CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakai Seluar Dalam, Topeng Dan Penutup Kepala- 'Toyol' Curi Tabung Masjid

8-9-2021 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2394| Komen: 5

Description: Jakarta: Dua pelajar masing-masing berusia 15 dan 14 tahun bertindak mencuri kotak amal di Majsid Ikhlas Arrahman, Nagari Batang Barus dekat Solok, Ahad lalu.
Jakarta: Dua pelajar masing-masing berusia 15 dan 14 tahun bertindak mencuri kotak amal di Majsid Ikhlas Arrahman, Nagari Batang Barus dekat Solok, Ahad lalu.

CNN Indonesia melaporkan, aksi kedua-dua mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Mereka hanya menggunakan seluar dalam, topeng dan penutup kepala.

Aksi mereka itu tular dalam media sosial kerana dianggap ‘dua ekor toyol’ yang sering meresahkan hidup penduduk setempat.


Foto: Agensi

Bagaimanapun perkara itu dinafikan pihak polis Solok.

Ketua Siasatan Jenayah Solok, Rifki Yudha Ersanda berkata, maklumat yang beredar itu merupakan kekeliruan tanpa ada fakta.


“Itu (berita toyol) hanya persepsi media tanpa fakta sebenar,” katanya.

Rifki berkata, alasan kedua pencuri tersebut tidak menggunakan pakaian kerana dulu rakan pelaku dikenali melalui pakaian yang ia kenakan, sehingga mereka belajar daripada pengalaman, dan menanggalkan pakaian.

“Makanya dari pengalaman itu, mereka menanggalkan pakaian supaya mengaburkan identiti,” katanya.

Kejadian dilaporkan salah seorang penduduk yang terkejut melihat kotak infak sudah hilang di tempatnya selepas solat subuh.

Kotak itu ditemukan di tandas dalam keadaan sudah pecah dan kerugian dianggarkan sebanyak 400,000 rupiah.

Jelas Rifki, kedua-dua suspek sudah ditahan semalam di lokasi berbeza. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 8-9-2021 08:44 AM
Scary plak tgk gmbr tu
Quote AKAZ85 8-9-2021 08:49 AM
Edited by AKAZ85 at 8-9-2021 08:51 AM

Kakyung teringat kenangan masa sekolah dulu.. Ade 1 group budak lelaki ni memang tahap nakal laa.. 1 malam tu kantoi pecah masuk aspuri.. Bukan mencuri pon.. Sibuk nak mencari mana 1 dorm awek masing2 laa.. Crush diorang laa.. Sekali kantoi dengan budak2 yang still berjaga stay up tengah malam tu.. Esoknya warden denda amik segala spender budak2 perempuan kat ampaian yang dah keras kejung xberangkat2 tu gi letak kat kepala masing2 pastu round 1 sekolah.. Hahaha.. Aduii.. Menangis2 budak2 jantan tu sebab malu 1 hal.. Sape ade makwe tu jatuh air muka wooo... Tapi lepas peristiwa tu dah xde budak2 jantan nak pecah masuk aspuri dah.. Dan kes kecurian spender ngan bra pon berkurangan.. Haha.. Sori laa ter OT lak pagi ni.. Tetiba kakyung teringat kenangan dulu2 lak.. Hahaha...
Quote Thunderclouds 8-9-2021 09:40 AM
AKAZ85 replied at 8-9-2021 08:49 AM
Kakyung teringat kenangan masa sekolah dulu.. Ade 1 group budak lelaki ni memang tahap nakal laa.. 1 ...

comelnya cita ni. I pn budak serama awai 90s kami agk rigid time tu. In fact mnyembang sesama laki ppuan pn dh jatuh bdosa sori OT



Quote nononcrux 8-9-2021 04:48 PM
hahah pantang larang ke tu smpi bogel pakai spender
Quote nakkomenjugak 8-9-2021 06:36 PM
gigih menyamar jadik toyol

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.082280 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top