CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlampau Terdesak, Campak Bayi Lepasi Kawat Berduri-Sampai Ada Yang Tersangkut

19-8-2021 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3003| Komen: 22

Description: Penduduk Afghanistan semakin terdesak untuk meninggalkan negara itu sehingga ada yang sanggup cuba untuk melempar bayi bagi melepasi kawat berduri di lapangan terbang Kabul, lapor akhbar Mirror UK har ...
Penduduk Afghanistan semakin terdesak untuk meninggalkan negara itu sehingga ada yang sanggup cuba untuk melempar bayi bagi melepasi kawat berduri di lapangan terbang Kabul, lapor akhbar Mirror UK hari ini.


Menerusi satu video yang tular di media sosial, sekumpulan penduduk dilihat sedang bersesak di tepi sebuah pagar yang mempunyai kawat berduri di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai.

Mereka dilaporkan cuba untuk memasuki lapangan terbang bagi melarikan diri dari negara itu dengan menaiki pesawat yang disediakan.

Foto: Twitter

Seorang bayi kemudiannya dilihat diangkat ke udara dan ditolak ke arah tepi pagar oleh beberapa orang penduduk.

“Penduduk terdesak untuk menyelamatkan diri daripada tentera Taliban sehingga mereka terpaksa menolak bayi dan kanak-kanak ke arah pagar di lapangan terbang Kabul,” tulis seorang pengguna media sosial yang berkongsi video tersebut.


Menurut laporan laman berita Sky News, seorang pegawai kanan mengesahkan kejadian itu dan menceritakan mengenai keadaan huru-hara tersebut.

“Ia amat teruk. Wanita cuba melempar bayi mereka bagi melepasi kawat berduri dan merayu kepada askar untuk mengambil anak-anak mereka.

“Ada antaranya yang terkena kawat berduri tersebut,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Fatima berkata, suaminya menyertai kumpulan Taliban dan memukulnya ketika dia cuba melarikan diri dari Afghanistan.

Wanita itu yang berjaya melepasi pagar kawat berduri selepas menarik tangan anak perempuannya berkata, dia ingin keluar dari negara itu dan pergi ke mana-mana sahaja.

“Ke mana-mana sahaja! Ke mana-mana negara!” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 19-8-2021 01:25 PM
sekarang memang la ramai yang puji taliban dan mengaku taliban ni kerajaan Islam

tunggu la 2-3 tahun lagi bila taliban tunjuk warna sebenar dorang

konfem ummah masing2 malu ngaku taliban ini sebahagian dari islam..

mungkin alami nasib sama dengan ISIS di mana ISIS dikatakan yahudi menyamar sebagai islam semata mata nak burukkan Islam
Quote dua_chzy 19-8-2021 01:27 PM
Ni ke yang korang kata Taliban makin baik tu? Jika makin baik mengapa rakyatnya ketakutan rela buang nyawa mahu lari dari Afghan?
Quote white_musk 19-8-2021 01:33 PM
kemaruk replied at 19-8-2021 01:25 PM
sekarang memang la ramai yang puji taliban dan mengaku taliban ni kerajaan Islam

tunggu la 2-3 ta ...

Masa tu nanti mereka akan kata taliban sekutu US
Quote ainashiqa 19-8-2021 01:38 PM
Kesiannya rakyat diorang.. Sanggup buat macam
Quote kemaruk 19-8-2021 01:39 PM
dua_chzy replied at 19-8-2021 01:27 PM
Ni ke yang korang kata Taliban makin baik tu? Jika makin baik mengapa rakyatnya ketakutan rela buang ...

lari dari rahmat konsepnya
Quote kemaruk 19-8-2021 01:42 PM
white_musk replied at 19-8-2021 01:33 PM
Masa tu nanti mereka akan kata taliban sekutu US

dulu masa awal2 ISIS muncul, bukan main lagi ummah malaysia bersorak mengatakan mereka ini tentera panji hitam etc

2-3 tahun lepas tu, dorang kata salah sorang pelakon terkenal yahudi kantoi berlakon jadi pejuang ISIS

lebih kurang sama macam ni la, pelakon perancis dituduh bersubahat memalukan UAI


Quote azwanaliori 19-8-2021 01:47 PM
Aku perati Malaysian yg menggelupur puji Taliban kemain kt Facebook siap nak pindah ke sana la ape la sbb duduk kat Malaysia ni lagi menderita la bodoh nk mampos memasing
Quote white_musk 19-8-2021 01:58 PM
azwanaliori replied at 19-8-2021 01:47 PM
Aku perati Malaysian yg menggelupur puji Taliban kemain kt Facebook siap nak pindah ke sana la ape l ...

Kalau dia betul mahu, akak boleh belikan dia one way tiket ke islamabad dan guide dia ke kabul.
Quote dua_chzy 19-8-2021 02:03 PM
azwanaliori replied at 19-8-2021 01:47 PM
Aku perati Malaysian yg menggelupur puji Taliban kemain kt Facebook siap nak pindah ke sana la ape l ...

Bagitau dia silakan2. Dok la kau sampai mampos under Taliban. Nanti dah menderita jangan meratap sayu hati ini mintak gomen tanahair selamatkan. Bodoh iya rakyat2 gendut Malaysia yang sokong Taliban.

Yang kata Taliban dah baik tu akak tak pircaya lansung. Once a Taliban, forever a Taliban.
Quote becir 19-8-2021 02:24 PM
kemaruk replied at 19-8-2021 01:25 PM
sekarang memang la ramai yang puji taliban dan mengaku taliban ni kerajaan Islam

tunggu la 2-3 ta ...

Husnuzon nya bangkem Kasi 2,3 tahun..I rasa skrg pun dah keluar true colour they all..
Quote sarahmirza 19-8-2021 02:41 PM
Kesiannya....
Quote Eliadaisy83 19-8-2021 02:57 PM
Sorry iol memang anti taliban..chuol lebih baik tfk youtube rakyat Afghanistan yg bg pendapat mengenai taliban ni, salah sikit je dah kena bunuh..sangat jahat puak bertopengkan agama ni.
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 03:00 PM
what a messed up world we live in...
smh
Quote imanjannah 19-8-2021 04:06 PM
Allah kesiannya....
Quote edayildiz 20-8-2021 02:17 AM
kesiannya..kalau i pun dok sanggup nk duk situ..tp baca kat mana nth duk up pasal sbnrnya taliban tu dh xsama mcm dulu..
semoga dorg ni tak kena kobid la ramai2 gitu..
knp negara belah sana x aman eh..kacau bilau..ptt bersyukur yach jd org malaysia makan pakai cukup..ni sbb covid jer semua xdpt nk cikcur obersi..
Quote akusukaq 20-8-2021 08:41 AM
Taliban tu betul ikut Islam ke.  tanye je
Quote anony-mous 20-8-2021 08:47 AM
kemaruk replied at 19-8-2021 01:25 PM
sekarang memang la ramai yang puji taliban dan mengaku taliban ni kerajaan Islam

tunggu la 2-3 ta ...

Screenshot komen sekor2 dkt fb tu simpan for another 3y. Yg komen2 tu im sure pengikut dewabit juga menyampah aku baca komen jantan2 “kalau buat salah mmg la takut” siap setuju tembak mati kalau x solat jumaat. Dari aku stay dgn taliban ni baik aku stay dkt US sana. Klau aku jd rakyat afgan ni pon aku lari dlu. 5y kalau confirm berubah, baru aku balik.
Quote anony-mous 20-8-2021 08:48 AM
kemaruk replied at 19-8-2021 01:42 PM
dulu masa awal2 ISIS muncul, bukan main lagi ummah malaysia bersorak mengatakan mereka ini tentera ...

Wakakaka. Ye ke uols? I xtau sgt pasal isis ni. Tau2 dah kena gelar jahat. Yg taliban ni pon depa gelar tentera panji hitam
Quote anony-mous 20-8-2021 08:49 AM
white_musk replied at 19-8-2021 01:58 PM
Kalau dia betul mahu, akak boleh belikan dia one way tiket ke islamabad dan guide dia ke kabul.

Count me in. Ada sapa2 x nk buat fund for this? Kutip komen2 dkt fb tu yg puji2 & nk pindah ni i sggup derma for them whole family letak kat taliban sana

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.060709 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top