CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belajar Duduk Atas Lantai, Di Bumbung, Di Jalanan- "Kami Nak Pergi Sekolah Yang Sebenar"

8-9-2021 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2234| Komen: 7

Description: Taez: Perang saudara selama tujuh tahun dan ditambah dengan ‘serangan’ Covid-19 memburukkan keadaan hidup di Yaman.
Taez: Perang saudara selama tujuh tahun dan ditambah dengan ‘serangan’ Covid-19 memburukkan keadaan hidup di Yaman.

Kanak-kanak antara yang cukup terjejas, ketika sesi persekolahan dibuka semula dalam keadaan sekolah tak terurus.


Di Bandar Taez contohnya, ada yang terpaksa duduk di lantai untuk mengikuti sesi pembelajaran.


Foto: AFP

Yaman yang dilanda kon-flik selama tujuh tahun meng-akibatkan puluhan ribu penduduk terkorban dan memaksa jutaan lagi meninggalkan kediaman masing-masing menjadi ‘orang pelarian dalaman’ (IDP).

Biarpun berdepan dengan kekurangan, kanak-kanak di Taez berusaha untuk mengikuti pembelajaran dengan sebaik mungkin.


“Ada hari kami belajar sambil duduk atas lantai dan pernah di atas bumbung serta di jalan.

“Cukuplah alami ini selama beberapa tahun, kami mahu pergi ke sekolah yang sebenar,” kata seorang pelajar gred tujuh, Laith Kamel memberitahu AFP.

Di seluruh Yaman, kanak-kanak sama ada tidak mempunyai bilik darjah atau kemudahan asas seperti meja, kerusi dan tandas.

Kebanyakan sekolah musnah dalam konflik antara kerajaan dan pemberontak Houthi sementara yang lain dijadikan kem pelarian atau kemudahan tentera.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira dua juta kanak-kanak tercicir dari sekolah sebelum pandemik Covid-19 melanda negara ini.

Agensi antarabangsa itu juga memberi amaran jumlah itu kemungkinan besar akan meningkat. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rockafella 8-9-2021 09:44 AM
Nak buat macam mana dik, orang-orang dewasa yang mengepalai kerajaan dan menjadi pemberontak itu semuanya bangang. Rela berebut kuasa dan abaikan korang.
Quote Fortiori02 8-9-2021 06:10 PM
Kesian, budak2 yg terkesan teruk x dpt belajar dgn selesa semua.
Quote nakkomenjugak 8-9-2021 06:41 PM
orang tua gaduh
budak yang dapat malang
Quote edayildiz 8-9-2021 06:49 PM
kesiannya
kenapa negara dorg x aman mcm malaysia
Quote imanjannah 8-9-2021 06:55 PM
kesian
Quote Cieejiee 9-9-2021 12:39 AM
Kesian..
Quote ninja9 9-9-2021 06:09 PM
yangn penting kuasa pemerintahan... bertahun-tahun berperang pun sangup.... ni macam perang saudarakan... satu kumpulan orang yang sama berpecah untuk dapatkan kuasa pemerintahan.. entah dari mana dapat motivasi berbunuhan ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.050902 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top