 09:21 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16985| Komen: 84|Original author: Oleh: Saiful

Description: Ramai perasan dengan perubahan imej Elfira Loy yang dilihat semakin ayu mengenakan jubah dan tudung labuh.
Ramai perasan dengan perubahan imej Elfira Loy yang dilihat semakin ayu mengenakan jubah dan tudung labuh.

Disebabkan itu ramai yang tertanya-tanya apa sebab perubahan tersebut.



Foto: IG

Di Instagram, Elfira ada menjawab soalan daripada peminat mengenai perkara itu.

Kata El, dia berasa cemburu melihat orang baik dan malu melihat wanita yang baru bertudung tapi memiliki hidayah yang jelas terpancar di wajah mereka.


Foto: via murai.my


"Saya fikir apa penghijrahan saya sekarang? Setiap manusia nak lebih baik jadi apa pencapaian saya. Tambahan lagi, saya cemburu tengok orang baik. Malu dengan orang yang baru pakai tudung tapi hidayahnya jelas menutup aurat,"katanya.

Ibu anak satu ini menjelaskan sekarang ini dia masih lagi mencuba-cuba dan meminta doa orang ramai suapaya hatinya tidak berbolak-balik dalam apa yang dilakukan.




Penampilan yang dibawa sekarang mudah sebab duduk di rumah, tapi dia risau apabila akan mula bekerja akan datang.






Sementara itu ada juga yang bertanya tips untuk kekal istiqamah.

Elfira jawab, kuncinya adalah dengan mencabar diri menyertai usrah, dan habiskan masa dengan Al-Quran.


Foto: via murai.my

"Saya juga cabar diri saya dengan mengadakan masa untuk diri sendiri bersama al-Quran dan usrah."

Wah, semakin ramai artis yang alim. Mana tahu satu hari nanti boleh jadi ustazah yang bertauliah, tak gitu? -CARI




2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KucingBiru 8-9-2021 09:29 AM
Artis yang 'hijrah' ramai senang terpesong.

Sebab perubahan diorang mostly start dgn baju dan luaran. Padahal hijrah sebenar start dari hati dan niat... then cari ilmu, kuatkan pegangan dan amalan kerohanian..... baju akan automatic tukar sendiri.

Mcm set buddist monks. Bukan terus botak kepala dan pakai kain oren. Depa start dgn tukar jadi vegan dulu, berpuasa, meditasi, start letting go keselesaan dunia, then baru tukar attire.

Tiberr. Hahaa
Quote slyfynx 8-9-2021 09:42 AM
Sejak bile jubah = alim?
Quote dudaberhias 8-9-2021 09:50 AM
punyaaa la sendu takde gosip sampai orang berjubah dan bertudung pun di gosipkan...

apa sebelum ni dah takde manusia bertudung labuh ke?
Quote KIM.K 8-9-2021 09:54 AM
Kadang pompuan ni jadi alim sebab tak cukup kasih sayang laki. Sebab dia rasa ada hak dia dlm shariah diperlakukan sebergituh.
Tak lama pastu jadi religious rider yg bantah toklaki atas nama bismillah..common
Quote trexxxxxi 8-9-2021 09:57 AM
Damage control kes tudung mahal ke murah harituuuu ke tewww

Quote kookiechip 8-9-2021 10:03 AM
Dia ni memang suka buat style tudung ikut mood ke? Kadang2 tudung sheols labuh, kadang2 singkat. Tudung mahal hari tu dah tahu ke brand apa? Dior ke hermes? Hahahahah apa2 pun i tak suka sheols, sbb pernah terserempak. Perasan gila dia ni.
Quote CiliPadiSedap 8-9-2021 10:07 AM
slyfynx replied at 8-9-2021 09:42 AM
Sejak bile jubah = alim?

sbb tu ramai porntaksub asal pakai imej arab terus nampak alim walhal pfft.. tiada kena mengena yang masih hidup atau yang masih mati
Quote Thunderclouds 8-9-2021 10:11 AM
Dunia dh tbalik. Retis berebut nk jd alim,yg alim2 berebut nk glemer mcm retis
Quote NazRysha 8-9-2021 10:15 AM
kenapa kalau nak berubah kena pakai jubah dan tudung labuh eh
Quote Kurex 8-9-2021 10:20 AM
Berhijrah bukannya sampai terus pakai jubah... Macam artis yg join kelas agama, automatik penampilan kepam dgn jibah, janggut tak berkemas.. nak pulak ikut si dewasayu
Quote my_irina 8-9-2021 10:22 AM
sekadar alim di luaran...dalaman still suke show off...mencapub...n meroyan (runsing fikir nak sambut bday anak time pkp ritu)
Quote virgo19 8-9-2021 10:31 AM
Retis ramai jadi alim sbb musim covid kot.. takut bila2 masa boleh meninggal. Kat fb story / wassap status aku setiap hari ramai yg post kawan/ sedara mara meninggal.
Quote AshkieLa 8-9-2021 10:36 AM
sejak bila bila berpakaian gitu terus up level alim?

patutla ramai scammer ni gembira potray pakaian gini.
mudah nak scam orang sbb ramai mudah terpesona....
Quote LadyCarefree 8-9-2021 10:37 AM
Pakai jubah tudubg labuh = alim.

Macam mana ya tengok hidayah terpancar kat muka? Jelas terpancar katanya.

Scroll IG tu memanglah dia akan ikut apa ko search atau tekan. Kalau tekan psl travel, ko scroll sampai ajm pon keluar pasal travel.
Quote eely_shana 8-9-2021 10:38 AM
Semoga betul2 istiqamah el. Comel anak dia.
Quote Masukkeluar 8-9-2021 10:58 AM
KucingBiru replied at 8-9-2021 09:29 AM
Artis yang 'hijrah' ramai senang terpesong.

Sebab perubahan diorang mostly start dgn baju dan lu ...

setuju!!!
aku tak fhm betul kenapa artis bila berubah terus jd extreme. berjubah berserban berniqab. kalau ko betul betul nk jd alim tak pyh la nk bergelumang dh dgn dunia retis ni..stop terus xpyh dh acah nk kluar tv nk belakon tak pegang la, jaga batas la..tu semua poyo je.

so mana mana retis yg dh berjubah berserban tu dah xpyh lagi nk belakon akasia tenung tenung mata, romantik la semua tu..geli tahu?? baik korg smua stop dan buat bisness je. hahahah.
Quote damsel_fiji 8-9-2021 11:05 AM
koser la retis malaya ni..artis timur tgh..egypt tunisia turki pelbagai pun x acah2 mcm korang..yihhhh
Quote ninjago 8-9-2021 11:06 AM
moga istiqomah. takyahlah share apa2 dulu klu nak berubah. diam2 je sudah. buat je, nikmati perjalanan nk dpt hidayah. Allah akan atur yg lain2 tu.


hijrah tutup aurat seiring hijrah ubah perangai buruk barulah manthopppps!
Quote LadyCarefree 8-9-2021 11:10 AM
CiliPadiSedap: sbb tu ramai porntaksub asal pakai imej arab terus nampak alim walhal pfft.. tiada kena mengena yang masih hidup atau yang masih mati



Jubah kopiah capal Allah shayang xlekang kat bibir terus dapat title ustard dan retis2 acah nak jd alim pon peluk2 cium tangan menuntut ilmu darinya. Siap panggil murabbi lagi.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061941 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top