CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Malaysia Dipenjara, Disebat Sebab Masuk Brunei Secara Haram

19-8-2021 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2879| Komen: 22

Description: BANDAR SERI BEGAWAN: Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga kali sebatan bagi dua pertuduhan terhadap seorang lelaki, warganegara Malaysia, di bawah Seksyen 15 (1) Akta Imigr ...
BANDAR SERI BEGAWAN: Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga kali sebatan bagi dua pertuduhan terhadap seorang lelaki, warganegara Malaysia, di bawah Seksyen 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 dan di bawah Seksyen 6 (1) (c) akta yang sama.


Pelita Brunei melaporkan, Hanafi Amit (defendan) mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman oleh Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman, yang turut memerintahkan agar hukuman terhadap defendan dijalankan secara serentak.


Gambar hiasan

Bagi pertuduhan pertama, Hanafi, 37, dijatuhi hukuman dua bulan penjara, manakala pertuduhan kedua pula, defendan dijatuhi tiga bulan penjara dan tiga kali sebatan.

Defendan yang juga tidak mempunyai pekerjaan, didakwa melakukan kesalahan kerana memasuki Brunei secara tidak sah tanpa melalui pos-pos kawalan Imigresen yang diisytiharkan.

Hanafi ditangkap semasa rondaan Pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei, di Kampung Puni Ujung Jalan, Temburong.


Hasil siasatan dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaraan Kebangsaan (JIPK), defendan memasuki negara ini menggunakan perahu dari Limbang, Sarawak, pada 27 Julai lalu dan tidak membuat pemeriksaan diri di Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan, Temburong.

Defendan kemudian dibawa ke Perkampungan Sukan Berakas bagi menjalani pengasingan diri mandatori selama 14 hari.

Pendakwaan dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya JIPK, Adi Yusra Adanan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 19-8-2021 01:29 PM
Amit tu nama bau2 Brunei juga.

Ummah Borneo ka? Kenapakah kau nekad?
Quote krustykrab 19-8-2021 01:40 PM
Skuau replied at 19-8-2021 01:35 PM
Sementara itu..mana2 warga asing yg masuk secara haram@Pati ke Malaysia....mereka akan diberi vaksin ...

Bukan tu saja..mrk juga dibela n disayangi oleh ngo2..termasuk retis2
Quote Skuau 19-8-2021 01:43 PM
krustykrab replied at 19-8-2021 01:40 PM
Bukan tu saja..mrk juga dibela n disayangi oleh ngo2..termasuk retis2

Brunei:masuk negara aku secara haram....aku sebat ko...
Malaysia:masuk negara aku secara haram...aku bagi vaksin pfizer secara percuma...
Quote shernazz 19-8-2021 01:43 PM
Kalau malaysia buat gini
Lenguh tangan nak menyebat tu...
Quote krustykrab 19-8-2021 01:44 PM
shernazz replied at 19-8-2021 01:43 PM
Kalau malaysia buat gini
Lenguh tangan nak menyebat tu...

Kena cipta mesin penyebat la
Quote midori_katana 19-8-2021 01:47 PM
sebat ! ngerinya... macam tak padan pulak dgn kesalahan tapi lepas ni tak dak siapa dah berani nak redah ke brunei scra haram..
Quote shernazz 19-8-2021 01:50 PM
krustykrab replied at 19-8-2021 01:44 PM
Kena cipta mesin penyebat la

Wahahahaa
Sementara nak tunggu mesin tu
Boleh buka jawatan tu
Tukang sebat
Quote Skuau 19-8-2021 01:56 PM
midori_katana replied at 19-8-2021 01:47 PM
sebat ! ngerinya... macam tak padan pulak dgn kesalahan tapi lepas ni tak dak siapa dah berani nak r ...

jemput/sila la ke Msia...
Quote midori_katana 19-8-2021 02:01 PM
Skuau replied at 19-8-2021 01:56 PM
jemput/sila la ke Msia...

untung banyak uols mai malaysia... masuk spital gomen berapa ja bayaq, anak masuk sekolah pun murah ja.kalau tertangkap pun kena hantaq balik ja... iols pernah tgk kat ytube, pompuan indo ni bersyukur yakmat dok malaysia... bertuah katanya sambil review "buku pink" dia..
Quote Skuau 19-8-2021 02:06 PM
midori_katana replied at 19-8-2021 02:01 PM
untung banyak uols mai malaysia... masuk spital gomen berapa ja bayaq, anak masuk sekolah pun mura ...

ni..ha..bila nak offer pelarian Afghanistan tu mai Msia....'Meriah Msia kita ni'.
Quote stingerlympics 19-8-2021 02:10 PM
dua_chzy replied at 19-8-2021 01:29 PM
Amit tu nama bau2 Brunei juga.

Ummah Borneo ka? Kenapakah kau nekad?

Kau tolong bagi nasihat sikit kat kawen baik kau yg sama takmo vaksin macam kau si MontanaHannah  iteww...hari iteww kata nak masuk brunei....jgn jgn yg kena tangkap ni dia tak?

Kahkahkahkahkahkah
Quote dua_chzy 19-8-2021 02:28 PM
stingerlympics replied at 19-8-2021 02:10 PM
Kau tolong bagi nasihat sikit kat kawen baik kau yg sama takmo vaksin macam kau si MontanaHannah   ...

Kau pi la nasihat dah concern sangat. Ni la jantan. Asyik soh pompuan ja buat keja. Sundri tak reti nak buat.
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 02:44 PM
Edited by nakkomenjugak at 19-8-2021 02:45 PM

brunei: *sebatan untuk pati*
malaya sesungguhnya negara rahmat untuk pati
bumiputera privilege, privilige untuk pati juaaaa...
Quote Belibis 19-8-2021 03:08 PM
Skuau: Brunei:masuk negara aku secara haram....aku sebat ko...Malaysia:masuk negara aku secara haram...aku bagi vaksin pfizer secara percuma...

Bukan tu ajer..tanah,rumah,kerja malah silap2 dapat ic terus..bukit malut antara contoh yang jelas.
Quote imanjannah 19-8-2021 04:15 PM
sudah x mahu duduk di Malaysia
Quote TeropongThaico 19-8-2021 05:34 PM
Wow hukum sebat terus. Siapa ada berani lg lepas ni? Meanwhile kat Msia aman2 sajork
Quote noor2 19-8-2021 05:38 PM
Tengok...betapa tegasnya Brunei...zaman covid ni elok ditembak terus yg masuk negara orang secara haram...
Quote Sham143 19-8-2021 06:33 PM
Hahaha.. Padan Muka..
Quote Firenzza 19-8-2021 06:48 PM
Skuau replied at 19-8-2021 01:43 PM
Brunei:masuk negara aku secara haram....aku sebat ko...
Malaysia:masuk negara aku secara haram... ...

Hahahahahahaha!.....siap dpt ic sekali mcm rohingya ntah apa nama tu yg mintak hak samarata mcm rkyt msia

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.049773 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top