CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saman Sesama Artis Membazir Je, Percayalah"- Shila Amzah

19-8-2021 04:57 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13586| Komen: 78|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Memandangkan industri hiburan terpalit dengan kes saman menyaman antara rakan-rakan artis, penyanyi Shila Amzah memberi pandangan peribadinya berdasarkan pengalamannya sendiri.Shila, 31 menyatakan bah ...


"Kalau tak nak berbaik, takyah lah kawan. Ni bukan zaman sekolah, nak gaduh-gaduh."

Memandangkan industri hiburan terpalit dengan kes saman menyaman antara rakan-rakan artis, penyanyi Shila Amzah memberi pandangan peribadinya berdasarkan pengalamannya sendiri.

Shila, 31 menyatakan bahawa kes saman hanya merugikan masa dan duit sahaja. Ini kerana selepas selesai prosedur mahkamah dengan dia memenangi kes tersebut menyebabkan orang yang didakwa perlu membayar ganti rugi.

Bagaimanapun, pihak tersebut tidak dapat membayarnya dan tiada apa-apa tindakan susulan. Tiada faedahnya pun.


Foto : IG Story


Menurut Shila lagi, kes yang berpanjangan hanya membawa lebih keburukan berbanding kebaikan. Jadi lebih baik tumpukan pada kehidupan sendiri.

"Sekarang ni memang bukan masa yang sesuai untuk benda macam ni lagi-lagi kita di industri kreatif. Kalau nak kena bayar saman, baik guna duit untuk makan."


Foto : IG

Merujuk kepada kes yang dimaksudkan, Shila Amzah dan bapanya N.D Lala pernah berhadapan dengan kes dua wartawan Kumpulan Utusan menerbitkan artikel berunsur fitnah.

Terbaharu dalam industri seni sekarang ialah pergaduhan antara Azwan Ali dan Rozita Che Wan sehingga membawa kepada berbalas kenyataan di balai polis serta kes Siti Nordiana menyaman rakan artis Lan Solo, Syura dan beberapa individu lain.

Apa pendapat anda? - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OyenLemas 19-8-2021 05:00 PM
tak kene kat batang hidung boleh la kata gitu kakk. acee hang di aib kan & dipanggang beramai2 sesukanya. haha diam2 sudeyh
Quote Fly_over 19-8-2021 05:05 PM
lantak la dorg. bukan pkai duit ko. kalau betul nk nasihatkan direct jela kn kwn2 retis ko tu. team yg kena saman suka taw baca statement ko ni..
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 05:11 PM
nasib dulu netijen nyampah ko dok teriak nangis berlagu patah berjuta hati time putus dengan nanas ko tak saman
kalau takkkk, dah mokcik kayoooo haa
Quote Olumis 19-8-2021 05:12 PM
Setuju dgn Shila
Quote TeropongThaico 19-8-2021 06:11 PM
Tindakan nak saman lbh kpd nak tutup mulut & gertak org je. Sbb tu le minta lebih dr kemampuan.

Pihak yg nak menyaman bukan tak tahu. Kalau tak ugut cara ni makin mengada yg bersalah tu. Entah2 makin memjadi2 buli membuli ni. At least dgn tindakan saman ni buat cpt sikit mulut tu tertutup, tangan terhenti. Org pun xpikir bukan2 pasal kita akibat fitnah.

Klo menang nama pun clear, & klo dia blh bayar rejeki dikkkk
Quote Ayda89 19-8-2021 06:22 PM
Tak habis2 i’ve been there,done that dia tu. Harap2 nanti takdela jilat kata2 sendiri ek
Quote skymania 19-8-2021 06:23 PM
X cukup sekadar press conference tunjuk kadbod..eh...powerpoint ..hahhaja..
Quote masnona 19-8-2021 06:28 PM
Maksudnya kalau kene saman dan tak mampu byr xpe eh.
Quote Belibis 19-8-2021 07:26 PM
Kalau kalah memey membazir.acer menang?? Ratus2 k dapat..lepas la bayar umah dengan keta time2 takde job nihh.
Quote mantan 19-8-2021 07:29 PM
biarlah, mahkamah ada. loyer pun ada kerja. pertimbangan orang lain2.
Quote Jemahjemah1988 19-8-2021 08:47 PM
Shila bagus brilliant.. Kan shila membazir jer kan.. Ko ingat ko kat hollywood.. Takat malaysia bukan besar mana pun nanti jumpa jugak kat majlis kawin artist lain..
Quote kikiharris 19-8-2021 08:48 PM
Fashion victim
Dulu kini dan selamanya


Tak pahamlah iols duit juta2 tapi tak reti bergaya.
Quote anony-mous 19-8-2021 09:07 PM
TeropongThaico replied at 19-8-2021 06:11 PM
Tindakan nak saman lbh kpd nak tutup mulut & gertak org je. Sbb tu le minta lebih dr kemampuan.

...

Setuju. I rasa bukan nana xtau pasal ni, tau je. Mmg letih n mgkin x dpt duit pon tp nk ajar sikit prg yg suka2 petik nama ngumpat live tu ramai2
Quote fizamn 19-8-2021 09:29 PM
Yg aku faham kalo nak saman make sure saman org ada wang bykkk..contoh kes mcm che ta v diba aa.. kalo saman org xde wang buat rugi duit kita aje bayar loyer memahal.pastu x dpt blk modal.. contoh politician saman sesama mereka .. kalo menang sah sah dpt modal n fame.. hahahaha
Quote princessmiang 19-8-2021 09:35 PM
Kalau ko kena habis slide show kau keluarkan ye dakk
Quote katakauu 19-8-2021 09:39 PM
kikiharris replied at 19-8-2021 08:48 PM
Fashion victim
Dulu kini dan selamanya


betul kau ckp kiki
tah pape fashion die ni
ikut peragai cenna bukit die tu
pakaian alahaiiiiiii malas nak mengata
Quote katakauu 19-8-2021 09:40 PM
fizamn replied at 19-8-2021 09:29 PM
Yg aku faham kalo nak saman make sure saman org ada wang bykkk..contoh kes mcm che ta v diba aa.. ka ...

kes henna vs wettie kumpulan wanita elit tu pun akhirnya bayau gak sikit sikit kann
Quote aldilla_zahraa 19-8-2021 09:42 PM
Salah dia juga, saman tapi tak buat execution.  Pergilah buat garnishee atau JDS
Quote qwen_luna 19-8-2021 09:44 PM
Terus teringat kes yg dia kutuk2 ke carik pasal dgn ctdk dulu tuh hahahaha

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.168900 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top